Saturday, November 5, 2016

YA ALLAH




YA ALLAH

Segala Puji-pujian hanyalah untuk Mu wahai Tuhan Ku. Ya ALLAH hanya mukadimah ini yang ku rasa sesuai bagi memulakan kala mini. Entah kenapa diri ini datang kemari ingin menulis luahan hati ini. Jauh di sudut hati bukan diri ku malas untuk berdoa di sejadah tetapi diri ini ingin mendapat sedikit ketenangan dari penulisan ini. Sudah lama niat dan keinginan untuk menulis luahan ini kepada mu Ya Allah. Tetapi baru saat ini ku berkesempatan menaip satu persatu ayat yang memang secara rawak keluar dari fikiran dan hati ini.

Ya Allah, beberapa hari lepas diri ini menyambut genap nya 25 tahun diri ini hidup di dunia mu ini. Beberapa tika ini hati ku cukup tidak berasa tenteram entah apa punca nya entah dimana silap nya. Semakin lama diri ini terasa jauh sangat dengan Mu. Jauh dari merasa kasih sayang mu walaupun ternyata kasih sayang mu tidak pernah berkurang pada ku Ya Allah. Hanya hati ini terasa sebegitu. Ya Allah adakah ini istidraj dari mu?. Rahmat nikmat rezeki dikurniakan namun realitinya engkau sangat murka kepada ku.

Ya Allah, ku akui semakin hari semakin ku renggani hubungan kita ini. Ya ini berpunca dari ku, bukan kerana diri Mu Ya Allah. Setiap genap perbuatan ku cuba menguji kemurkaan mu. Ya Allah walaupun begitu dirimu masih lagi menjaga dan menyayangi ku. Diri ini seperti menyempak bola ke dinding di mana akhir nya kaki ini yang keletihan dan dinding itu masih kukuh dan tidak terusik walau sedikit pun.
setiap saat diri ini mengingati mu Ya Allah. Setiap saat diri ini berjanji itu ini dengan Mu, namun seperti biasa dalam skrip diri ini yang memungkiri. Entah berapa kali lafaz taubat keluar dengan senang di bibir ini.

Ya Allah, sedar tidak sedar lafaz taubat yang ku ulangi hanyalah menyedapkan hati ini untuk mendapat sedikit saat kelegaan. Tetapi ternyata sepenuh waktu diri ku merasa gelisah tidak senang duduk memikirkan hubungan kita. Setiap saat aq memikirkan bagaimana kelak jika saat ini ku di panggil kembali ke pangkuan mu. Adakah diri ini akan di sambut seperti sebuah pertemuan kekasih atau pertemuan dua orang bermusuhan. Jika ditanya pada hati ku, ternyata terang lagi bersuluh engkau akan memandangku dengan penuh murka.

Ya Allah, saat keizinan masa dan ruang ini ku ingin sekali merendahkan diri ku serendah rendah nya memohon keampunan dari mu. Ya diri ini sedar terlalu banyak dosa dan khilaf yang diri ini telah lakukan. Namun tidak sedikit pun diri ini ingin menentang kekuasaan mu, tidak sedikit pun diri ini ingin mencabar kesabaran mu wahai Tuhan Yang Maha Penyabar dan Maha Kuat. Tidak Ya Allah. Tidak sama sekali. Anggap sahaja diri ini seorang anak kecil yang degil dari mengikuti arahan orang tua nya. Bukan ingin menentang dan melawan Mu Ya Allah. Hanya waktu dan masa yang ku ingini dalam perjalanan ini agar kematangan itu ku dapati.

Ya Allah, maafi lah diri ini. Jika kelak tertulis nyata diri ini hanya bertempat di neraka ingin sekali ku memohon di pertemuan kita nanti engkau lihat lah diri ini walau sesaat dan dengar lah kata-kata ku bahawa aku sangat beruntung bertuhankan diri Mu. Terima kasih untuk segala nikmat rezeki serta rahmat kasih sayang yang telah engkau kurniakan pada diri ini ketika di dunia dulu. Diri ini teramat sayang dan kasih pada Mu. Walau tutur kata tidak seiring perbuatan. Hanya engkau yang tahu isi hati ku Ya Allah.

Ya Allah, bukan syurga matlamat utama ku ketika beribadah pada mu. Yang ku ingini hanyalah mendapat kasih sayang mu. Syurga tidak boleh beli kasih sayang mu. Aq ingin tunduk sujud pada mu hanya kerana diri Mu. Bukan kerana nikmat syurga yang dijanjikan. Ingin ku mencintai mu seperti mana aq pernah mencintai manusia yang mana aq tidak boleh sesaat tanpa dia. Rindu teramat hingga ku bawa kedalam tidur malah ke dalam solat ku masih ku mengingati si dia. Namun sekarang dia sudah pergi dari ku, yang ku lihat hanya lah diri Mu yang masih setia di sisi ku.

Ya Allah, kenapa aku masih buta melihat kasih sayang mu. Kenapa aku masih bodoh untuk memahami ini semua. Mengapa aku masih sombong untuk mengikuti segala perintah mu. Sedangkan engkau jika berkeingini saat ini kau boleh binasa kan diri ini. Engkau tanpa cinta ku tetap kuat tiada kekuarangan tapi aku tanpa cinta mu bagai layang-layang yang terputus tali nya. Tiada arah untuk di tuju hnya menungu masa jatuh patah dan lebur.

Ya Allah, akhir kalam ku ini sekali lagi ini ku memohon maaf di atas segala silap dan salah ku selama ini. Terima kasih untuk setiap nikmat yang telah engkau kurniakan kepada ku. Sudi lah hendaknya engkau memberi sekali lagi peluang untuk diri ku memperbaiki hubungan kita ini. Bantu dan selamatkan lah diri ku Ya Allah. Jangan matikan diri ini dalam keadaan engkau murka tetapi akhirilah hidup ku ini dikala engkau sudah redha dan cinta kepada ku. Maaf kerana tidak menjadi hamba mu yang terbaik. Tetapi tidak pernah dalam diri ini untuk berhenti meraih cinta dan kasih syang mu oh tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

AKU BERSAKSI TIADA TUHAN YANG LEBIH LAYAK DI SEMBAH MELAINKAN MU YA ALLAH,
DAN AKU BERSAKSI BAHAWA MUHAMMAD ITU PESURUH DAN KEKASIH MU

Yang benar hamba mu,
SHAUQI AFHRAH BIN ISMAIL

Saturday, April 16, 2016

Perbualan Itu




Selalu nya permulaan Tulisan Aq di sini akan aq dahulukan dengan salam. namun kali ni aq xtahu bagaimana hendak aq mulakan. Tapi yg aq pasti aq seorang yg suka luahkan apa sahaja isi hati,cerita mahupun apa sahaja yg berlaku kepada aq dalam bentuk tulisan. di sini aq temui satu kepuasan dan sedikit ketenangan.

sedar x sedar dah 25 tahun rupanya masa ataupun peluang yg Allah berikan untuk aq bernafas di dunia ini. dalam usia ini seharusnya aq sudah cukup matang dan mampu megecapi kejayaan yg besar ataupun sudah memulakan ke arah itu.

Perbualan itu..

Sudah lama sebenar nya aq dan ibu tidak berbual panjang secara kami kami sahaja. kerana peluang untuk berbual berdua jrg untuk di perolehi. Namun di kesempatan cuti midsem ni aq pulang sebentar ke kampung tersyg.

perbualan itu..

bermula seusai selesai solat maghrib. aq mengambil tempat di meja ruang tamu melakukan sedikit perkerjaan. datang ibu ku menyapa dan bermulalah perbualan kami. Tajuk awal hanya berkaitan dengan isu2 semasa perihal sedara mara.

Perbualan itu

Namun sedar x sedar kami mula berbual perihal perkahwinan. aq hanya bergurau dengan menyatakan "Mek org nak kahwin tahun ni". penyataan ku itu di sambut dengan senyuman oleh ibu.. Macam biasa dia hanya memberi jawapan "Habis kan pelajaran tu dulu"

perbualan itu

Namun kali ni aq tidak memilih untuk diam atau menukar kepada Topik yg baru. kali ni aq ingin lontarkan satu isi hati yg sudah lama aq pendam kan. aq memberitahu ibu
"Mek org dah umur 25 dan dah hampir nak masuk umur 26, Kalau nak tunggu org habis belajar entah2 umur 30 baru kahwin. dan jika umur org 30 xkahwin lagi maka org lebih untuk memilih untuk hidup sendiri sahaja. memikirkan kelak aq dgn anak2 akan bersama sebentar" ya hidup mati di tangan Allah mungkin sahaja ajal berlari  dahulu ke arah ku menyapa berbanding jodoh yg berjalan lengang. dan aq tahu ramai je yg kahwin umur 30 keatas. ni hanya pendapat peribadi aq.. aq menyambung kembali perbualan ku..
"Kalau yg umur 22/23 yg menyatakan hasrat macam ni boleh lah Mek bagitahu suruh habiskan belajar dulu. tapi anak mek ni dah lebih umur nya".

perbualan itu..

aq dapat lihat wajah ibu seakan cuba menyelami kata kata ku tadi. namun jawapan yg di berikan kali ni cukup berbeza dan agak mengejutkan aq..
"Betul jugak apa yg qie kata, entah lah mek redha dan setuju sahaja jika qie nak kahwin dalam study. Tapi kena cukup2 kuat lah. untk belajar, dan sambil2 itu cari punca rezeki nak tampung keluarga. rezeki itu milik Allah jgn risau. Allah dah janji akan melimpahkan rezeki kepada sesiapa yg berkahwin.." " qie pilih la ingin kan siapa jika berkenan bgtahu lah meka dengan Ayah nanti kita akan masuk mintak, kenduri tu xpe biar ayah dengan mek berpakat duit dan kita buat kecil2 lan"

perbualan itu

mendengar ibu cakap begitu aq seakan tidak percaya itu kata yg keluar dari mulut ibu. aq berkata "Eh biar betul ni mek."
"ya la betul la, nak yg mana skrg ni gadis dalam kampung tu ke?" kata ibu dalam nada bergurau. aq hanya melepaskan satu senyuman yg sukar di tafsirkan. senyum di bibir namun di hati aq kelam.. ya itu yg ku ingin, namun ia sudah di sangkar hati lain. namun aq tahu ini hint nya, ini tanda nya. aq hanya perlu tekad kan hati, jika aq memilih untk teruskan niat ini. aq harus kuat dan tabah dalam usaha untuk hidup berdua kelak. itu cabaran ibu..

perbualan itu berakhir bila terdengar mic surau sudah di sentuh2 menandakan akan masuk waktu isyak sebentar lagi.

Ya hanya ibu, hanya ibu yg lebih memahami isi hati anak nya.. mungkin pada kau itu x patut di luahkan namun dia ibu mu. dia lebih kenal siapa diri mu. yg membesarkan kamu dari sekecil tapak tangan dia hingga kamu sebesar ini skrg.





Tuesday, April 5, 2016

Hidup Dalam Mati

Lakaran lukisan tak berwajah
Meronta ku di dalam kesunyian
Tak rela ku mengejar cinta yang hampir kelam
Sendiri ku di sini pilu

Angin bawalah aku pergi
Pergi dari kesakitan ini
Tak mampu ku menahan peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati

Tak mampu ku menahan
Peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati
Hidup dalam mati


Tuesday, March 22, 2016

Aku Ingin Lupakan Dia.. Tapi Bagaimana?



Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah. Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.

Cinta. Bukan mudah melupakan orang yang kita cintai. Tapi kehidupan perlu diteruskan.

Ya, bercakap memang mudah. Tapi tak mustahil kan?

Saya juga seperti anda. Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan. Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.

Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi. Kehidupan amat perit saya rasakan. Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.

Terdengar lagu itu, saya teringat dia. Terlihat tempat makan itu, teringat si dia. Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.

Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?

Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk. Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA. Bukan mudah untuk memulihkan hati.

Suatu hari, saya bermuhasabah diri. Menempatkan diri saya pada diri orang lain. Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya. Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.

Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu. Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta. Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai. Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.

Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan. Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup. Pandanglah ia dari sudut positif. Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.

 Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut

1. Mohon kekuatan daripada Allah

Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang. Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

[2:216]

 2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran

 “…..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 8]

Hati yang terluka perlukan ubat. Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia. Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.

 3. Terimalah kenyataan

Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan. Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.

Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik. Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?

Redhalah dengan ketentuanNYA.

 4. Buang segala perkara tentang dia

Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilahcara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.

Buanglah segala perkara tentang dia. Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.

Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.

Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.

 5. Sibukkan diri

Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan. Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati. Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.

 6. Hindari semua perkara tentang dia

Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia . Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia. Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia. Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.

 7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai

Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai. Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.

Terakhir sekali,bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini. Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu. Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya. Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.

“Allah has already written the names of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah swt. HE will send her/him to you when you’re ready. It is only a matter of time”.


Kesimpulan

Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.

Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.

Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan. Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian. Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.

Mungkin Allah ingin menguji  nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.

Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...