Skip to main content

Posts

Featured

Feri Malaysia

Tahukah anda pada tahun 80an, terdapat perkhidmatan feri di antara Sabah/Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai Feri Malaysia.  Perjalanan feri ini bermula di pelabuhan Kuantan, Pahang dan akan ke Kuching, Sarawak dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu, Sabah. Tempoh perjalanan dari Kuantan ke KK mengambil masa 2 hari.  Feri sepanjang 134 meter ini mempunyai 7 lantai deck. Ianya boleh memuatkan 600 hingga 650 orang. Ia juga boleh membawa 240 buah kereta atau 40 buah lori treler (40 kaki panjang). Feri Malaysia mempunyai kemudahan seperi restoran, kafeteria, kolam renang, bar, disko, bilik mesyuarat, kabin (tempat tidur, maksimum 4 orang dalam seunit), surau dan lain-lain.  Perkhidmatan feri Malaysia ini juga pernah mengalami kebakaran pada 18 Oktober 1987 semasa hampir sampai di Kuantan. Walau begitu, tiga ratus orang yang berada di dalamnya berjaya diselamatkan. Feri Malaysia akhirnya dihentikan perkhidmatannya selepas tahun 1989 disebabkan kos operasiny

Latest Posts

Penerima PHD Termuda Di Malaysia

Geographic information systems

Kenapa Melayu Dikatakan Pemalas

Jangan Jadi seperti Jambatan Choluteca

Melayu Ku

Hukum perkahwinan : Suami sudah islam namun isteri masih lagi tidak memeluk islam.

Kisah PERTUNANGAN Ku (Alhamdulilah)

Pengalaman bersama Jemaah Tabligh, Markas Jemaah Tabligh Kota Bharu

Destinasi Cinta (1/1/2020)

Apa fungsi puting untuk lelaki