7 Kawah Kesan Hentaman Meteor Dan Asteroid Yang Menarik
1 - Kawah Gosses Bluff @ Gosses Bluff crater
Gosses Bluff crater terletak di selatan Wilayah Utara, berdekatan tengah Australia. Kawah asalnya dianggarkan 22 km (14 batu) diameter, tetapi ianya telah terhakis.
2 - Kawah labah-labah @ Spider crater
Spider crater terletak di Wilayah Kimberley, Australia. Kesan hakisan padanya menyebabkan terjadi seperti kesan kaki labah-labah di sekelilingnya.
3 - Kawah Wolfe Creek @ Wolfe Creek Crater
Wolfe Creek Crater terletak di Australia barat. Ukurannya lebih kurang 875 meter diameter.
4 - Kawah Barringer @ Barringer crater
Barringer crater terletak di padang pasir Arizona, AS. Sebelum ini dikenali sebagai Canyon Diablo Crater. Kemudian dinamakan Barringer Crater sempena nama saintis Daniel Barringer yang mencadangkan bahawa ia adalah kesan hentaman meteor.
Besarnya lebih kurang 1,200 m (4,000 kaki) diameter.
5 - Kawah kembar Clearwater @ Clearwater Lakes double impact crater
Kawah kembar Clearwater terletak di Quebec, Canada. Clearwater West adalah 32 km pada diameter dan Clearwater East adalah 22 km diameter.
6 - Kawah Manicouagan @ Manicouagan crater
Manicouagan crater adalah kawah impak kelima terbesar di dunia, terletak di Manicouagan Regional County Municipality, daerah Côte-Nord, Quebec, Canada. Merupakan struktur kawah berbilang-cincin sebesar 100 km (60 batu) dengan bentuk cincin dalamannya 70 km (40 batu) diameter.
Ianya terjadi kerana dihentam oleh asteroid berukuran 5 km (3 batu) diameter.
7 - Kawah Bosumtwi @ Bosumtwi Crater
Bosumtwi Crater terletak di Ghana. Ia menjadi sebuah tasik yang berukuran 10.5 km diameter. Sebahagiannya telah terhakis, dan lokasinya adalah di tengah-tengah hutan hujan tebal.
Comments