Wednesday, November 30, 2011

Origami Haiwan Yang Sangat Kreatif

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..pagi nih..jom layan pic2 origami haiwan yg kreatif dan menarik.. :)

ini triceratops

Rangka T-Rex

siapa pernah tengok cerita Big Bad Beetle Borg? kekehkeh

burung helang kaki besar

ini gajah

couple zirafah

comel labah-labah ni

ini namanya kala jengking

ini ikan emas

smart ikan jaws ni

penyu comel


unicorn

kambing gurun

gorila

ini naga

ikan koi renang-renang

Rumah Nabi Muhammad SAW dan Khadijah di Mekah

Nabi Muhammad SAW ialah manusia yang paling mulia dan paling berpengaruh sepanjang zaman. Baginda hidup di tengah-tengah masyarakat negeri Arab ketika itu dengan penuh kesederhanaan. Baginda yang berakhlak mulia dan tidak pernah letih membimbing umat agama Islam ini hidup bersama isteri tercintanya Khadijah r.ha di rumah yang sederhana. Di bawah merupakan gambar eksklusif rumah Nabi Muhammad SAW dan isterinya Siti Khadijah di Mekah sebelum Nabi berhijrah ke Madinah.

Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.

Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah r.ha

Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah r.ha, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.

Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha

Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.

Gambar di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah r.ha (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut.

5 Bank Tertua Di Dunia

Banca Monte dei Paschi,Siena-Itali,Didirikan 1472.
Awalnya dibentuk sebagai Monte di Pieta atau Monte Pio,untuk memberikan pinjaman kepada orang miskin.”Monte,” yang berarti “tumpukan” mengacu pada koleksi wang yang digunakan untuk amal,dan bank benar-benar berfungsi untuk manfaat ekonomi bandar.
Salah satu catatan sejarah yang menarik adalah bahwa penduduk Siena menggunakan tanah sebagai jaminan terhadap pinjaman untuk pertanian dan pembangunan bandar,yang menyebabkan hal itu dirujuk sebagai ‘Monte dei Paschi’.Hari ini berdiri sebagai bank tertua yang ada di dunia sejauh ini, dan tetap menjadi bank terhormat yang memiliki cawangan di seluruh Itali.
Berenberg Bank,Hamburg-Jerman,Didirikan 1590.
Dibentuk pada tahun 1590 oleh Hans dan Paul Berenberg,dua bersaudara mengelola bisnes kain dan perdagangan import/eksport.Perusahaan ini sangat beruntung tumbuh di masa kemakmuran di Hamburg,Jerman. Bandar dengan cepat tumbuh sebagai hab kewangan dan kegiatan perdagangan dapat berkembang.Cawangan Berenberg Bank hari ini ada di seluruh Eropah dan tetap menjadi bank swasta jerman tertua di hari ini.
C.Hoare & Co,London-Inggris,Didirikan 1672.
Sebelum ada papan tanda untuk jalan modern,tanda-tanda simbol digunakan orang untuk mencari sebuah kedai.Dan Sir Richard Hoare tidak pandai untuk memilih simbol yang jauh lebih baik daripada Sign Emas Botol.
Yang merupakan tanda mewah dan kekayaan untuk membentuk sistem perbankan yang lebih modern.Bank tersebut masih sepenuhnya milik keluarga dan dikelola oleh keturunan langsung dari Sir Richard Hoare.
Bank of Scotland (sekarang Halifax Bank of Scotland) Edinburgh-Scotland,Didirikan 1695.
Walaupun konsep matawang dan catatan bank tidak terlalu baru bagi Scotlandia pada abad ke-17,Namun Bank of Scotland adalah yang pertama mencetak matawang kertas sendiri.
Lebih jauh lagi,ia adalah unik dalam artikata bahwa ia didirikan untuk membantu bisnes,sedangkan Bank of England,yang didirikan setahun sebelumnya,tujuan utamanya untuk membiayai belanja pertahanan kerajaan.
Bank of Scotland ini tetap sebagai satu-satunya lembaga komersial yang ada dibuat oleh Parlimen Scotlandia.Bank of Scotland bergabung dengan Bank Halifax menjadi HBOS pada tahun 2001
.
Bank of New York (sekarang Bank of New York Mellon) New York-US,Didirikan 1784.
Bermula dengan perjumpaan media di New York,telah di umumkan rancamgan untuk membuka New York bank pertama pada tahun 1784. Alexander Hamilton,seorang penguam dihormati pada waktu itu,membuka institusi bank dan memimpin Bank of New York selama lapan tahun kemudian,ia adalah perusahaan pertama yang akan diperdagangkan secara awam ketika New York Stock Exchange dibuka pada tahun 1792.
Kemudian Mellon Financial Corporation bergabung dengan Bank di New York pada tahun 2007 menjadi Bank of New York Mellon.Hari ini,ia adalah bank tertua di Amerika Syarikat,dan mereka mendapatkan satu alamat di Wall Street sebagai untuk mereka membuktikannya.

Thursday, November 24, 2011

AIR TERJUN BAATARA GORGE

Baatara Gorge adalah sebuah air terjun yang Unik. Air terjun ini terletak di Mountain Trail Lubnan. Ianya unik kerana airnya terjun ke dalam gua dan air terjunnya melintasi 3 jurang jambatan semulajadi yang dinamakan Jurang Jambatan Tiga. Air terjun Baatara Gorge adalah setinggi 255 meter dan hanya ditemui pada tahun 1952. Ia ditemui oleh henri coiffait iaitu seorang ahli bio speleologist dari Perancis pada tahun 1952.














Sunday, November 13, 2011

ku mahu kau tahu




Di sudut termenung jauh
Mengenangkan nasib kita
Kita miliki separuh
Berbentuk hati cinta namanya

(Chorus)
Walau kau jauh
Ku sentiasa menunggumu
Inginku imbas kembali memori

Walau kau jauh
Ku berjanji kan terus tunggu
Dipisah lautan biru

Ku mahu kau tahu
Aku kan terus menunggu

Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu
Jangan pernah sekali kau buang
Seperti cinta ini yang terbuku
Akan bersemi jua


Terus menunggu
Kita kan bersatu
Terus menunggu
Ku mahu kau tahu


Friday, November 4, 2011

lagu spongebob versi kelantan, kedah dan terengganu


VERSI OMPUTEH

Are you ready kids "Aye Aye Captain"
I Can't hear you "AYE AYE CAPTAIN"
Ohh...
Who lives in a pineapple under the sea
"Spongebob squarepants"
Absorbant and yellow and porous is he
"Spongebob Squarepants"
If nautical nonsense be something you wish
"Spongebob Squarepants"
Then flop on the deck and plop like a fish
"Spongebob Squarepants"
READY
Spongebob squarepants
Spongebob squarepants
Spongebob squarepants

VERSI KELANTAN

Ready dok budok-budok?
Ho laa, kepten!
Gapo dio? HO LAA, KEPTEN!
ooo,
Podio dok dale buoh lanah bowoh laut?
Spongebob Sluar kotok!
Sene meresap bewarno kuning.
Spongebob Sluar kotok!
Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.
Spongebob Sluar kotok!
Pah mari la pakat nopat supo ike.
Spongebob Sluar Kotok! Ready?
Sponge............bob Sluar kotok (3x)
Spongebobbb Sluar kotok

VERSI KEDAH

Hampa redi dah ka weii??
Haa kapten,
Apadia?Tak dengaq nie!!
Haaa la kapten..
Ohhhh...
Sapa hat dok dalam nanaih wah laut?
"Spanbob Seluaq Petak"
Belubang,meghesap paihtu wana kunin
"Spanbob Seluaq Petak"
Kalau hampa suka benda laut hat ngarut
"Spanbob seluaq Petak"
Mai la sini teghejun cam ikan temenung
"Spanbob seluaq Petak"
REDi?
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak

Spanbob seluaq Petak!

VERSI TERENGGANU

sedia dok g budok2?
sedia kapteng!
ndapee..??!!
.sedia doh la kapteng!!
ooo...peye hok duk dalang nanah bawoh lauk!!
spongebob sluor pettok!!
senang menghesap kaler kuning..
spongebob sluor pettok!!
kalu sek2 mu suke nde pelek hok dalang lauk
spongebob sluor pettok!!
meh la noppak pe ikang
spongebob sluor pettok!!
sedia??!!
spongebob sluor pettok (3x)
spongebob... sluor pettok

Wednesday, November 2, 2011

IMAM MAHDI


  • Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah "nama gelaran" sebagaimana halnya dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan sebagainya. Imam Mahdi dapat diertikan secara bebas bermakna "Pemimpin yang telah diberi petunjuk" Dalam bahasa Arab kata Imam = pemimpin, ataupun Mahdi = orang yang mendapat petunjuk.

  • Nama Imam Mahdi sebenarnya bernama Muhammad (seperti nama Nabi Muhammad S.A.W, nama bapanya pun sama seperti nama bapa RASULULLAH S.A.W, iaitu Abdullah. Nama Imam Mahdi sama dengan RASULULLAH S.A.W. iaitu Muhammad bin Abdullah.

  • Dalam ajaran Islam, Imam Mahdi (b. Arab: المهدي al-Mahdī) ialah seorang Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah S.W.T. untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.

  • Hal ini diterangkan sangat jelas dalam sebuah hadis nabi yang di riwayatkan oleh Thabrani.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani).

  • Hadis lain yang menerangkan tentang kedatangan Imam Mahdi adalah sbb:

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad).

  • Kefahaman terhadap Imam Mahdi dalam Islam berbeza mengikut aliran Ahli Sunah Waljamaah dan Syiah.

CIRI-CIRI IMAM MAHDI

  • Tidak ada seorang pun di muka bumi ini yang mengetahui tentang Imam Mahdi dan ciri-cirinya, kecuali Rasulullah s.a.w. kerana Rasulullah dibimbing oleh wahyu. Oleh sebab itu bagi kita sebaik-baiknya tempat untuk merujuk tentang perkara ini adalah apa yang baginda Rasulullah katakan dalam hadis-hadisnya sbb:

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim). Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)

KEMUNCULAN

  • Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam Mahdi itu sendiri melainkan kerana takdir Allah yang pasti berlaku. Bahkan Imam Mahdi sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkan setelah Allah s.w.t. meng islahkannya dalam suatu malam, seperti yang dikatakan dalam sebuah hadis berikut. Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Al-Mahdi berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam." (HR. Ahmad dan Ibnu Majah).

  • Kemunculan Imam Mahdi akan di dahului oleh beberapa tanda-tanda sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis berikut :

Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata, "Pada suatu hari tubuh Rasulullah s.a.w. bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?' Rasulullah s.a.w. menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahwa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju baitullah (Kaabah) untuk memburu seorang laki-laki Quraisy yang pergi mengungsi ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kami bertanya, 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?' Beliau menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah s.w.t. akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut niat mereka masing-masing.'" (HR. Bukhary, Muslim).

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Seorang laki-laki akan datang ke Baitullah (Kaabah), maka diutuslah suatu utusan (oleh penguasa) untuk mengejarnya. Dan ketika mereka telah sampai di suatu gurun pasir, maka mereka terbenam ditelan bumi." (HR. Muslim)

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Suatu kaum yang mempunyai jumlah dan kekuatan yang tidak berarti akan kembali ke Baitullah. Lalu diutuslah (oleh penguasa) sekelompok tentara untuk mengejar mereka, sehingga apabila mereka telah sampai pada suatu padang pasir, maka mereka ditelan bumi." (HR. Muslim)

Telah bersabda Rasullah s.a.w, "Sungguh, Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telah sampai pada sebuah padang pasir, maka bagian tengah pasukan itu ditelan bumi. Maka berteriaklah pasukan bagian depan kepada pasukan bagian belakang, dimana kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada yang tersisa, kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka."(HR. Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah)

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Akan dibaiat seorang laki-laki antara maqam Ibrahim dengan sudut Kaabah." (HR. Ahmad, Abu Dawud)

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka." (HR. Ahmad).

KEPIMPINAN IMAM MAHDI

  • Dalam hadis yang disebutkan di atas Imam Mahdi akan memimpin selama 7 atau 8 atau 9 tahun. Semasa kepemimpinannya Imam Mahdi akan membawa kaum muslimin untuk memerangi kezaliman, hinga satu demi satu kedzaliman akan tumbang takluk dibawah kekuasaanya. Kemenangan demi kemenangan yang diraih Imam Mahdi dan pasukannya akan membuat murka raja kezaliman (Dajal) sehingga membuat Dajal keluar dari persembunyiannya dan berusaha membunuh Imam Mahdi serta pengikutnya.

  • Kekuasaan dan kehebatan Dajal bukanlah lawan tanding Imam Mahdi oleh karena itu sesuai dengan takdir Allah, maka Allah swt akan menurunkan Nabi Isa dari langit yang bertugas membunuh Dajal. Imam Mahdi dan Nabi Isa akan bersama-sama memerangi Dajal dan pengikutnya, hingga Dajal mati ditombak oleh Nabi Isa di pintu Lod dalam kompleks al-Aqsa.

RUJUKAN

Wikipedia Bahasa Melayu

Wikipedia Bahasa Indonesia

Buku : "Umur Umat Islam, Kedatangan Imam Mahdi, dan Munculnya Dajjal” karya Amin Muhammad Jamaluddin. Penerbit Cendekian

MISTERI GUNUNG HITAM DI AUSTRALIA YANG BELUM TERUNGKAI

Black Mountain atau Gunung Hitam yang terletak di Bandar Cooktown, Queensland, Australia, bukan sekadar nama sahaja. Tetapi ianya memang kelihatan berwarna hitam apabila dilihat dari jauh dan ternyata kewujudannya penuh dengan misteri.

Sekali pandang, ia hanyalah gunung biasa, dipenuhi batu granit yang membentuk gua-gua kecil yang menjadi habitat bagi pelbagai jenis hidupan liar seperti katak bukit, walabi, ular, kelawar dan sebagainya.

Namun disebalik zahirnya yang kelihatan biasa itu, tersimpan pelbagai peristiwa yang masih belum terungkai sehingga kini. Sayang sekali kerana belum ada individu yang dapat menceritakan rahsia Gunung Hitam secara jelas. Ini kerana, setiap yang melangkah masuk ke kawasan Gunung Hitam akan hilang tanpa meninggalkan kesan atau hilang akal jika terselamat.

Pada Tahun 1877, seorang pengembara yang menaiki kereta kuda telah melalui kawasan gunung tersebut. Dengan tiba-tiba roda kereta kudanya tertanggal dan kereta kudanya pun terbabas. Dia kemudiannya turun untuk memeriksa dan sejak itu dia tidak ditemui lagi.

Hanya bangkai kereta kudanya yang ditemui. Pengembara itu dan kuda-kudanya telah hilang entah ke mana. Ini berdasarkan kesan tapak kakinya mereka yang ditemui menunjukkan kehilangan mereka secara tiba-tiba. Malah tiada tanda-tanda mereka diserang binatang buas atau berjalan ke tempat lain.

Tiga Belas Tahun kemudian, Ketua Polis Cooktown, Sarjan Isaac sedang mengejar seorang penjenayah hingga ke Gunung Hitam. Sebaik ternampak musuh yang dijejaki itu memasuki salah sebuah gua, Isaac pun mengekorinya. Hingga ke hari ini, kedua-dua mereka tidak diketahui nasibnya.

Kemudian seorang bekas komando diupah untuk mencari Isaac, tetapi dia juga lenyap tanpa khabar berita. Misteri satu demi satu kehilangan itulah yang membuatkan Gunung Hitam bukan saja dipinggirkan tetapi amat digeruni.

Bagaimanapun, masih ada orang yang berminat untuk mengunjungi kawasan itu. Salah seorang daripada mereka adalah Harry Owens, pengawal stesen Cooktown. Beliau pergi ke Gunung Hitam dengan alasan untuk memburu lembu-lembu liar.

Walaupun dihalang oleh rakan-rakannya, beliau tetap berkeras dan meneruskan hajatnya. Setelah tidak pulang menjelang malam, rakan-rakanya segera membuat laporan polis.

Usaha besar-besaran dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mencarinya. Dua orang anggota pencari telah ditugaskan untuk memasuki sebuah gua yang terdapat disitu dengan berbekalkan peralatan yang lengkap.

Setengah jam kemudian, hanya seorang yang berjaya merangkak keluar dan menyebabkan rakan-rakan mereka yang lain menjadi panik.

Sekalipun pencari itu tidak mengalami sebarang kecederaan, dia tidak dapat menceritakan apa yang telah dialaminya.

Dia seolah-olah kebingungan dan mengalami ketakutan yang amat sangat. Selepas histeria beberapa lama, dia menghembuskan nafas terakhir tanpa meniggalkan sebarang maklumat berkaitan peristiwa berlaku di Gunung Hitam.

Pada tahun 1932 pula, seorang lagi didapati hilang selepas memasuki salah sebuah gua di Gunung Hitam. Dia yang dikenali sebagai Henry Page sedang menjalankan kajian tentang kehilangan-kehilangan yang berlaku sebelum ini.

Kemudian, dua orang pemuda Orang Asli yang mahir tentang ilmu hutan diupah untuk mencarinya. Malangnya, mereka juga lenyap tanpa berita padahal mereka terlalu biasa dengan keadaan hutan di situ.

Pihak polis Cooktown kemudiannya menjalan operasi menyiasat dengan menggunakan pelbagai alatan tercanggih pada masa itu termasuk Live Camera dan Helicopter bagi mengesan apakah yang terdapat di gua itu.

Nyata semua usaha mereka gagal menemui sebarang kesan seperti mayat, tulang rangka, pakaian, barang-barang peninggalan mangsa atau sebaginya. Lebih malang lagi apabila lebih seratus orang yang dilaporkan hilang dalam operasi itu.

Ada yang berteori mengatakan di gua itu terdapat satu lubang. Mangsa-mangsa yang hilang mungkin terjatuh ke situ dan gagal dikesan kerana tiada sebarang cahaya.

Tiba-tiba seorang lagi pemuda di kalangan Orang Asli yang lebih berpengalaman menawarkan diri untuk memasuki gua tersebut dan menyiasat. Semua pihak mengharapkan beliau akan membawa pulang sedikit sebanyak maklumat berkaitan misteri Gunung Hitam.

Apabila tiba dipintu gua yang berkenaan, pinggang pemuda Orang Asli itu diikat dengan tali dan tali itu dipegang oleh puluhan anggota penyelamat yang akan menunggu di pintu gua. Beliau pun mencuba nasib untuk memasuki gua itu berbekalkan lampu picit berkuasa elektrik dan sepucuk pistol automatik.

Setelah satu jam, beliau pun ditarik keluar dengan tali tersebut. Sekali lagi semua yang hadir di situ menjadi gempar kerana pemuda Orang Asli itu sudah tidak dapat menjawap sebarang pertanyaan.

Beliau pun segera dikejarkan ke hospital. Selepas satu minggu menerima rawatan, barulah beliau dapat menceritakan pengalamannya.

" Cahaya lampu masih tidak mencukupi untuk menerangkan seluruh kawasan di dalam gua itu.Yang saya nampak, hanyalah batu. Semakin dalam saya memasuki gua itu, semakin terasa panas. Saya menjadi semakin tidak selesa dan gementar "

" Dalam keadaan itu, tiba-tiba muka saya ditampar. Saya mengandaikan ianya adalah libasan sayap kelawar yang amat besar. Saya cuba mendongak untuk melihatnya, tetapi muka saya pula tertempek oleh sesuatu yang seakan-akan najis "

" Kemudian saya terdengar bunyi desis yang kuat dan bergema di dalam kegelapan gua itu. Lantas saya teringat pada ular-ular tedung yang sering saya temui di sekitar Gunung Hitam "

" Saya mengeluarkan pistol yang di bawa, tetapi tiada akal untuk menembak ke arah mana. Pada saat itu, saya mengalami perasaan takut teramat sangat yang tidak pernah dialami seumur hidup saya "

" Dalam keadaan genting itu, saya tidak dapat mengingati apa yang berlaku seterusnya, sehinggalah saya terasa tali yang diikat pada pinggang saya ditarik dan kemudiannya saya berada di pintu gua semula. "

Malangnya masih belum ada maklumat yang dapat dikaitkan dengan kes-kes kehilangan sebelum ini. Malah sehingga kini, misteri Gunung Hitam itu kekal menjadi tanda tanya. Dan cerita yang deperolehi daripada Pemuda Orang Asli itu juga banyak kekurangannya berdasarkan tempoh masa yang kejadian itu yang agak lama.

Merujuk kepada penduduk di situ pula, terdapat pelbagai cerita tentang Gunung Hitam. Ia dianggap amat penting oleh masyarakat Kaum Asli yang mendiami sekitar kawasan Gunung Hitam itu. Mereka memanggilnya Kalkajaka yang bermaksud Gunung Kematian.

Terdapat mitos atau lagenda yang dikaitkan dengan misteri Gunung Hitam itu. Menurut cerita Kaum Asli di situ, pada masa dahulu terdapat seorang bomoh ilmu hitam yang boleh mengubah dirinya menjadi mengkarung.

Tetapi bagi memenuhi syarat-syarat dalam pengamalan ilmu hitamnya itu, bomoh itu harus memakan daging manusia. Suatu hari, rahsia bomoh itu telah terbongkar, dia diusir kerana didapati memakan daging kaumnya sendiri.

Bomoh itu lari ke Gunung Hitam. Ketika itu hujan turun mencurah-curah dan kononya dewa telah menghukumnya dengan menyumpahnya menjadi batu-batu dan kemudiannya batu-batu itu bertukar menjadi hitam selepas dipanah petir.

Manakala bagi penduduk-penduduk setempat pula yakin yang Gunung Hitam terbentuk akibat pergaduhan di antara dua beradik berkuasa luar biasa yang berebutkan seorang gadis.

Dalam pergaduhan itu. mereka melempar dan menggolekkan batu-batu besar bagi mengalahkan antara satu sama lain. Batu yang bertimbun-timbun itulah yang kononya membentuk Gunung Hitam.

Bagaimanapun, fakta yang lebih pasti adalah kawasan sekitar Gunung Hitam telah dijadikan killing field oleh pendatang kulit putih untuk membunuh kaum Asli Australia pada 500 tahun dahulu.

Sesetengah kaum Asli di situ yakin yang hantu-hantu mangsa pembunuhan itulah yang membalas dendam atas kekejaman kaum kulit putih dahulu. Malah keturunan daripada kaum Asli yang cuba untuk membantu kaum kulit putih juga akan turut menerima padah !

Tuesday, November 1, 2011

Kisah Seorang Ayah dan Anaknya (iktibar)


Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang... berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya..

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH




Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...