Saturday, December 29, 2012

9 Jenis Syaitan

INGATAN : 9 Jenis Syaitan
 Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanjalebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supayabersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakanmuzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam> ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

10. Isetan
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing &..... Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta. Pesanan ; shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.
ISLAM IS THE WAY OF LIFE
BELILAH BARANGAN BUATAN ORANG ISLAM, BANTULAH EKONOMI ISLAM

LELAKI


LELAKI....

Kuberfikir.. 
Lelaki diakhir zaman ini 
Payah untuk kutemui 
Yang benar-benar sibuk 
dengan urusan baiki diri 
Yang ada kini hanya 
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia 
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya 

Keberfikir.. 
Lelaki diakhir zaman ini 
Susah untuk kutemui 
Yang benar-benar takut pada Ilahi 
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi 
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani 
Yang melalaikan orang dan diri sendiri 

Kuberfikir.. 
Lelaki diakhir zaman ini 
Sukar untuk kutemui 
Ahli profesional yang bertaqwa 
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa 
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana 
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka 
Yang hidupnya lebih berat dari barat 
Ibadah dan amal terasa amat berat 

Kuberfikir.. 
Lelaki diakhir zaman ini 
Payah untuk kutemui 
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat 
Yang sanggup bersusah dan penat 
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat 
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada 
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka 

Kuberfikir.. 
Lelaki diakhir zaman ini 
Susah untuk kutemui 
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat 
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat 
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat 
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat 
Dan melupakan kehidupan akhirat 

Kuberfikir.. 
Lelaki diakhir zaman ini 
Sukar untuk kutemui 
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir 
Sentiasa bertafakkur dan berfikir 
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir 

Namun kutetap berfikir.. 
pasti masih ada lagi 
Lelaki diakhir zaman ini 
Seperti yang kufikir..

Friday, December 28, 2012

kenapa Uthman Ibn Affan r.a Hairan...

Cubalah hayatilah Bait-bait Uthman Ibn Affan r.a ini,mudah-mudahn kita akn peroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat …..

1). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4).Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.
6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat
selainNya.


7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

Thursday, December 27, 2012

UJUB ZAMAN MODEN:

Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri). Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia.
Hanya Allah SWT. sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT. untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.
Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...".
Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.
1. Blog dan "Followers"
Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dikalangan "blogger". Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun "followers" yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya "followers". Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok kerana melihat JUMLAH "followers" yang banyak?

2. "Like" di Facebook
Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like". Apabila ramai yang "like", mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.

3. Komen di Facebook
Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.
4. Komen Gambar di Facebook
Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.

6. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook
Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!

7. Berdakwah di Facebook
Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.

Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie!
Jadi, berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk merasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah.

Renungan wahai wanita

Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambut mu...,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.


Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.

Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,

Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.

Dengarlah wahai wanita..
Sahutlah seruan ini....
buat....sahabat2 ana....

Duhai Sang Lelaki----Duhai wanita

Hei sang lelaki, 
untuk apa janji manismu buat wanita yang belum pasti jadi milikmu,
 
mengapa pujianmu untuk untuk kaum hawa melangit tinggi,

masakan tidak kau tahu betapa lembut hati wanita, 
hatinya mudah terarah kepada kebaikan,
 
pujian hanya membuatnya lupa dan kecewa,
 
kau pula menyalahkan wanita jika syahwatmy mula tak tentu hala,

sedangkan mainan katamu bisa menjadikan si solehah menjadi fasidah, 
menukar permata menjadi kaca,

simpanlah pujuk rayumu, 
tahanlah keinginanmu,
 
agar nanti wanita yang dijanjikan Allah untukmu,
 
akan menjadi sebaik-baik pasangan buatmu.


Duhai wanita,
hayatilah kalam-kalam cinta Tuhan,
janjinya pasti,
tidak seperti janji manusia,
seperti racun bersalut madu,
sebentar saja nikmat yang kau rasai,
selebihnya hanya racun yang bisa mebunuh,
andai cintaNya mampu kau gapai,
hidupmu pasti bahagia walau ribut menenggelamkan bahtera yg kau naiki,
dambalah cinta Allahu Robbi,
percayalah Dia sudah mengatur pertemuan buatmu dengan pejuang,
yang seluruh pengharapannya hanya utk Illahi.

Monday, December 24, 2012

Tahukah Anda Nama-Nama Raja Pada Kad Daun Terup?

1. Spade = David/Raja Daud
Daud ( داود Dāwūd) ialah nabi yang juga merupakan raja Bani Israil. Semenjak masih muda telah menyertai tentera Bani Israil di bawah pimpinan Thalut melawan pasukan bangsa Palestin yang dipimpin Jalut (Goliath). Daudlah
yang berjaya membunuh Jalut, sehingga dipuji sebagai pahlawan perang. Setelah Raja Thalut meninggal, Daud menggantikannya sebagai raja. Allah mengangkat Daud sebagai nabi dan rasul-Nya.
Kepadanyalah diturunkan kitab Zabur. Daud memiliki beberapa mukjizat, kecerdasan akal, memahami
bahasa burung, dan melembutkan besi hanya dengan menggunakan tangan kosong dan Daud juga memiliki suara yang paling merdu daripada semua suara umat manusia, sama seperti Yusuf yang diberikan wajah yang paling tampan.
Daud memulakan pembangunan Bait Suci iaitu Baitul Muqaddis yang telah diselesaikan oleh anaknya Sulaiman, yang ketika ini dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa. Daud meninggal pada usia 100 tahun dan dikebumikan di Baitul Muqaddis.
2. Club = Alexander the Great/Iskandar Agung
Alexander (yang) Agung, (bahasa Yunani: Μέγας Ἀλέξανδρος (“Megas Alexandros”), bahasa Inggeris: Alexander
the Great) adalah seorang penakluk berasal dari Macedonia. Beliau diakui sebagai salah seorang pemimpin tentera paling genius sepanjang zaman. Beliau juga menjadi inspirasi bagi penakluk-penakluk seperti Hannibal, Pompey dan
Caesar dari Romawi, dan Napoleon. Pada masa pemerintahannya yang singkat, Alexander mampu menjadikan Macedonia sebagai salah satu empayar terbesar di dunia.
3. Heart = Charlemagne/ Raja Perancis
Karel yang Agung atau Karel Agung (Perancis: Charlemagne; bahasa Latin: Carolus Magnus atau Karolus Magnus; bahasa Jerman: Karl der Große; bahasa Inggeris: Charles the Great, bahasa Itali: Carlo Magno) (742 atau 747 – 28 Januari 814), adalah raja kaum Frank dari tahun 768 hingga 814 dan kaum Lombard dari tahun 774 hinggai 814.
Beliau dinobatkan sebagai Imperator di Rom pada hari krismas tahun 800 oleh Paus Leo III. Beliau dianggap sebagai pengasas Tamadun Rom yang Suci (dengan gelaran Karel I). Melalui penaklukan dan pertahanan, beliau mengukuhkan dan mengembangkan kekuasaannya hingga meliputi sebahagian besar Eropah Barat. Beliau juga sering dianggap sebagai pengasas Perancis dan Jerman, bahkan tidak keterlaluan dianggap sebagai pengasas Eropah.
4. Diamond =Julius Caesar
Gaius Julius Caesar (Latin: C·IVLIVS·C·F·C·N·CAESAR¹) (13 Julai 100 SM–15 Mact 44 SM) adalah seorang pemimpin tentera Rom yang kekuasaannya terhadap Gallia Comata memperluaskan lagi dunia Rom sehingga ke Oceanea Atlantic, melancarkan serangan Rom pertama ke Britan, dan memperkenalkan pengaruh Rom terhadap Gaul (Perancis kini), sebuah pencapaian yang kesan langsungnya masih terlihat hingga kini.
Julius Caesar bertarung dan memenangi sebuah perang saudara yang menjadikannya penguasa terhebat dunia Rom, dan memulai reformasi besar-besaran terhadap masyarakat dan pemerintah Rom. Beliau menjadi diktator seumur hidup, dan memusatkan pemerintahan yang makin melemah dalam republik tersebut.
Nota Tambahan:
4 jenis kad (Spade, Heart, Diamond, Clud) = 4 musim dalam 1 tahun.
52 kad = 52 minggu dalam 1 tahun.
13 fasa kad = 13 fasa bulan

Thursday, December 13, 2012

DARAH SYUHADAH MEMIKAT BURUNG YANG SETIA DENGAN TUANNYA

Subhanallah ! Keajaiban di Bumi Gaza, Palestine !

Dikhabarkan perlakuan seekor burung kakak tua kepunyaan As-Syahid Ahmad Abu Kamil yang telah syahid ketika serangan 8 hari Israel terhadap Gaza sangat mengejutkan !

Kerana setelah kesyahidan beliau, burung kakak tua miliknya itu hinggap dengan setia di atas kesan darah milik As- Syahid Ahmad Abu Kamil.

Difahamkan, burung ini telah dialihkan dan dibuang ke tempat yang lain beberapa kali, akan tetapi dia tetap pulang semula ke kawasan tersebut dan hinggap di atas kesan darah As-Syahid Ahmad Abu Kamil.

Allahuakbar !

Tuesday, December 11, 2012

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W



1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.


3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” ~Wallahullam

Monday, December 10, 2012

Kita KAWAN macam Spongebob and Patrick

hye semua. Mesti pernah tengok CARTOON SPONGEBOB SQUAREPANTS kan? Hari nie aku nak cerita sikit pasal kisah disebalik SPONGEBOB SQUAREPANTS.
mula-mula diperkenalkan pelakon-pelakon utama..
~Spongebob
~Patrick
~Squidward
~Mr.Krab
~Sandy
~Gary (siput Spongebob)
.

Haha. aku bukan nak cita pasal kisah Spongebob and semua-semua tu. Aku nak cerita pasal PERSAHABATAN yang ditunjukkan oleh SPONGEBOB and PATRICK. Spongebob ngan Patrick nie mula berkawan dari kecik lagi. Even aku tak pernah taw macam mana depa di lahirkan. And siapalah parents mereka tu. Tapi ada bukti gambar yang mereka kecik dan dibesarkan sekali.
.



Spongebob and Patrick nie memang rapat la. Selalu main sama-sama.Tapi biasalah sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula persahabatan kan. Gaduh-gaduh tu biasa lah.. Tapi walau gaduh macam mana pon, mereka akan tetap berbaik.
Mereka akan bersama-sama untuk menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, ada la satu episod Spongebob Squarepants nie, time tu Spongebob dapat banyak sangat award. Setiap hari mesti ada ja piala sampai rumah. Patrick pon sedih la sebab dia tak pernah dapat award. So, Spongebob pon tolong la Patrick untuk memdapat award. Ajar Patrick buat macam-macam. And last-last, partick pon dapat la award. Even award tu "Orang Paling Malas"..
.
Bukti mereka bersama-sama berjuang menyelesaikan masalah. Patrick tidak akan membiarkan Spongebob susah sorang-sorang. Dia akan turut sama-sama membantu. Begitu juga dengan Spongebob yang tidak akan membiarkan Patrick susah sorang-sorang.
Nie gambar yang membuktikan kalau mereka buat gila, mereka buat sama-sama..
.
Ini sebagai bukti mereka bercuti dan berkongsi kegembiraaan bersama-sama.
.
Dan seharusnya kita mencohtohi mereka dalam persahabatan. Anda akan lebih faham kalau tengok cerita nie. Dan bila sampai part Spongebob and Patrick cuba la anda semua hayati. Di samping lawak bodoh Patrick yang memang lawak tu, ada maksud tersirat yang ingin disampaikan oleh pembikinnya..
.

Kadang-kadang aku terbayang, sebab kita tak pernah taw jantina. Macam mana kalau Spongebob and Patrick kahwin? HAHAHA..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Haha.. memang merapu. takdela.. aku saja ja nak cakap, hargailah persahabatan yang terjalin, dan jangan kerana sedikit perkara perselisihan faham, kita terus ignore ataupun makan hati dengan sahabat kita. Jadikan lah persahabatan kita seikhlas persahabatan SPONGEBOB AND PATRICK.
.
.
*E*N*D*
.
.
.
.
.
p/s : sebab tu la aku suka tgk spongebob squarepants. =)
 
 
 owner tulisan ni ialah http://www.blogger.com/profile/09148508479482683473

Sunday, December 9, 2012

Kata Semangat dari Michael Jordan

I can accept failure, everyone fails at something. But I can’t accept not trying. -Michael Jordan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...