Gadis itu~


gadis itu

wajahnya berona NUR IMAN,

Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN.

maruah diri dipagari dengan KESOPANAN,

dialah puteri indah RUPAWAN.

tika gadis lain sibuk menghiasi diri,

dia hias NUR ILAHI pada WAJAHNYA,

tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,

dia selesa bersama cinta-Nya.

tika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA,

dia tekun dengan BAIT kata TUHANnya..

tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA,

dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba..

gadis itu seperti MAWAR BERDURI,

INDAH dipandang namun sangat sukar untuk DIPEGANG,

MULIANYA kerana KETAQWAAN..

cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA..

Comments

Popular Posts