9 Penemuan Kewujudan Tamadun Purba

Tidak dinafikan bahawa terdapat teknologi pada zaman dahulu yang lebih maju daripada apa yang ada pada hari ini. Saban hari, banyak bukti mula muncul yang membuktikan bahawa manusia pada zaman purba sememangnya kreatif dan berteknologi tinggi.

Namun begitu, tiada bukti menunjukkan manusia pada zaman tersebut menggunakan sebarang jentera atau mesin meskipun hasil tinggalan monumen yang ditemui menyerupai produk yang dihasilkan oleh jentera atau mesin.

Saintis percaya bahawa manusia pada zaman dahulu telah mencapai satu tahap di mana mereka mampu untuk membina bangunan atau monumen yang besar dan cantik yang mana ia sempurna daripada segi geometri, arkitertur dan seni hiasan.

Tamadun Yang Hilang, Ilmu Pengetahuan Turut Jua Hilang

Namun, entah bagaimana, ilmu itu hilang dan seni tersebut lenyap ditelan zaman. Ini dapat dilihat daripada Tamadun Mesir yang mana tamadun mereka lenyap bersama-sama teknologi yang mereka rintis. Malahan, bahasa mereka iaitu Koptik turut lenyap bersama-sama teknologi mereka. Padahal, bahasa Koptik adalah bahasa asal kitab Taurat yang dianugerahkan Allah swt kepada Musa as sebelum diterjemah kepada bahasa Ibrani semasa mereka berada di tanah Kanaan.

Bilangan tamadun yang berada di bumi Allah ini sangatlah banyak. Apabila hilang satu tamadun, maka berdiri pula tamadun yang lain pula. Dan apabila tamadun itu pula lenyap, berdiri pula tamadun lain. Dan begitulah seterusnya sirat perjalanan sesuatu tamadun. Jangan lupa bahawa begitu banyak tamadun yang lupus dan pupus sehingga ia menjadi tanda-tanya malahan ada juga saintis yang langsung tidak percaya bahawa ia pernah wujud. Antara tamadun-tamadun tersebut adalah tamadun Atlantis, tamadun Lemuria, dan tamadun Kaum Aad.

Sebagai Islam, kita perlu merujuk kepada al-Quran sebagai kitab utama rujukan. Apa yang pasti, di dalam al-Quran, memang terdapat tamadun-tamadun purba yang sangat hebat seperti Tamadun Tsamud; yang hebat mengukir gunung, Tamadun Aad; yang mahir membina kota, Tamadun Mesir; yang terkenal bijak membina bangunan-bangunan serta berhala-berhala besar dan banyak lagi tamadun yang diceritakan di dalam al-Quran.

Jadi tanpa membuang masa dilampirkan beberapa bukti bahawa manusia purba mempunyai tamadun yang hebat yang menyamai atau melebihi tamadun kita pada hari ini.

1. Ahu Akiv Di Easter Island - Chile

Batuan berkepala manusia yang dikenali Ahu Akivi

Ahu Akivi

Easter Island adalah pulau yang cukup mengagumkan. Di pulau ini terdapat ratusan batuan megalith yang diukir menjadi kepala-kepala manusia yang diberi nama Ahu Akivi. Batuan-batuan kepala manusia ini bersaiz 20 kali ganda daripada manusia dewasa. Berat satu-satu batuan tersebut dianggarkan 2 tan dan lebih. Sehingga ke hari ini, saintis masih lagi berteka-teki tentang bagaimana mereka mampu mengangkut batu tersebut untuk didirikan di tempat-tempat yang batu tersebut berada sekarang. Ini kerana kuari atau sumber batu megalith tersebut yang paling dekat adalah sejauh 15 hingga 20 kilometer.!

2. Sacsayhuaman (Saqsaywaman)

Jelas kelihatan dinding batuan yang berbentuk mata gergaji.

Sacsayhuaman adalah sebuah komplek kubu purba yang terletak di bandar purba Curzo di altitud 3,701 meter. Sacsayhuaman telah diwartakan sebagai UNESCO World Heritage pada 1983. Sacsayhuaman dikagumi daripada beberapa binaannya yang sangat jitu dan sempurna.

Dinding batuan yang jitu ukuran pembuatannya

Di sini pengunjung bakal menyaksikan susunan batuan yang membentuk dinding dengan ukuran yang tersangat jitu. Ibarat yang paling mudah adalah tiada sehelai kertas pun dapat menembusi celahan-celahan batuan tersebut. Batuan yang kebanyakkannya 5 kali ganda daripada manusia itu membentuk barisan-barisan dinding yang berbentuk mata gergaji daripada udara.

Bekas tinggalan satu daripada tiga menara di Sacsayhuaman

Dipercayai, pada zaman kegemilangan Sacsayhuaman dahulu, terdapat tiga buah menara yang berada di tengah-tengah komplek tersebut. Ketiga-tiga menara tersebut dikenali sebagai Muyucmara, Paucar Mara dan Sallac Mara. Tinggalan ketiga-tiga menara tersebut masih lagi boleh di lihat di komplek purba ini.

3. Petra

Gerbang Petra yang mengagumkan semua pengunjung

Petra adalah sebuah bandar purba yang terletak di Jordan. Dipercayai, ia mula dibina sekitar kurun ke-6 masihi oleh bangsa Nabataen. Bangsa Nabatean adalah bangsa yang sangat mahir dalam seni pertukangan batuan gunung. Di bandar purba Petra, pengunjung bakal takjub dengan ukiran yang sempurna dan halus.

Tidak seperti monumen-monumen lain di dunia, Petra dibina pada batu gunung yang ditebuk dan diukir. Di dunia Arab, Petra adalah tempat yang sangat mashyur dan diperkatakan oleh ramai orang. Namun, orang-orang hanya mengetahui pada tahun 1812 setelah diperkenalkan oleh seorang orientalis daripada Switzeland, Johann Ludwig Burckhardt.

Pada zaman kegemilangan Petra, bandar purba ini adalah pusat kebudayaan dan keagamaan. Dipercayai bahawa masyarakat Jahiliyyah Mekah yang menyembah tuhan berhala wanita iaitu Latta, Uzza dan Manat berasal daripada tamadun ini.

4. Puma Punku

Tinggalan monumen di Puma Punku

Puma Punku atau Puma Puncu adalah satu daripada sebahagian besar monumen yang berada di Tiwanuku Site di Tiwanuku, Bolivia. Di sini, terdapat tinggalan-tinggalan batu-batuan jenis keras iaitu Megalith. Batuan ini mempunyai ukuran dan potong yang jitu dan bersegi. Ia jelas menunjukkan bahawa monument di Puma Punku adalah monumen yang dibina secara khusus oleh manusia. Monumen-monumen ini dipercayai musnah sekitar abad ke-5 masihi selepas dilakukan beberapa ujian radiocarbon C14. Batuan paling besar di sini adalah bersaiz 7.81 meter tinggi dan 5.17 meter lebar.!

5. Sistem perpaipan di Baigong

Salah satu saluran paip Baigong

Paip Baigong

Paip Baigong adalah siri perpaipan yang terdapat di Baigong, China. Paip Baigong ditemui secara tidak sengaja oleh ahli arkeologi yang ingin mencari fosil-fosil Dinasour. Paip Baigong ini dikatakan mempunyai saluran yang sampai ke gunung Baigong yang jaraknya kira-kira 50 hingga 60 meter di atasnya. Dikatakan bahawa, terdapat piramid dibina di atas gunung tersebut dan di dalam piramid tersebut terdapat tiga buah gua. Namun, dua buah gua telah pun runtuh dan kini hanya tinggal sebuah gua yang mana ia dikatakan punca bagi setiap siri-siri paip Baigong.

6. Antikytera Mechanism

Antikythera Mechanisme

Dipercayai bahawa ia adalah sistem kalkulator purba yang digunakan untuk mengukur pergerakan bintang dan planet. Dianggarkan ia berusia 80 tahun sebelum masihi. Pembinaan gadget purba ini sungguh sofitikated; gear 30 gigi dengan diameter 9 hingga 132mm, dan berkemampuan untuk melakukan kelajuan dalam pelbagai had. Penemuan Antikytera Mechanism sememangnya menakjubkan.!

7. Waffle Rock

Buatan manusia atau hasil alam semulajadi?

Terdapat dakwaan saintis bahawa ia adalah hasil alam semulajadi. Namun, ramai antara saintis menolaknya kerana mendakwa ia adalah teknologi zaman dahulu yang begitu canggih. Kelihatan seperti keping-keping biskut, ia membangkitkan satu teori bahawa pada zaman purba, sudah wujud lantai berukir yang bergitu cantik. Misteri di sebalik Waffle Rock masih terus dikaji dan diselidik.

8. Iron Pillar of Delhi

Iron Pillar of Delhi

Tiang besi yang dikenali Iron Pillar of Delhi ini dibina pada zaman Chandragupta Vikramaditya yang memerintah daripada tahun 375 sehingga 413. Terdapat juga dakwaan mengatakan bahawa tiang besi ini mula dibina sekitar tahun 912BC. Tiang besi yang mempunyai ketinggian 7 meter ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri-mampu menahan karat dan reput miskipun terdedah kepada udara luar selama lebih dari 1600 tahun. Tiang besi ini membingungkan ramai saintis kerana besi tahan karat tidak pernah dicipta pada abad ke-4 atau abad ke-5 masihi.! Seorang pengkaji, Erich Van Daniken pernah mendakwa bahawa Iron Pillar of Delhi berasal daripada alam makhluk asing.

9. Objek Berpilin bersaiz Mikro

Objek berpilin yang ditemui di Rusia.

Pada tahun 1991, seorang pencari emas secara kebetulan telah menjumpai objek pelik yang berpilin di Narada, berdekatan dengan pergunungan Ural, Russia. Objek itu dijumpai dalam beberapa saiz daripada bersaiz mikro sehingga ke saiz 3 cm. Objek pelik tersebut mempunyai saiz yang paling kecil iaitu dengan saiz 0.03cm. Objek tersebut dalam jumlah yang beribu-ribu di beberapa tempat di Kozhim, Balbayu dan di sebuah alur kecil di Vtvsty dan Lapkhevozh.

Kebanyakkannya dijumpai di dalam kedalaman daripada 3 hingga 12 meter. Objek tersebut diperbuat daripada tembaga, Molybdenum dan juga tungsten. Tungsten adalah bahan yang padu dengan titik lebur sehingga 3410 darjah. Begitu juga Molybdenum yang mempunyai titik lebur sehingga 2650 darjah. Pada hari ini, bahan tersebut digunakan secara meluas di dalam alatan senjata tentera dan assesori kenderaan berperisai. Dalam satu kajian, objek-objek tersebut dipercayai berusia 20,000 tahun yang lampau.! Ia membingungkan ramai saintis dan ahli arkeologi kerana dipercayai bahawa pada masa tersebut, sememangnya tidak wujud langsung teknik pembuatan logam serta perleburan yang canggih.

Comments

Popular Posts