Friday, November 8, 2013

Gambar yang menarik

Menakjubkan dan seolah-olah gambar ini seperti dirancang,namun ini adalah kejadian yang di lakukan secara kebetulan terakam oleh kamera..jom llihat lagi gambar di bawah...







Friday, September 27, 2013

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

 
 1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Monday, August 12, 2013

Cara Orang Syiah Solat


Syiah mengamalkan ajaran yang lari dari ajaran Ahli Sunnah dan jauh dari wahyu, golongan ini mereka-reka hukum dan mengadakan perkara bid’ah yang sesat dan menyesatkan, moga-moga kita dijauhi daripada golongan Syiah ini yang merosakkan akhidah umat Islam.
Sejak berlakunya revolusi Syria barulah kita mengetahui tentang niat mereka sebenarnya, mereka cukup membenci kaum Ahli Sunnah sehingga mereka menghalalkan darah ahli sunnah. Dan kita sebagai Umat Islam janganlah membenarkan mereka ( Syiah ) daripada berpijak di bumi tercinta ini.
Di bawah ini antara gambar-gambar cara ibadah orang Syiah yang bercanggah dengan Islam:
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 2.0
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 2.1
Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum).
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 3
Pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat (tidak solat Jumaat) kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya sahaja.
Banyak pihak mengatakan bahwa orang Syiah melakukan solat sama seperti orang-orang Islam namun hanya untuk sekadar taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syiah. Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Pentingnya taqiyyah disisi Syiah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 4
Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 5
Satu lagi cara sujud mereka puak-puak syiah ini, Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah. Apa jenis sujud pun kita tidak tahu.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 6
Inilah contoh ajaran Syiah yang menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Mereka bersembang waktu tengah solat. inilah Ulamak Syiah yang diagung-agungkan mereka solat sambil berborak.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 7
Syiah soalat bukan dengan tatacara solat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 8
Para pengikut Syiah sedang Solat/Sujud di ruang sama (di masjid mereka). Mereka menghadap ke arah mana ketika bersujud?, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan dalam Al-Quran.
Kaum Syiah Menyembah Selain Allah
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 9
Para penganut Syiah menyembah manusia!!. Menyembah selain daripada Allah Ta’ala, orang Islamkah mereka?. Lelaki dan wanita syiah sedang bersujud di perkuburan syiah (Sujud di kubur ulamak mereka) dan sujud di depan gambar ulamak mereka di permakaman, sangat bercanggah dengan ajaran Islam, jauhilah diri kita dari golongan yang sesat ini.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 10.0
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 10.1
Solat/Sujud menghadap ke kubur dan I’tikaf (duduk di masjid) bersalahan arah kiblat menghadap ke kubur, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. siapa yang mereka sembah?
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 11
Kubur Khumaeni ditawaf tiap-tiap hari dan diberkati dengan bermacam-macam amalan taghut, ini adalah satu ibadah mereka jauh tersimpang dari ajaran Islam yang sebenar, ini mengambarkan kesesatan Syiah yang nyata.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 12
Puak-Puak Syiah membina Kaabah sendiri di bandar Najaf, mereka akan tawaf sebagaimana tawaf di Batullah Makkah. sesat dan amat menyesatkan.
Akhir zaman Yahudi akan jadi kawan baik mereka (Syiah)
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 13
Pemimpin negara Syiah berpelukkan dan beramah mesra dengan pemimpin Yahudi menunjukkan hubungan baik diantara mereka, Syiah adalah sekutu Yahudi untuk menjatuhkan Islam. Tidak kiralah pemimpin-pemimpin golongan Yahudi yang anti zionis atau yang pro zionis, apa yang umat Islam perlu tahu mereka (Syiah dan Yahudi) ini bersahabat baik, sedangkan umat Islam (Ahli Sunnah) mereka bunuh dan bermusuhan. berjaga-jagalah dengan golongan ini, mereka penuh dengan tipudaya, pembohongan dan  kepura-puraan (Taqiyyah) .
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 14
Pemimpin negara Syiah membuat perjumpaan dengan pemimpin Yahudi. apakah tujuan sebenar mereka?. Sedangkan Syiah boleh berbaik-baik dengan golongan Yahudi tetapi bermusuhan dengan Ahli Sunnah, mengapa mereka membenci Ahli Sunnah sebegitu rupa?. Syiah bagaikan musuh dalam selimut umat Islam. Mereka mengaku Islam tetapi diam-diam menusuk dari belakang.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 15
Ahmad Niejad, pemimpin negara Syiah, menunjukkan pasportnya yang terlis namanya sebagai nama Yahudi nama dalam Yahudi ialah ” SABURJIAN ” sebagaima yang tercatat dalam akhbar Britain ” Daily Teleghraph ”.
Perngai Ulamak Syiah 16
Dan yang terakhir, paling teruk sekali ialah perangai ulamak Syiah. Depan nampak anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka. Itulah kepura-puraan (Taqiyyah) puak Syiah yang perlu kita tahu.
Tersangatlah sesat gologan ni ! Tolong umat Islam jangan keliru ! berpegang lah pada Al-Quran dan Hadis.
Jom sebarkan! jangan biarkan Syiah menyesatkan umat Islam dan meratah daging umat Islam. Sebarluaskan risalah ini jika anda prihatin terhadap ancaman yang melanda akidah umat Islam.
Wallahu’alam….
Semoga di kreditkan kembali artikel ini ke
tuan punya artikel

Thursday, July 25, 2013

Heo Young Saeng-Let It Go

By the way i do not own any of this!

Lyric's below are in english for better understanding of the song!

Like being indifferent towards me,
Your cold heart is just like as if I don't know you are hard on me
Not many woman like this you have tried so far,
Timid me is continues to go round and round everyday
This kind of me kept being attracted by that kind of you,
Just being uneasy, just being hurt
Please whatever you try to say is frustrating to me,
Try to lie you will be frustrating

No time to give and take in order to get you
Nothing to regret, because there are many more besides you
There is only one chance, don't ask for more
Otherwise I will coolly send you away

just let it go let it go let it go
just let it go let it go let it go

This is how I am, you just didn't know that

I just let it go let it go let it go.. oh no
I just let it go let it go let it go.. oh no

Don't need to hesitate, that we came till that point
Not even starting, you have me and if you leave me again
I have nothing to lose, because I was alone originally
If you are not sincere, I have nothing to give you too
Because you are not mine originally

just let it go let it go let it go
just let it go let it go let it go

This is how I am, you just didn't know that

I just let it go let it go let it go.. oh no
I just let it go let it go let it go.. oh no

Don't need to hesitate, that we came till that point

Don't you know, don't you know

My heart hidden behind the pretentious strong words
Pretending it's not, pretending to go
Saying take my outstretched hand

just let it go let it go let it go
just let it go let it go let it go

This is how I am, you just didn't know that

I just let it go let it go let it go.. oh no
I just let it go let it go let it go.. oh no

Don't need to hesitate, that we came till that point.

Even when I become exhausted because of you,
I pretend not to know, pretend not to see, that started to make me hurt

I'd rather you let it out and say you hate it when you do,
Frankly asking me to leave, that would be better for me

Your words are difficult, like your heart which I don't understand,
I thought everything was a joke, like throwing away everything

Open your heart a little, tell me for sure, I will follow whatever you say will do


Thursday, July 4, 2013

Doa SeoranG KekaSih

semoga tangan mu yang ku pimpin
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan 
Dia milikku, tercipta untuk diriku 
Satukanlah hatinya dengan hatiku 
Titipkanlah kebahagiaan 

Ya Allah, ku mohon 

Apa yang telah Kau takdirkan 
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku 
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku 
Pelihara daku dari kemurkaanMu 

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah 

Beri kekuatan jua harapan 
Membina diri yang lesu tak bermaya 
Semaikan setulus kasih di jiwa 

Ku pasrah kepadaMu 

Kurniakanlah aku 
Pasangan yang beriman 
Bisa menemani aku 
Supaya ku dan dia 
Dapat melayar bahtera 
Ke muara cinta yang Engkau redhai 

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih 

Engkau sahaja pemeliharaku 
Dengarkan rintihan hambaMu ini 
Jangan Engkau biarkan ku sendiri 

Agarku bisa bahagia 

Walau tanpa bersamanya 
Gantikanlah yang hilang 
Tumbuhkan yang telah patah 
Ku inginkan bahagia 
Di dunia dan akhirat 
PadaMu Tuhan ku mohon segala 

Tuesday, April 2, 2013

Gambar senyum syuhada Gaza , bukti kebenaran al-Quran dan Sunnah

Renungan kita kali ini ialah tentang detik-detik kehidupan pertama syahid dan detik-detik terakhir terakhir kehidupan mujahid.. 
Itulah detik-detik yang dihindari banyak orang dan dicemaskan para pahlawan dunia. Itulah detik-detik di mana seseorang meninggalkan kehidupannya dan mimpi-mimpinya. 
Kehidupan itu tiba-tiba terputus dan ia pun berada di dunia lain yang belum pernah disaksikannya dan belum pernah diketahuinya kecuali melalui berita saja.


Detik-detik tersebut adalah detik-detik pertama orang yang mati syahid. Itulah detik-detik permulaan dan di hadapan pintu Barzakh. Permulaan ia meninggalkan dunia menuju akhirat. 

Akhir kehidupannya sebagai seorang muslim yang hidup menuju permulaan kehidupan syahadah yang abadi..
Detik-detik mengagumkan dalam kamus seseorang. Detik-detik yang tidak difahami oleh sebarang manusia. 
Itulah detik-detik yang tidak ingin dicapai kecuali oleh orang-orang beriman. Detik-detik yang tidak boleh dijelaskan dengan kata-kata..
Detik-detik kedatangan dan kepergian yang menyatu. Detik-detik akal seorang Mukmin memberi reaksi kebingungan: apakah patut didoakan dapat keberkahan atau disedihkan. 
Apakah diberi ucapan selamat atau belasungkawa. Apakah harus menangisinya atau berbahagia.. Kesedihan atau kebahagiaan dan pelukan.
Bagaimana keadaan detik-detik tersebut? Tuhan Pemilik Kemuliaan tertawa kepadanya! Betapa mulia dan berwibawanya situasi dan keadaan itu. Masih adakah yang lain setelah itu, wahai syahid?

Seorang yang dipercayai bercerita: Kami diberitahu oleh seorang komandan jihad, Kami bersama beberapa ikhwan berada di medan tempur. Lalu, tiba-tiba seorang ikhwan berteriak kepada kami, Syurga! Lihatlah, itu surga!. 
Ia menunjukkan tangannya ke depan, dan tidak berapa lama peluru melintas dan mengenai kepalanya, lalu ia pun tersungkur mati. Semoga Allah merahmatinya.

Sesungguhnya orang yang mati syahid itu memiliki beberapa tanda..(Di antaranya adalah) Ia melihat tempat tinggalnya di syurga.. (HR Tirmidzi, Shahih).

Allah tersenyum kepadanya dan memperlihatkan syurga kepadanya! Alangkah besar kurnia itu! Adakah harapan yang lebih besar dari itu wahai syahid?

Banyak pahlawan meninggalkan medan perang kerana menyangka peluru yang bersarang di badan itu mengakibatkan penderitaan. Tetapi, orang mukmin maju terus kerana ia tahu keadaan yang sebenarnya. Tidaklah orang yang mati syahid itu merasakan sakit semasa terbunuh melainkan seperti salah seorang dari kamu merasakan cubitan. (HR Ahmad, Tirmidzi, dan Nasaâi dengan sanad yang baik).

Allah tersenyum kepadanya dan menunjukkan tempatnya di syurga dan ia pun tidak mengeluh semasa mati! Betapa mulianya engkau di mata Allah..Lalu, apa lagi setelah itu wahai syahid?

Orang mukmin itu takut berbuat dosa dan berharap taubat sebelum mati. Rasulullah bersabda, Dan orang mukmin yang membersihkan dirinya dari berbagai dosa dan kesalahan, ia berjihad di jalan Allah dengan jiwa dan hartanya hingga ketika ia berhadapan dengan musuh, maka ia bertempur hingga terbunuh. Itulah kain seka yang menghapus dosa-dosa dan kesalahan-kesalahannya. Sesungguhnya pedang adalah penghapus dosa. (al-Musnad dan Shahih Ibni Hibban).

Apakah anda takut dosa? Sesungguhnya orang yang syahid itu memiliki keistimewaan di sisi Allah: dosanya diampuni sejak titisan darahnya yang pertama. (HR Ahmad, shahih menurut Tirmidzi).

Allah tertawa kepadanya, memperlihatkan tempatnya di syurga, ia pun tidak mengaduh pada detik-detik kematian, dan dosa-dosanya dihapus, kecuali hutang. (Shahih Muslim)

Betapa agungnya mati syahid di jalan Allah. Apakah engkau puas, wahai syahid?. Manusia di dalam kubur menghadapi ujian, sementara teman kita (syahid) bergembira ria di dalamnya. Imam Nasaâi dan perawi lain menceritakan seseorang yang bertanya, Ya Rasulullah, mengapa orang-orang mukmin menghadapi ujian kecuali syahid? Nabi saw pun menjawab, Kilau pedang di atas kepalanya itu sudah cukup menjadi fitnah (ujian) baginya.

Semua ini terjadi dalam waktu yang singkat di mana semua orang takut menghadapinya. Itulah detik- detik ujian. Waktu yang amat singkat yang dilalui orang mukmin yang teguh semasa ia melihat darahnya lalu sekejap sesudahnya ia melihat hasil jerih payahnya.

Belum kering tanah dari darah syahid, hingga kedua isterinya (bidadari) menjemputnya. Keduanya bak burung yang mengepakkan sayapnya. Keduanya lalu mendarat ke tanah. Dan di tangan masing-masing bidadari itu ada perhiasan yang lebih baik daripada dunia dan seisinya. (HR Ahmad)

Tidakkah dua bidadari cukup bagimu wahai sang syahid? Apakah engkau mengharapkan kemuliaan yang lebih besar? Demi Allah, engkau mendapat apa yang kauinginkan. Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata: Ayahku dibawa kepada Rasulullah saw sedangkan tubuhnya sudah terpotong-potong. Lalu diletakan di hadapan Rasul saw. Aku bermaksud membuka penutup wajahnya, lalu kaumku melarangku. Lalu terdengarlah suara wanita yang berteriak. Dia adalah putri Amr” konon saudari ˜Amr. Rasulpun bersabda: "Mengapa kamu menangis”atau: janganlah kamu menangis! Kerana para malaikat senantiasa menaunginya dengan sayap-sayapnya(HR Bukhari)

Alangkah agungnya seorang yang syahid Di akhirat ia memperoleh kebesaran luar biasa. Dia tidak meninggalkan dunia ini kecuali dengan barisan yang mulia. 
Manusia menangis, sedangkan syahid tetawa. Orang-orang ketakutan, sementara syahid di surga hidup nikmat. 
Delegasinya mulia dan hasilnya amat besar. Dia hadir ke dunia sebagaimana manusia lainnya.. Sedangkan keluarnya dari dunia ini menjadikan nafas ini terhenti.. Ah.. Alangkah indahnya mati syahid. 
Siapa yang meraihnya bererti ia meraih syurga dan siapa yang lari darinya maka pasti ia mengalami kerugian. Kita berlindung pada Allah dari kerugian.

Semua manusia mati, tetapi syahid tidak mati..Semua manusia menangis, tetapi syahid tersenyum. Ia memeluk kematian dengan dada yang dipenuhi pancaran iman dan mengobarkan kerinduan akan pertemuan dengan bidadari-bidadari nan cantik bak permata yaqut dan marjan.
Dan janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka mendapar khabar gembira terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

"Mereka bergirang hati dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Allah, dan bahwa Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang beriman. (iaitu) orang-orang yang menyambut perintah Allah dan Rasul-Nya sesudah mereka mendapat luka (dalam peperangan Uhud). Bagi orang-orang yang berbuat kebaikan di antara mereka dan yang bertakwa ada pahala yang besar. (iaitu) orang-orang (yang menataati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. (Ali Imran: 169-173)

Friday, February 1, 2013

Biarkan Aku Sendiri

aku ingin berlari

sedaya yang mampu

berlari tanpa menoleh lagi

tanpa menghiraukan sesape

biarkan aku terus berlari...

jangan halang aku menuju ke hujung sudut dunia

bersendirian

aku ingin bebas dari belenggu seribu rasa dalam jiwa

terus terusan begini aku tidak tenang

biarkan aku bersendirian..
bersendirian..

bersunyi sunyian seorang diri

biarkan aku menangis...

hingga kering air mata berganti darah

biarkan aku

biarkan aku bersendirian.

bukan kebahagiaan jalan pintas yang aku kejarkan

tunjukkan aku jalan lurus

biar aku hidup tidak berterusan dihimpit dosa 
yang aku sendiri lakarkan

bawa aku jauh dari itu

                                       biar aku hidup dengan redhaMu bukan murkaMu.

Sunday, January 20, 2013

Jangan Permainkan Cinta!

Biar Gambar Berbicara
Selaku khalifah di muka bumi Allah ta’ala, manusia adalah makhluk yang telah dicipta Allah dengan kelengkapan satu fitrah bernama cinta. Tanpa cinta bumi Allah ta’ala tidak akan makmur, tidak akan aman dan tidak akan mencapai tingkat baldatun thoiyyibatun wa rabbun ghafur.
Cinta juga lahir dari perkaitan ayat Al-Quran di mana Allah mengaitkan peri penting dua perhubungan iaitu hablun minallah dan hablun minannas. Cinta termasuk dalam aspek sosialiti manusia. Bagaimana manusia itu berinteraksi dan bermu’amalah dengan manusia2 lain di sekelilingnya.

Tanda Jatuh Cinta
Ramai orang keliru antara cinta, sayang dan kasih. Terkadang dia merasakan bahawa yang merah itu adalah cinta, walhal merah itu adalah nafsu- simbolik yang membahaya dan membinasakan. Ramai orang terpedaya dan tertipu lantas terjatuh ke lembah merah, menempah nama untuk menjadi bahan bakaran api neraka bersama para Jin dan Syaitan. Na’uzubillah.

Ungkapan ‘cinta pandang pertama’ sebahagian besarnya disebabkan nafsu. Cinta setelah bertemu, berpegangan, bermesra dan sebagainya juga sebahagian besarnya adalah dorongan nafsu. Membezakan nafsu dan cinta bukanlah suatu perkara yang mudah.
Anda bertemu dengannya, melihat rupa parasnya, mungkin juga mengenali liuk lentok serta sifat2 kewanitaannya, kemudian menjadikan bibir anda mengungkap kata ‘aku cintakan dia’. Dorongan itu lahir dari kerana mata, yang seringkali menipu. Dari mata bukan jatuh ke hati, bahkan dari mata terlalu banyak yang jatuh ke nafsu.

Hormon2 anda berbicara tatkala anda menghampiri, memerhati, merasai terutama dari aspek fizikal seseorang. Jatuh cinta kerana jelingan mata, kerana kemanjaan, kerana kelembutan yang dipamerkan, kerana kulit yang putih gebu, kerana susuk tubuh yang montok. Semua itu tarikan dan dorongan nafsu, ia bukan bermakna anda jatuh cinta.
Kebanyakan pasangan kekasih akan mulai rapat, bersentuhan tangan, saling membelai, mengambil berat yang berlebihan sehingga menuntut sesuatu yang lebih daripada itu. 

Akhirnya atas nama cinta, keinginan seksual saling dilempiaskan. Bagi mereka, itu kemuncak cinta. Itu pengorbanan dan tanda kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Malangnya, setelah tubuh badan dijadikan taruhan, pasangan menghilang entah ke mana. Paling banyak berlaku, hubungan putus di tengah jalan. Nah, waktu itu baru dia mengerti, semuanya bukan cinta bahkan nafsu seksual semata2.

Hidup Bagai Roda
Tinggal seketika persoalan itu. Kita bicara pula fenomena cinta yang benar2 ingin direalisasi. Bukan semua lelaki jahat, bukan semua wanita baik. Begitu juga sebaliknya. Bahkan di zaman sekarang, wanita lebih ramai yang jahat berbanding lelaki. Jahat yang tersembunyi. Kekejian yang tersirat di benak hati. Dahulu ramai wanita mangsa lelaki, kini wanita semakin ramai menjadi pemangsa kepada lelaki. Mungkin wanita merasakan dalam dunia kebinatangan yang penuh kejahatan ini, tipu daya adalah senjata paling ampuh untuk menghancurkan lelaki.

Islam membuka ruang dan peluang kepada mereka yang ingin bercinta. Islam menganjurkan nikah. Nikah adalah sunnah Nabi. Syariat Islam bergembira bilamana ada seorang lelaki yang tulus ikhlas melamar seorang wanita untuk dijadikan isteri. Bahkan dianjurkan pula supaya lamaran dari seorang lelaki yang baik dan beriman serta diyakini agamanya untuk diterima dan tidak ditolak.
Dalam sepotong hadith Nabi s.a.w mengingatkan :
” Apabila datang ( melamar ) kepadamu seorang lelaki yang kamu yakini akhlak dan agamanya, maka kahwinkanlah dia. Sekiranya tidak maka akan berlaku kerosakan dan fitnah yang besar di atas muka bumi “
Realiti zaman kini, jarang lelaki akan terus melamar tanpa terlebih dahulu mengenali. Ia mungkin suatu fleksibeliti yang tidak ditegah, cuma harus dikawal. Berkawan, mengenali hati budi terlebih dahulu adalah suatu tindakan yang bijak. Asal sahaja dijauhkan dan dielakkan dari aspek2 negatif atau pergaulan yang melampaui undang2 syara’.
Atas fenomena inilah timbulnya cinta palsu, perasaan dipermainkan, bertepuk sebelah tangan dan sebagainya. Ia mungkin berlaku disebabkan pihak lelaki, dan tidak kurang juga berpunca dari pihak wanita. Semakin lama, mereka seolah melupai bahawa soal cinta dan perasaan juga adalah perkara yang akan dipersoalkan dihadapan Allah ta’ala pada hari kiamat kelak.

Mempermainkan perasaan seorang manusia , samada lelaki atau wanita , adalah satu bentuk kezaliman yang jelas sekali ditegah oleh Islam. Bisa lidah boleh menghiris hati. Terluka di hati lebih terkesan dari terluka di tangan atau kaki. Apakah kira2 kezaliman seperti ini tidak akan dibalas oleh Allah?
Kita seringkali mendengar kisah tentang kambing bertanduk dan tidak bertanduk. Di dunia, kambing tidak bertanduk seringkali menjadi mangsa kambing yang memiliki tanduk. 

Akibatnya di akhirat, Allah hilangkan tanduk pada kambing tersebut dan tumbuhkan tanduk pada kambing yang satu lagi. Lantas kambing pertama menerima kembali balasan dan kesakitan yang dirasai oleh kambing kedua.
Adakah kira2 Allah itu alpa dari kezaliman yang dilakukan oleh manusia terhadap manusia yang lain? Apatah lagi soal yang melibatkan hati serta perasaan. Kita seringkali diingatkan bahawa hidup umpama roda. Hari ini kita menindas, esok hari orang lain pula menindas dan menzalimi kita. Balasan tetap akan datang. Kesakitan itu tetap akan kita rasai. Samada lelaki atau wanita, apabila mereka mempermainkan soal hati dan perasaan terhadap seseorang yang lain, pasti akan menerima balasan yang sama suatu masa nanti.

Kisah Benar
Saya pernah membaca suatu kisah benar tentang ini. Bagaimana seorang wanita yang awalnya seorang yang baik akhlak dan agamanya, namun mempermainkan perasaan lelaki2 yang berniat ikhlas melamarnya. Dengan kelebihan rupa paras yang ada, dia mengumpan sebilangan lelaki meminati dan menaruh harapan ke atasnya, kemudian akhirnya dipermain dan diperbodohkan. Selang dua tahun, wanita tersebut tidak juga menemukan cinta sejati yang dicari. Putera kayangan yang diimpikan, malapetaka yang menimpa diri. Wanita tersebut akhirnya terlanjur atas nama cinta. Cinta yang palsu.
Begitu juga dengan sebilangan kisah2 lelaki dan wanita yang merasa seronok apabila ramai yang meminati , kemudian mengumpan dan akhirnya menyakiti tanpa rasa bersalah. Akhirnya sehingga lanjut usia Allah tidak hadirkan pasangan yang dia idam2kan. Bagi wanita bergelar andartu, bagi lelaki mendapat status bujang terlajak.
Adakah kira2 ini tidak termasuk soal agama? Siapa yang merencana dan berada di sebalik tabir kesemua yang berlaku? Bukankah Dia adalah Allah? Pencipta cinta yang wajib dicinta ? Dan lupakan kita bahawa Dia amat benci kepada kezaliman?

Taubat Cinta
Sedar atau tidak, Allah telah mengajar saya banyak perkara. Mungkin juga sebagai kifarah atas kekhilafan silam. Mungkin dahulu saya juga pernah menzalimi perasaan orang, kini Allah datangkan kesakitan yang sama sebagai muhasabah dosa. Dalam irama redha dan menerima, saya suka untuk menjadikan ia sebagai perkongsian. Suatu hari nanti, saya ingin sekali menjadi ‘motivator cinta’ untuk ramai insan lain. Menyedarkan mereka makna cinta yang sebenar. Tidak mudah dikesan dimata , tidak menyakitkan , tidak hipokrit , bahkan aman dan bahagia dalam rahmat Allah sepanjang masa.
Hari ini mungkin kita disakiti kerana pernah menyakiti. Bagi yang menyakiti kita, serahkan sahaja kepada Allah. Dia lebih tahu bagaimana mengajar hambaNya. Yang pasti, orang yang menyakiti kita akan turut merasai kesakitan yang sama, bahkan mungkin lebih lagi. Apalah ertinya bahagia dalam kedukaan insan lain? Saya, anda dan mereka mungkin pernah merasai dan melalui- sebagai insan yang belajar tentang kehidupan.

Lupakah kita tentang sebuah hadith yang berbunyi :
” Takutilah doa orang yang dizalimi , kerana tiada hijab antaranya dengan Allah ta’ala “

Fahamilah ia, sebagai pengajaran atas nama ‘ amaran cinta ‘.

Isteri Solehah buah CINTA suami.

Assalamualaikum wbt..

Suatu perkongsian yang baik untuk semua, panduan bagi mengejar sebuah gelaran sebagai ISTERI SOLEHAH..Agar dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan semoga ianya bermanfaat buat semua.. Di doakan semoga diriku dan sahabat2 sekalian akan tergolong di kalangan mereka yang beruntung ini.. InsyaAllah.
Isteri Solehah buah CINTA suami..


Rasulullah S.A.W bersabda:

"Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?" Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya." (HR:Ibnu Majah)

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah S.A.W bersabda :

"Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah."

Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya.

Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:

1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.
"Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka..." (Surah An-Nisa':34)
Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah S.A.W, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik di luar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah.
Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.
Rasululllah S.A.W bersabda,
"Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita"

2. Menguruskan rumahtangga
Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk di rumah bukan bererti hanya berdiam diri sahaja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri. Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.

3. Berhias untuk suami
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala rambutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW:
"Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya." (HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana, kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

4. Melayani suami
Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .
Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sakit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara' untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.

5. Berpakaian menurut ajaran Islam
Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahagian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.
Allah SWT berfirman, ertinya:
"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." (Surah Al-A'raar:26)
Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.
Firman Allah yang bermaksud:
"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka."Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Ahzab:59)

6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami
Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya. Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
Sentiasa menghormati keluarga suami .
Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah suami selesai berbicara.
Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
Bersikap malu terhadap suami.

:: 6 PESANAN BUAT ISTERI :




1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.




2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.




3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."




4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.



5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.



6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.


Jagalah Iffah dan Izzah mu di Facebook

Bismillahirrahmanirrahim..

Sahabatku, kamu mungkin sudah tak asing dengan kata Iffah ( Kesucian diri )dan Izzah ( kemuliaan diri ) seiring beredarnya “ para ilmuan “ Facebook yang menyebar luaskan kata-kata itu. Kamu mungkin mampu menguasai kedua hal tersebut di “ dunia nyata” tapi ternyata tidak sedikit yang tidak mampu mempertahankan keduanya ketika berada di “dunia maya”.

Sayang sekali memang, ketika kamu merasa bahwa ‘dunia maya’ akan jauh berbeda dengan ‘dunia nyata ternyata syetan pun dengan mudah menguasaimu. Hijab yang begitu anggun kamu tutup dari lawan jenis, begitu mudah kamu buka ketika menemukan lawan jenis, karna kamu merasa bahwa tidak ada hijab di ‘dunia maya ‘ apalagi yang sedang populer kini yakni facebook.

Tak ada lagi yang tersisa dari rasa malu yang sering kamu banggakan di ‘dunia nyata’, hilang begitu saja ketika lawan jenis mu lebih memperhatikanmu di facebook daripada ketika di ‘dunia nyata’. Kamu sisihkan kemana rasa malu mu ketika hati sudah terpaut di ‘dunia maya’ sehingga mata dan hati mu tak lagi melihat sebuah iffah dan izzah yang kamu harus pertahankan.

Ataukah Facebook sebagai sebuah pelarian kebebasanmu yang tak bisa kamu lakukan ketika di ‘dunia nyata’, lantas untuk apakah iffah dan izzah mu ketika di’ dunia nyata’ kalo hanya sebagai “pemantas” dirimu. Apakah kamu lupa bahwa Allah Azza Wa Jalla tidak hanya melihat pergerakanmu di ‘dunia nyata’ ?? Allah Azza Wa Jalla selalu melihat setiap senti pergerakanmu dan tentu saat mulut di kunci semua akan di pertanggung jawabkan di hadapan-Nya.

Sadarkah bahwa iffah dan izzah mu sangat berharga. Justru perjuangan menjaga keduanya lebih sulit ketika kita di dunia Facebook yang sepertinya tak berbatas. Semua dipersatukan dengan bermodalkan “ ukhuwah “.

Benarlah adanya kamu harus menjaga “ ukhuwah “, namun perlu kamu pahami dan cermati bahwa sering kali para “ ikhwit” ( Ikhwan genit ) dan “ Akhwit “ ( akhwat genit ) berkeliaran di Facebook untuk mencari korban-korban yang mau ditukarkan iffah dan izzah nya untuk kepuasan sesaat di ‘dunia maya’.

Mungkin di awal kamu akan menemukan bahwa mereka sangat perhatian denganmu, namun dibalik itu semua mereka mulai merayumu. Tak ayal lagi, karna kamu merasa bahwa Facebook hanya ‘dunia maya’ maka kamu lepaskan iffah dan izzah mu karna kamu yakin bahwa ‘ dunia maya’ telah terhijab. Sebab, Facebook hanyalah segelintir tulisan yang menyejukkan hati. Tapi kamu lupa bahwa kamu tidak akan pernah lepas dari yang namanya “aktivitas hati”.

Dari matalah semua bermula, meski hanya lewat tulisan-tulisan mesra namun hatimu tak akan pernah terdustai termakan syetan. Syetan hanya akan tertawa menyaksikan aktivitas dua insan berlawanan jenis yang tak pernah menyadari bahwa dirinya telah berteman dengan syetan. Naudzubillah..

So sahabat, jagalah iffah dan izzah mu layaknya barang berharga yang harus kamu genggam erat atau kamu simpan selayaknya barang berharga. Sesungguhnya, kita di tuntunt untuk menjaga iffah dan izzah dimanapun kita berada. Tak hanya di ‘dunia nyata saja, bahkan di ‘dunia maya’ sekalipun, karna aturan yang haq dan keindahan islam tentu tidak hanya ada di ‘dunia nyata’ ataupun di Facebook tempat mu mengembara. Namun ada di hatimu, karna Allah
Subhanahu Wa Ta’ala selalu akan dekat denganmu.

Wallahua’lam bi Shawwab


PANDUAN ATASI ZINA HATI


Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.
Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."

Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:
"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)

Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :


Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:
"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.
Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
Mengurus mata dan pandangan.
Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.

Ibnu Qayyim menyatakan:
"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.
Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita
kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...