Tuesday, November 24, 2015

Aku Masih Belum Puas Menadah Tangan Ini

SERINGKALI MINDA MENASIHATI HATI:

" SUDAH PUAS AKU BERBUAT DOSA, SUDAH PUAS AKU MENGIKUT JEJAK SYAITAN,
SUDAH PUAS AKU MELAMPAUI BATAS, SUDAH PUAS AKU MENGGUNAKAN MASA UNTUK PERKARA SIA-SIA
SUDAH PUAS AKU MEMBIARKAN DIRI ALPA DENGAN APA YANG AKU MILIKKI HINGGA AKU LUPA AKU ADALAH HAMBA ALLAH YANG LAYAKKU BERSYUKUR,..
SUDAH PUAS AKU HIDUP TANPA BERKAT SUDAH PUAS AKU TERLAJAK, TERLANJUR DAN TERSILAP

MAKA AKU BERI ALASAN:

AKU SERING LUPA,
TIADA SIAPA YANG MENASIHATIKU
MEREKA LAGI TERUK DARIKU(MENYALAHKAN INSAN LAIN) AKU TIDAKLAH ALIM, AKU TIDAK WARAK


SESUNGGUHNYA,..
AKU TELAH PUAS MELAKUKAN KEMAKSIATAN
AKU TELAH PUAS INGKAR PADA PERINTAHNYA
AKU TELAH PUAS MENJAUHKAN DIRI DARINYA
AKU TELAH PUAS HANYUT DENGAN NAFSU DAN KEINGINAN KU YANG MELAMPAUI BATAS


TAPI,
AKU BELUM PUAS MENADAH TANGAN MEMOHON AMPUN,
AKU BELUM PUAS SUJUD MERENDAH DIRI PADA ALLAH S.W.T AKU BELUM PUAS BERBUAT AMAL IBADAT AKU BELUM PUAS MELAKUKAN KEBAIKAN
AKU BELUM PUAS MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA YANG MEMERLUKAN AKU BELUM PUAS BERBAKTI KEPADA IBU BAPAKU DAN AGAMAKU
AKU BELUM PUAS BERSEDEKAH
AKU BELUM PUAS BERTASBIH
AKU BELUM PUAS MENDENGAR AZAN DAN MENJAWABNYA
AKU MASIH BELUM PUAS MENYEDIAKAN BEKALAN UNTUK AKHIRAT NANTI..

PANJANGKANLAH UMURKU, KERANA AKU SEDAR UMURKU UNTUK AKU MEMBAIKI KESILAPAN DAN MEMOHON AMPUN ATAS DOSA-DOSA YANG LALU
AKU MALU MEMOHON KERANA AKU PERNAH MENGUNDANG MURKAMU AKU SEGAN MEMINTA KERANA AKU SEDAR AKU TELAH MELAMPAUI BATAS
AKU TAHU AKULAH YANG PERNAH MELAKUKAN DOSA BESAR,..\
NAMUN, AKU YAKIN, YA ALLAH, TUHAN YANG MAHA PENGAMPUN DOSA KECIL JUA DOSA YANG BESAR,. BANTULAH AKU MENJADI HAMBAMU,..
BANTULAH AKU MENJADI HAMBAMU YANG KAU REDHAI
BANTULAH AKU MENJADI HAMBAMU YANG KAU BERKATI
KERANA AKU PASTI AKU AKAN KEMBALI MENEMUIMU..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...