Wednesday, September 26, 2012

Apakah Maksud Tersirat Lambang Singa Di Kotak Rokok?


Sama ada anda merokok atau tidak, tentu anda biasa melihat simbol-simbol yang sangat popular pada kotak rokok iaitu lambang singa. Walaupun jenama rokok itu tak sama dan dikeluarkan oleh syarikat yang berbeza, ia tetap mengandungi lambang singa.
Singa adalah spesis binatang ciptaan Allah dan ia memiliki ciri-ciri kehebatan dan keagungan tersendiri dalam dunia haiwan sehingga layak digelar raja segala binatang.
Tetapi kenapa ia begitu penting dalam industri tembakau sehingga gambar haiwan ini ada pada hampir semua kotak rokok. Apa istimewa sangat singa-singa ini?
Mengikut tradisi agama Kristian, singa Judah mewakili Jesus. Jesus berasal dari bangsa Yahudi dan dia disebut sebagai Singa Judah dalam kitab Injil. Oleh sebab itu, banyak pertubuhan agama Kristian termasuk kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol singa pada cop mohor mereka.
Dalam tradisi Yahudi pula, nama Hebrew dan gelaran biasanya digabungkan menjadi berpasangan. Sebab itu kita biasa lihat simbol sepasang singa pada kotak rokok hari ini, bukan seekor.
Dalam bidang ekonomi dan politik dunia hari ini, Singa Judah mempunyai pengaruh yang besar dan kuat. Syarikat-syarikat besar dan juga jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol sepasang Singa Judah sebagai tanda perniagaan dan simbol rasmi (Coat of Arms) mereka. Simbol kerajaan Malaysia juga menggunakan simbol sepasang haiwan tetapi singa itu ditukar menjadi sepasang harimau.
Judah adalah nama suatu kaum dalam bahasa Hebrew disebut Yehuda. Tidak perlu saya nyatakan ia disebut sebagai apa dalam istilah Bahasa Kebangsaan.
Masih tak pasti?
Yehuda = Yahudi
Lion of Judah = Singa Yahudi
Bagi perokok tegar, anda sentiasa membawa simbol Yahudi ini di dalam poketsepanjang masa. Ke mana saja anda pergi, Singa Judah ini sentiasa mengikuti anda walaupun anda sedang mengerjakan solat.
Wang anda juga telah banyak dilaburkan untuk memberi keuntungan kepada industri rokok milik bangsa Yahudi. Jika orang miskin mempunyai hak-hak tertentu pada sebahagian harta orang kaya, syarikat rokok telah berjaya mendapatkan sebahagian hak mereka ke atas pendapatan anda tidak kira anda kaya atau miskin.

Sunday, September 23, 2012

Pelukis Polis Yang Sangat Hebat

 
Lakaran Dana Wilson, yang dituduh menculik bayi yang baru lahir pada tahun 1995, ini adalah lakaran yang sangat tepat
 
Cik Gibson, 62,Telah 30 tahun mengabdikan dirinya sebagai penegak keadilan hanya melalui lakaran lukisan wajah penjenayah.Bakat beliau sungguh luarbiasa,Dimana ketepatan wajah suspek penjenayah adalah sangat mirip wajah sebenar malah hampir seratus peratus tepat.
Kerana lukisan lakaran nya telah ramai penjenayah kecundang di tangan polis di Houstan.
Walaupun hanya dengan sedikit gambaran yang di berikan oleh mangsa namun Cik Gibson dapat melukisnya dengan sempurna.Ini memudahkan pehak polis membuat tangkapan dengan cepat.Bagaimana Cik Gibson memulakan kerjaya sebagai pelukis untuk polis di Houstan?
Kisahnya begini sewaktu umurnya 21 dia sendiri telah menjadi mangsa serangan penjenayah yang hampir meragut nyawanya.Semenjak itulah di terus berkhidmat sebagai pelukis polis demi menegakkan keadilan melalui bakatnya yang luar biasa.Tak percaya betapa miripnya lukisan lakaran penjenayahnya?Mari kita sama-sama saksikan.
Lakaran: Perogol Donald Eugene Dutton selepas dia melarikan diri dari penjara pada
tahun 1991
Tepat: BandingKan lakaran Charles Raiford dengan wajahnya yang sebenar.
Penjenayah Naim Rodriguez hanya sedikit gambaran Cik Gibson dapat melukis 
dengan tepat wajah penjenayah ini.
Penjenayah berusia 17 tahun, Robert Hidalgo carjacked.
Pembunuh: Francisco Cardenas sedang menjalani kehidupan di penjara setelah 
dilihat membunuh seorang pegawai polis
Ngeri: Pada tahun 2002, Jeffrey Lynn Williams telah dihukum mati kerana membunuh 
seorang wanita dan merogol anak perempuan berusia sembilan tahun.
Penjenayah Michael Hamberger, pada tahun 1988

Kreatif! Melukis Dengan Kotoran Cawan Kopi

Siapa sangka dengan hanya menggunakan sisa kotoran pada cawan kopi, sebuah lukisan yang menarik dapat dihasilkan. Kelebihan ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh seorang artis daripada Malaysia, Red Hong (nama sebenar beliau adalah Hong Yi) yang diinspirasikan daripada sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Jay Chou yang berjudul Secret.
Tetapi, kalau dah ada bakat, berus dan cat lukisan bukanlah satu medium yang penting , dengan hanya menggunakan apa yang orang lain selalu guna seperti kopi, kicap, susu atau garam pun dah memadai bagi menghasilkan sebuah lukisan yang menarik. Kalau nak tengok hasil lukisan istimewa orang Malaysia kita sendiri, jom layan gambar di bawah ini.
 

Kreatif! Lukisan Pada Cermin Kereta

Untuk menghasilkan sebuah lukisan tidak semestinya ia dibuat di atas sehelai kertas. Namun ia boleh dibuat di mana-mana sahaja asalkan ia tampak kreatif. Seorang lelaki menunjukkan kreatifnya dengan membuat lukisan di atas cermin. Lukisan tersebut dihasilkan hanya menggunakan berus dan debu yang terdapat pada cermin kereta tersebut. Jom kita lihat lukisan tersebut di bawah ini.

Kreatif! Seni Lukisan Dari Puntung Rokok Dan Ubat Nyamuk

Mungkin tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawa puntung rokok juga boleh dijadikan sebagai seni lukisan. Cuba lihat lukisan di bawah ini. Ia dilukis menggunakan puntung rokok dan hujung ubat nyamuk yang masih berbara. Karya pelukis terkenal dari  Megelang, Jawa Tengah Indonesia ini, Yuli Prasetiawan biasanya memerlukan 17 bungkus kotak rokok dan 19 bungkus ubat nyamuk serta memerlukan waktu kira-kira 3 bulan untuk menyiapkan satu-satu lukisan. Lihat gambar di bawah ini.

Kreatif! Roti Bakar Yang Menarik

Jika anda peminat seni kreatif, mungkin kaedah ini boleh menjadi sebahagian daripada hobi anda. Membuat pelbagai watak kartun di atas kepingan roti bakar. Caranya amat mudah iaitu mereka acuan watak kartun dengan hanya menggunakan aluminum foil. Apabila ia dibakar, roti anda akan tersedia terlakar mengikut rekaan yang dihasilkan. Jom lihat gambar di bawah ini.

Saturday, September 22, 2012

Cara Mengatasi Gangguan Jin

Assalamualaikum! Cuba anda berfikir sejenak, pernahkah anda mengalami situasi yang ganjil apabila terkadang anda perasaan akan terdengar bunyi-bunyian dan barangkali suara-suara yang pelik. Mungkin anda merasainya tatkala di mana-mana sahaja anda berada mahupun apabila berada di rumah sendiri? Segalanya adalah tidak mustahil kerana hakikatnya masih ada makhluk yang lain yang berkongsi dunia dengan kita seperti jin dan sebagainya.

Kewujudan makhluk bernama jin dan sebagainya ini tidak perlu disangkal kerana di dalam Al-Quran pun ada menjelaskan akan wujudnya makhluk-makhluk ini. Walau bagaimana pun, Allah SWT telah membataskan penglihatan kita untuk melihat makhluk-makhluk halus ini. Bagaimana pula jika jin berkongsi rumah dengan kita, jika mereka tidak mengganggu tidak mengapa. Namun, sekiranya kita diganggu sehingga ada sampai waktunya di mana jin itu menumpang badan kita, apakah yang harus kita lakukan?
Mudah-mudahan kita dijauhkan dari gangguan makhluk-makhluk halus ini. Namun, persediaan untuk menghadapi situasi sebegini harus diberikan perhatian. Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita lihat terlebih dahulu simptom-simptom awal gangguan dari makhluk-makhluk halus ini.
Simptom-Simptom Awal Gangguan Jin
A) Di dalam keadaan berjaga
  • Badan terasa berat / lemah / panas / sejuk tanpa sebab munasabah
  • Badan terasa bisa-bisa / gatal / miang tanpa sebab klinikal
  • Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal
  • Bau nafas yang terlalu busuk
  • Bau wangian / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
  • Bayi kerap menangis
  • Belakang tengkuk / bahu terasa berat
  • Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya tanpa sebab munasabah
  • Berubah hati terhadap semua orang yang disayanginya
  • Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi
  • Bunyi guli di atas syiling
  • Bunyi orang berjalan di dalam / bahagian atas rumah
  • Bunyi pasir jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
  • Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
  • Darah haid turun lebih dari 15 hari
  • Gagal melakukan hubungan kelamin
  • Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran
  • Hujung jari kaki / tangan terasa menyucuk / kebas
  • KemurunganKerap berdebar / takut / gagap / sesak nafas
  • Kerap keguguran
  • Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran
  • Ketumbuhan ganjil pada anggota badan
  • Kuat berangan / berkhayal / hilang daya tumpuan
  • Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya
  • Loya / sebu perut tanpa sebab klinikal
  • Malas mengerjakan Solat dan beribadat
  • Marah secara keterlaluan / panas baran
  • Melihat jin / hantu secara terus
  • Mendengar suara berbisik / menyergah
  • Nafsu seks yang melampau / tidak normal
  • Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik
  • Pelupa / Nyanyuk tanpa sebab klinikal
  • Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya
  • Ragu-ragu tentang keimanan diri / ingin murtad
  • Sakit / takut ketika ziarah orang meninggal
  • Sakit di bahagian ulu hati, tulang rusuk, pinggang atau belikat tanpa sebab klinikal
  • Sakit Jiwa / Mental
  • Sakit kepala, dada, tangan atau kaki selepas waktu Asar ke atas
  • Sakit perut tanpa sebab klinikal
  • Sakit tapak kaki / tumit yang berpanjangan
  • Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali
  • Selalu ditindih / dicekik ketika tidur
  • Sering kehilangan wang secara tiba-tiba
  • Sering pengsan tanpa sebab klinikal
  • Sering terjaga di waktu malam / tengah malam
  • Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur
  • Sikap berubah secara tiba-tiba (kepada yang negatif)
  • Suami isteri kerap bertengkar walaupun perkara kecil
  • Suka bangun tidur selepas tengahari
  • Suka bercakap besar, takbur, riak dan bangga-diri
  • Suka bercakap seorang diri tanpa sebab munasabah
  • Suka melihat diri di dalam cermin
  • Suka menggulung rambut dengan jari
  • Suka tidur pada siang hari
  • Sukar mendapat jodoh
  • Sukar mendapat zuriat / Mandul
  • Sukar tidur malam
  • Tanda lebam pada anggota badan
  • Terasa ada lembaga tidur bersama / menganggu / berdialog ketika tidur
  • Terasa benda bergerak-gerak di bawah kulit
  • Terasa diri selalu diperhatikan / diekori
  • Terlalu rasa rendah diri / tidak berkeyakinan / hilang semangat
  • Terasa bahu ditepuk dari belakang
  • Terasa terkena renjisan air
B) Di dalam tidur
  • Bermimpi bayi / kanak-kanak 
  • Mengunyah gigi sewaktu tidur
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi, melayang atau terbang
  • Mimpi makan 
  • Mimpi ular, kelawar, lembu, anjing, serigala, gajah, harimau dan binatang buas
  • Mimpi yang menakutkan
  • Mimpi serangga berbisa seperti lipan, kala jengking, labah-labah dan sebagainya
  • Mimpi tempat yang kotor; seperti tandas, longkang dan sebagainya
Terdapat pelbagai lagi simptom-simptom yang ada selain dari yang di atas..Wallahu a’lam bis sha'wab.

Kini mari kita lihat bagaimanakah caranya untuk kita menghindari diri dan keluarga kita dari segala gangguan makhluk-makhluk halus ini. Ada beberapa cara untuk kita memastikan kelangsungan kehidupan kita bebas dari segala perkara sebegini, namun ianya haruslah dilakukan dengan ikhlas dan haruslah juga diistiqamahkan perbuatan kita. Berikut adalah antara caranya untuk menghindari dari sebarang gangguan makhluk halus.
  • Menghidupkan rumah kita dengan ibadah solat-solat sunat.
  • Memperbanyakkan membaca Al-Quran, khususnya Surat Al-Baqarah di rumah kita, karena sebagaimana sabda Rasulullah saw, syaitan dan jin akan lari dari rumah yang sering kedengaran bacaan Surah Albaqarah di dalamnya.
  • Membaca Ayat Kursi sebelum tidur, kerana sebagaimana sabda Rasulullah saw, syaitan dan jin tidak akan mampu mendekati orang yang membaca Ayat Kursi sebelum tidurnya sehinggalah ia bangun kembali dari tidurnya.
  • Membaca Surat Al-falaq dan An-Nas setiap pagi dan petang, kerana sebagaimana sabda Rasulullah saw, tidak ada pelindung diri yang lebih kuat dari keduanya.

Berikut pula cara-cara yang boleh kita lakukan dengan sendirinya untuk memeriksa sama ada tubuh kita sebenarnya telah ditumpang oleh makhluk-makhluk halus. Caranya dengan mendengar audio bacaan ayat-ayat Ruqyah dan seandainya boleh, dengarnya dengan sejelas yang boleh. Tidak perlu membaca, cukuplah sekadar memberi perhatian sepenuhnya dari mula hingga ke akhir bacaan.
Setelah habis mendengarnya, sekiranya kita mengalami beberapa kesan seperti batuk-batuk, badan berpeluh, jantung berdebar kencang, mengantuk dan pening, terasa ingin muntah, sendawa dan mungkin terasa seperti sesuatu ada di dalam kulit, itu adalah petanda yang tubuh kita berkemungkinan dihuni oleh makhluk halus.
Cara ini tidak digalakkan untuk dilakukan berseorangan, sebaiknya biarlah berdua atau ramai kerana bimbang kesan yang akan dialami sewaktu mendengar bacaan ayat-ayat Ruqyah akan membuatkan makhluk halus itu menentang tuan empunya badan. Dan adalah lebih afdal sekiranya meminta bantuan dari Ustaz mahupun pakar perubatan islam yang lebih arif dalam hal-hal sebegini. Ini adalah lebih baik kerana sekiranya terjadi apa-apa yang tidak diingini, ada pihak yang akan membantu kita.

Thursday, September 20, 2012

Doa Cinta







Ya Allah
Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi

Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari bahtera hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku Ya Allah
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku boleh bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Dan Ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di Akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biar aku sendirian
Di dunia ini mahupun di Akhirat
Menjurus aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

AMIN

Saturday, September 8, 2012

Judika - aku yang tersakiti Lirik

Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya

Kau pergi untuk dia

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku

Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)

Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...