Aku ingin berubah


ASSALAMUALAIKUM,

BERMULA 1/7/2011 SAYA SHAUQI AFHRAH BIN ISMAIL insyallah dengan izin ALLAH ingin memulakan langkah perubahan pada diri ini, kenapa ingin berubah???

Banyak sebab yang menyebabkan diri ini tergerak hati untuk berubah,,,,
1~kerana kesian dengan diri sendiri
>setelah hampir 20 tahun hidup di bumi Allah ni, selama tu jugalah aq gagal untuk jadi insan yang baik, insan yang di harap2kan oleh islam,,, aq merasakan begitu lalai sekali dalam menjalani hidup ni,,, apa dosa yang aq tak buat,,, salah siapa? salah aq jugak,, dulu dari pandai baca al quran, sekarang dah tersekat sekat, dulu rajin ke masjid duk lama2 sana, sekarang kalau boleh sebelum iman bagi salam ke dua rasa nak bangun je, lihat lah angkuh nya diri ku,,,

2~ ibubapa aq
> mereka telah menunaikan tanggungjawab yang terbaik untuk aq, menjaga aku, menyekolahkan aq, menolong aq time aq perlukan pertolongan seseorang,,, jadi aq tak mahu jadi anak yang lahirnya sia2, lahir hanya menghabiskan beras, lahir hanya menambahkan dosa pada mereka,,, aq nak jadi anak yang boleh di tumpang bila mereka dah tak ada, yakni aq sentiasa doakan mereka, baca al quran sedekah atas nama mereka,,

3~kesilapan dalam berkawan
> selama 20 tahun ni Allah telah mengurniakan ramai kawan2 pada aq, agar aq tak sunyi, namun begitu seramai itu jugalah aq tak menghargai nya,,, aq akui yang aq seorang yang ego,,tapi itu dulu, sekarang mulai 1/7/2011 bila saje aq dapat kawan baru akan aku jage nya dengan baik, menghargai nya sebaik mungkin

4~masa
> banyak masa yang telah terbuang dengan sia2 oleh aq,,, terutma 3 tahun kebelakangan ni,, facebook,tagged,friendster, mereka semua amat menjerut masa aq,,, oleh itu aku tekad mulai tarikh 1/7/2011 aq akan deactive fb yang dalam nya aq ada hampir 1000 kawan,,,


5~ persediaan untuk jadi QIE yang baru
> buat pengetahuan semua tahun lepas aq ada ambil exam stpm,, alhamdulilah risult aq ok, jadi aq sedang menunggu panggilan untuk sambung belajar yang akan di keluarkan bulan 7 ni,,, manakala bulan 9 akan belajar,,, jadi aq sudah buat satu perancangan mulai 1/7/2011 - 1/8/2011 peringkat pertama aq dalam misi ni, dalam sebulan tu aq akan cuba cari diri aq, lebih dekat dengan rumah ALLAH, baca buku2 agama, manakala peringkat kedua 1/8/2011-1/9/2011 adalah saat terbaik kerana bulan tu bulan puasa,, bulan paling banyak ganjaran yang ALLAH bagi, pengampunan yang ALLAH janji ingin beri,, wah tak sabar,,,,


akhir sekali, aq SHAUQI AFHRAH BIN ISMAIL menyusun 10 jari memohon maaf di atas kegagalan aq selama 20 tahun ni sebagai manusia,, doakan aq ya

Coretan Hati~ Alhamdulilah semakin aku dapat terima keyataan yang kau dah pergi,, 0-0

Comments

Cintaku Pada MU said…
insyaAllah
di permudahkan segala urusan kamu.
semoga berjaya.

Popular Posts