Fenomena Ice Circle - Lingkaran Ais Yang Misteri
Suatu hari, apabila anda sedang berjalan kaki di pinggir sungai dan kemudian melihat sebuah lingkaran aneh di permukaan sungai, jangan terburu-buru membuat kesimpulan bahawa UFO baru saja mendarat di sungai tersebut. Mungkin apa yang anda lihat adalah Ice Circle yang baru saja terbentuk.
Ice Circle atau lingkaran ais adalah sebuah fenomena yang muncul pada air yang mempunyai arus perlahan di iklim sejuk. Bentuknya yang besar yang terdiri daripada ais dan berputar secara lambat di permukaan air. Misteri ini sesungguhnya sudah pernah disinggung pada abad ke-19. Sebuah gambar ilustrasi dari Ice Circle pernah diterbitkan di majalah Scientific American pada tahun 1895.London News juga pernah melaporkan fenomena ini yang terjadi di Toronto tahun 1930.
Umumnya fenomena ini muncul di Scandinavia dan Amerika Utara, namun pernah satu kali terlihat di Inggeris pada Januari 2009.
Ice Circle umumnya muncul pada kelokan sungai dimana arus air yang berakselerasi mencipta sebuah kekuatan yang disebut "rotational shear", yang kemudian memecahkan bongkahan ais dan memutarnya. Seiring dengan perputaran piringan itu,ia menggiling ais di sekelilingnya sehingga menjadi halus dan membentuk lingkaran sempurna. Fenomena ini walaupun sudah dikenalpasti puncanya, namun tetap merupakan kejadian yang aneh kerana jarang² terjadi.
Ini beberapa contoh ice circle yang indah:
Sungai di Michigan, Amerika Syarikat.
Sungai Otten di Devon, Inggeris. Diameternya 3 meter
Sungai beku di Rusia
Sungai Sheridan di Rattray Marsh Conservation Area di Kanada. diameternya kira-kira 1.6 meter
Sebuah sungai di Sweden
Waldo, Amerika Syarikat.
Amasa, Michigan.
Connecticut, Amerika Syarikat.
Cool !!
Comments