10 TEMPAT PALING UNIK DAN ANEH DI DUNIA

Bumi di mana kita hidup mempunyai banyak tempat luar biasa, baik keunikannya, keanehannya.

Berikut ini 10 tempat unik dan aneh di seluruh dunia:

1. GuaĆ­ra Falls, sempadan Brazil-Paraguay

Kebanyakan orang menganggap air terjun Niagara adalah yang terbesar di dunia. Sedangakan Guaira Falls lah yang terbesar di dunia dengan jumlah air terjun yang mencapai kira-kira 1.750.000 kubik per-saat. Bandingkan dengan Niagara Falls yang hanya 70.000 kubik per-saat.

Sumber Guaira Falls yang terletak di sempadan Brazil-Paraguay, adalah sungai Parana. Pada tahun 1982, lokasi air tejun Guaira ini dibina empangan untuk hidro elektrik yang dinamakan Itaipu Dam merupakan empangan hidro elektrik kedua terbesar di dunia setelah Gorges Dam. Itaipu Dam menyalurkan 90 peratus elektrik ke Paraguay, dan 19 peratus ke Brazil, iaitu Rio de Janeiro dan Sao Paulo.

2. Iceberg B-15, Antartika

Gunung ais B-15 adalah gunung ais terbesar yang tercatat dalam sejarah. Luasnya mencapai 3.100 km, menjadikannya lebih besar dari Pulau Jamaica. Gunung ais raksasa ini terjadi kerana bongkahan Ross Ice Shelf pada Mac 2000.

Maka pada tahun 2003, gunung ais B-15 ini kembali pecah menjadi beberapa bahagian, salah satunya yang terbesar disebut B-15a hanyut ke utara, akhirnya hancur ke dalam glesier pada tahun 2005, meninggalkan bongkahan sepanjang 8 km. Keadaan ini menyebabkan perubahan besar pada peta Antartika dan patut dinilai semula petanya.

Sebahagian hanyut ke sepanjang pantai akhirnya pecah. Pada tahun 2006, angin taufan di Alaska, menyebabkan gelombang lautan yang merentas hingga 13.500 km selama 6 hari ke Antartika, dan memisahkan baki pecahan pecahan menjadi semakin banyak.

Hampir satu dasawarsa berlalu, bahagian-bahagian gunung ais itu masih belum cair seluruhnya, bahagian yang terbesar masih dianggap sebagai B-15a, dengan luasnya mencapai 1.700 Km.

Gambar di atas merupakan gunung ais yang disebut B-15a sesudah hanyut ke dalam Drygalski Glasier (terbawah), akhir

nya pecah menjadi beberapa bahagian.

3. Don Juan Pond, Antartika

Tempat manakah yang paling tinggi kandungan garamnya? Pasti orang akan menyebut Laut Mati. Laut Mati memang terkenal di dunia kerana kandungan garamnya yang sangat tinggi. Berdasarkan kajian, air laut kandungan garam tinggi itu boleh menjadi terapi kesihatan.

Tak hairan kalau di sekitar Laut Mati banyak dibina spa-spa untuk terapi, khususnya terapi kecantikan dan kesihatan. Namun, Laut Mati bukanlah yang termasin di dunia. Jadi di Antartika lah, tempatnya Don Juan Pond,merupakan tasik dengan kandungan garam tertinggi di dunia.

Perbezaannya jika dibandingkan dengan laut pada umumnya, Don Juan Pond 18 kali lebih masin daripada air laut biasa, jika dibandingkan dengan Laut Mati, Don Juan Pond 8 kali lebih masin.

Lokasi ini ditemui oleh Lt Don Roe dan Lt John Hickey, pada tahun 1961, semasa keduanya melakukan kajian di Antartika. Nama Don Juan Pond juga diberi mengikut nama kedua pengkaji tentera ini, hasil gabungan nama keduanya.

Suhu di kolam itu-seperti umumnya di kawasan Antartika, cukup rendah, dengan paras terendah boleh mencapai -30 darjah Celcius. Namun tidak pernah sehingga membeku seperti tempat lain di Antartika.

4. Rotorua, New Zealand

Rotorua adalah bandar di tepi laut selatan tasik dengan nama yang sama. Lokasinya di Teluk Plenty, pulau utara New Zealand. Keunikan dari kawasan itu adalah banyaknya kolam-kolam sumber air panas, khususnya Pohutu Geyser di Whakarewarewa, dan lumpur- lumpur mendidih. Kawasan itu menjadi unik dan menarik sehingga banyak dikunjungi pelancung.

5. 83-42, Greenland

Aneh dan unik. Tapi 83-42 dipercayai merupakan satu-satunya bidang tanah yang ada di bahagian utara. Memang hanya ‘secoik’ ukurannya kira 35 m x 15 m dan tinggi 4 m. Kalau dilihat dari atas, ibarat hanya setompok tanah yang dikelilingi pecahan pecahan ais.

Unik! jika kutub utara dilitupi oleh ais, namun tanah ini tidak. Lihat gambar! Keunikan ini sekaligus memecahkan rekod sebelumnya iaitu ATOW 1996. Keunikan 83-42 ini ditemui tahun tahun 1998.

6. Socotra, Republic of Yemen

Socotra tempat paling aneh sekaligus paling unik di dunia. Hampir semua yang ada di sana kelihatan aneh, bermula dari bentuk pokok ataupun sekitarnya, tidak hairan banyak yang menyebut Socotra yang berada di Republik Yemen sebagai salah satu kawasan alien di dunia.

Tempatnya sangat aneh, iklim kering lain daripada yang lain. Keanehan ini menyebabkan kehidupan tanaman maupun benda apapun di sana tumbuh dengan aneh. Sebut saja tanaman terkenal seperti Dragon’s Blood Tree yang aneh, bentuknya sangat tidak umum.

Pokok ini menghasilkan getah berwarna merah. Di sana juga ada binatang binatang asli, seperti burung-burung, labah-labah dan binatang asli lainnya. batuan juga karang, yang bentuknya tidak umum dan hanya ada di pulau itu. Dengan segala keanehan isi pulau ini, tak hairajikan Socotra, pulau yang berada di laut arab, termasuk dalam Warisan Peninggalan Dunia.

7. The Great Dune of Pyla, Perancis

Yang kita tahu bahwa Eropah tidak mempunyai gurun, hanya bukit pasir yang biasa saja. Tapi anggapan ini salah. Eropah mempunyai bukit pasir unik iaitu Pyla, panjangnya 3 km, lebar 500 m dan tinggi 100 meter.

Bukit pasir ini sangat curam sebahagiannya menghadap ke hutan. Tempat ini terkenal kerana menjadi tempat aktivitis paragliding. Selain keunikan bukit pasir itu, yang juga menakjubkan adalah pemandangan sekitarnya di mana dari ketinggian kita boleh melihat laut dan hutan. Bukit pasir ini jauh lebih tinggi dari hutan, sehingga dari bukit pasir itu kita boleh melihat semuanya.

8. Meteor Crater, USA

Meteor Crater adalah kawah yang terbentuk akibat jatuhnya meteorit. Letaknya sekitar 43 mil (69 km) sebelah timur Flagstaff, dekat Winslow di gurun utara Arizona Amerika Syarikat.

Tempat itu disebut Meteor Crater kerana sesuai dengan nama kantor post. Kawah meteor ini dikatakan terbentuk sejak 50.000 tahun lalu pada zaman Pleistocene ketika iklim setempat menjadi lebih sejuk dan basah.

Pada masa itu kawasan ini adalah padang rumput yang luas serta hutan yang dihuni oleh wol mammoths, dan unta. Mungkin kawasan itu belum di huni manusia. Meteor yang jatuh itu mengandung nikel dan membentuk kawah seluas 50 meter.

9. Mount Roraima, Venezuela, Brazil and Guyana

Mount Roraima adalah tempat luar biasa yang indah. Gunung batu ini berbentuk unik kerana seperti kap meja yang berada di awan. Tingginya 400 meter.

Satu satunya cara untuk mencapai puncak atap meja itu adalah dengan memanjat jalur tangga yang memang sudah disediakan kerajaan Venezuela. Cara lain yang tidak disarankan adalah yang biasa dilakukan para pemanjat tebing.

Di sana hujan hampir turun setiap hari, menghayutkan tanaman - tanaman menjalar yang berada di atas atap. , akibatnya atap gunung itu menjadi unik, kerana bersih seperti ‘meja kosong’.

10. The Door To Hell, Turkmenistan

Tempat ini mungkin sudah semua tahu, paling kurang telah membaca beritanya atau melihat gambar-gambarnya. Memang tak hairan kerana fenomena alam di Turkmenistan ini sangat unik.

Orang menyebutnya ‘Pintu Neraka” kerana di kawah selebar 70 meter itu keluar api yang terus menerus sejak 35 tahun terakhir. Bermula dari tahun 1971 di mana geologi menjadikan kawasan itu untuk mencari lombong gas.

Apa yang terjadi adalah semburan api dari bawah yang terus menerus, malah memusnahkan segala peralatan mereka. Ahli geologi ini tidak ada yang berani turun ke dalam kawah beracun itu.

Comments

Popular Posts