JANGAN tidur selepas SUBUH
Waktu pagi sepatutnya digunakan sebaiknya untuk beribadat, mengulangkaji pelajaran atau keluar mencari rezeki. Waktu pagi bukanlah waktu untuk tidur kerana ia adalah permulaan hari dan akan menjadikan kita malas dan juga pemikiran akan menjadi lembab.
Waktu tidur yang sebaik-baiknya adalah:
1. Tidur ketika perlu tidur.
2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.
Diantara bahaya tidur pada waktu pagi adalah:
1) Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.
2) Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.
3) Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.
4) Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.
Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.
5) Menghambat datangnya rezeki.
Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)
6) Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)
Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)
Inilah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan dengan rakan-rakan semua agar sedikit sebanyak ia dapat memberi perubahan dalam hidup kita. Justeru itu, marilah kita sama-sama mengelakkan dari tidur pada waktu pagi dan lakukanlah apa-apa aktiviti yang berfaedah pada waktu ini, insyaallah kita akan mendapat berkat. Wallahualam.
Comments