8 OASIS INDAH DI GURUN PASIR

Gurun pasir tidak semuanya pasir. Di beberapa lokasinya terdapat tasik-tasik alam yang airnya berasal dari sumber air tempatan ataupun yang berasal dari curahan hujan tahunan.

Di sini juga biasanya dijumpai pokok-pokok palem malah terdapat juga tanaman buah-buahan dan taman yang subur. Di lokasi oasis seperti inilah biasanya populasi terbentuk. Sayangnya banyak yang lenyap kerana pelbagai sebab.

1. Tasik-tasik Ubari, Oasis Erg Awbari, Sahara

Lokasinya berhampiran Fezzan dan 30 km di sebelah utara Germa, Libya. Tasik berair masin ini merupakan suatu lokasi pusat perdagangan bagi warga tempatan yang kebanyakan menjual cenderamata dan barang-barang lainnya di pinggir tasik.

Umm Al-Maa, yang bererti Ibu Air, merupakan salah satu tasik terbesar di oasis ini. Sayangnya, seperti danau-danau lainnya, lapisan air di kawasan ini sangat kurang sehingga tasik-tasik ini mulai mengering.

Dengan airnya yang mulai kotor, kandungan garamnya pun pada masa ini sama dengan di Laut Mati. Tingginya garam di tasik Umm Al-Maa menjadikan anda mudah terapung jika mandi di sini.

Bekas kota Gebraoun yang telah ditinggalkan penduduknya terletak tidak jauh dari sini dengan runtuhan bangunan yang impresif menunjukkan bahawa tasik-tasik di sini pernah menjadi sumber pergantungan hidup yang mencukupi dan berkualiti.

2. Oasis Huacachina, Peru

Hucachina merupakan bandar oasis kecil di daerah Ica, barat daya Peru. Oasis yang diberi nama "Oasis of Americas" ini merupakan kawasan resort popular di kalangan pelancongan asing atau pun tempatan.

Legenda tempatan menceritakan bahawa tasik ini terbentuk semasa pemburu muda mengganggu seorang puteri cantik yang sedang mandi. Puteri tersebut segera pergi menghilang dan meninggalkan kolam air yang kemudian menjadi tasik.

3. Oasis Turpan, China

Turpan, atau dikenali juga dengan nama Tulufan, merupakan bandar oasis di daerah Xinjiang Uygur, China. Jaraknya hanya 8 km sebelah barat runtuhan kota Jiaohe, suatu daerah sempadan pasukan garnisun yang dihancurkan oleh Genghis Khan pada zaman dinasti Han.

4. Tasik Gurun di Brazil

Tasik gurun yang indah ini terletak di Lençóis Maranhenses National Park, Maranhao, Brazil. Terbentuk sebagai sebahagian dari suatu sistem tasik air tawar yang berasal dari hujan selama enam bulan pertama tiap tahunnya dan kemudian akan berkurang secara bertahap dan tahun berikutnya airnya akan bertambah kembali.

Beberapa tasik di antaranya terdapat pokok-pokok palem, sementara yang lainnya gersang.

5. Tasik Creescent di Gurun Gobi China

Tasik gurun ini terletak di hujung sebuah kota kuno yang boleh dijumpai dalam perjalanan sepanjang Silk Road ke Barat. Pada masa ini mulai mengering dan turun lebih dari 25 feet sepanjang 30 tahun terakhir kerana digunakan terus oleh petani dan populasi yang semakin meningkat.

Ini mengakibatkan berangsur menghilangnya tasik ini yang telah wujud sejak ribuan tahun yang lalu.

6. Oasis Chebika, Tunisia

Oasis cantik ini mungkin adalah oasis yang paling banyak dilihat orang tanpa disedari. Di sinilah lokasi pengambaran filem Star Wars Episode IV: A New Hope. Nama oasis ini pun akhirnya diambil dari salah satu karakter filem tersebut iaitu Chewbacca.

7. Oasis Timia, Gurun Sahara, Nigeria

Oasis Timia terletak di Aïr Mountains (Nigeria utara), merupakan oasis paling indah di negara ini kerana satu sebab. Bukan kerana gambaran sebuah tasik di tengah gurun dengan beberapa pokok palemnya saja, di dalamya juga terdapat taman-taman subur dengan tanaman jeruk dan buah delima yang boleh dipetik dan dimakan di situ (dengan membayar).

Beberapa jenis pokok buah-buahan lainnya, bijirin, dan sayur-sayuran juga tumbuh di sini. Hasil tinggi dan dihantar ke daerah lain di Nigeria.

8. Oasis di Oman

Oasis hijau ini tersembunyi di tengah gurun Oman. Beberapa oasis bagi kesultanan Oman kerap dijadikan tempat kajian botanikal di bidang agro-biodiversity. Para pengkaji juga mencari sebab mengapa jumlah oasis berkurang dengan cepat.

Sebenarnya masih banyak oasis semulajadi lainnya di muka bumi ini, tapi inilah yang masih berbaki dan dimanfaatkan manusia dan terdokumentasi.

Comments

Popular Posts