Apa fungsi puting untuk lelaki

KENAPA LELAKI ADA PUTING?

Oleh Ammar Akmal

Ini mungkin nampak lawak tapi anda pernah terfikir tak pasal benda ni? Kenapa kaum Adam, ada puting sedangkan ia tak mempunyai fungsi apa apa pun? Bukannya boleh menyusu pun. Setakat hiasan sahajalah di badan.

Jawapannya ialah sewaktu janin manusia dibentuk bagi berupa kepala, kaki dan sebagainya, kita semua dibentuk sebagai separa perempuan. Puncanya ialah kromosom X pada kromosom jantina (lelaki= X+Y, perempuan = X+X). Jadi, sel janin akan menumbuh dan membentuk berdasarkan maklumat DNA ini termasuk pertumbuhan puting dan pra kemaluan manusia.

Kemaluan manusia pada waktu ini juga tak penuh. Ia ibarat kemaluan wanita, tapi klitorisnya berupa zakar pendek. Ia mempunyai kedua-dua rupa organ seks berkenaan. Kita panggil sebagai phallus. Apabila sudah masuk minggu keenam, sekiranya janin itu lelaki, kromosom jantinanya akan mula aktif.

Untuk lelaki, kromosom Y mula menyebabkan zakar kontot itu membentuk menjadi zakar penuh. Hormon testosterone mula dihasilkan dan mempengaruhi pembentukan bayi menjadi lelaki sepenuhnya. Untuk perempuan, fetus akan meneruskan pertumbuhan seperti biasa dan terus akan ada organ seks perempuan serta ciri fizikal yang berkaitan.

Kenapa perempuan tak perlu bantuan kromosom XX? Macam saya dah sebut tadi, blueprint manusia asalnya semua berjantina separa perempuan dek kewujudan kromosom X.

Kromosom X ni lelaki pun ada (XY) tapi kromosom Y akan campur tangan lepas sampai waktu. Kromosom X lebih pada XX tu lebih kurang je maklumatnya sesama sendiri.

Berbanding dengan lelaki, ovari perempuan sudah mula berfungsi dan menghasilkan ovum sejak masih lagi dalam perut ibu. Cumanya, ovum yang dihasilkan adalah statik. Kalau yang dihasilkan adalah sebanyak 1 juta semasa dalam perut ibu, maka sejutalah ovumnya sampai mati.

Sperma lelaki pula sentiasa dihasilkan dan diperbaharui sampai mati. Sebab tu wanita akan mengalami menopause tetapi bukan untuk lelaki.

Disebabkan pembentukan manusia awalnya menyebabkan janin menjadi separa perempuan, maka struktur keperempuanan ada pada semua jantina. Disebabkan itulah struktur puting adalah kekal pada kedua-dua jantina.

RUJUKAN:

1. "Human sexual differentiation". Gfmer.ch. Retrieved 2 October 2017.

2. Cordelia., Fine (2011). Delusions of Gender : The Real Science Behind Sex Differences. London: Icon Books. ISBN 9781848312203. OCLC 707442506.

Comments

Popular Posts