Kesan TPPA Terhadap Sosio-Ekonomi Malaysia






Saya sertakan pandangan berdasarkan sumber rujukan pemikir tempatan Prof Dr Agus Yusoff mengenai kesan TPPA yang membimbangkan masyarakat Malaysia.

1. Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi luar negara. Ia seperti memberi kuasa kepada negara maju yang mempunyai nilai matawang tinggi serta kemantapan infrastruktur perniagaan yang lebih ‘advance’ untuk mendominasi pasaran dan ekonomi negara,

2. Dijangka hampir 80% harga ubat akan mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini disebabkan ubat generic yang lebih murah tidak boleh dijual kerana Malaysia terikat menggunakan ubat ‘patent’ yang dihasilkan syarikat farmakeutikal luar negara. Ia memberi kesan yang besar kepada golongan berpendapatan rendah untuk menyara kos perubatan yang tinggi.

3. Bidang pelaburan dan khidmat undang-undang serta pelbagai khidmat professional tempatan terpaksa bersaing dengan pasaran terbuka. Industri perkhidmatan kita juga pastinya terjejas dengan daya saing syarikat-syarikat gergasi mendominasi pasaran tempatan.

4. Petani tempatan terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. TPPAjuga bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras bersubsidari tinggi dari Amerika Syarikat dipasarkan di Malaysia. Keluarga petani di negara ini akan terjejas jika TPPAdimaterai.

5. Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar atau menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ia menjejaskan kuasa kerajaan untuk rakyat dan negara sendiri.

6. TPPA melanjutkan perlindungan hak cipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ia juga bermaksud segala bahan-bahan rujukan percuma yang telah didigitalkan akan menjadi terhad. Kebanyakan sumber rujukan wajib dibeli atau disewa dan menghadkan kemudahan ilmu kepada masyarakat.

Comments

Popular Posts