YA ALLAH
YA ALLAH
Segala Puji-pujian hanyalah untuk Mu wahai Tuhan Ku. Ya
ALLAH hanya mukadimah ini yang ku rasa sesuai bagi memulakan kala mini. Entah
kenapa diri ini datang kemari ingin menulis luahan hati ini. Jauh di sudut hati
bukan diri ku malas untuk berdoa di sejadah tetapi diri ini ingin mendapat
sedikit ketenangan dari penulisan ini. Sudah lama niat dan keinginan untuk
menulis luahan ini kepada mu Ya Allah. Tetapi baru saat ini ku berkesempatan
menaip satu persatu ayat yang memang secara rawak keluar dari fikiran dan hati
ini.
Ya Allah, beberapa hari lepas diri ini menyambut genap nya
25 tahun diri ini hidup di dunia mu ini. Beberapa tika ini hati ku cukup tidak
berasa tenteram entah apa punca nya entah dimana silap nya. Semakin lama diri
ini terasa jauh sangat dengan Mu. Jauh dari merasa kasih sayang mu walaupun
ternyata kasih sayang mu tidak pernah berkurang pada ku Ya Allah. Hanya hati
ini terasa sebegitu. Ya Allah adakah ini istidraj dari mu?. Rahmat nikmat
rezeki dikurniakan namun realitinya engkau sangat murka kepada ku.
Ya Allah, ku akui semakin hari semakin ku renggani hubungan
kita ini. Ya ini berpunca dari ku, bukan kerana diri Mu Ya Allah. Setiap genap
perbuatan ku cuba menguji kemurkaan mu. Ya Allah walaupun begitu dirimu masih
lagi menjaga dan menyayangi ku. Diri ini seperti menyempak bola ke dinding di
mana akhir nya kaki ini yang keletihan dan dinding itu masih kukuh dan tidak
terusik walau sedikit pun.
setiap saat diri ini mengingati mu Ya Allah. Setiap saat diri ini berjanji itu ini dengan Mu, namun seperti biasa dalam skrip diri ini yang memungkiri. Entah berapa kali lafaz taubat keluar dengan senang di bibir ini.
setiap saat diri ini mengingati mu Ya Allah. Setiap saat diri ini berjanji itu ini dengan Mu, namun seperti biasa dalam skrip diri ini yang memungkiri. Entah berapa kali lafaz taubat keluar dengan senang di bibir ini.
Ya Allah, sedar tidak sedar lafaz taubat yang ku ulangi
hanyalah menyedapkan hati ini untuk mendapat sedikit saat kelegaan. Tetapi
ternyata sepenuh waktu diri ku merasa gelisah tidak senang duduk memikirkan
hubungan kita. Setiap saat aq memikirkan bagaimana kelak jika saat ini ku di
panggil kembali ke pangkuan mu. Adakah diri ini akan di sambut seperti sebuah
pertemuan kekasih atau pertemuan dua orang bermusuhan. Jika ditanya pada hati
ku, ternyata terang lagi bersuluh engkau akan memandangku dengan penuh murka.
Ya Allah, saat keizinan masa dan ruang ini ku ingin sekali
merendahkan diri ku serendah rendah nya memohon keampunan dari mu. Ya diri ini
sedar terlalu banyak dosa dan khilaf yang diri ini telah lakukan. Namun tidak
sedikit pun diri ini ingin menentang kekuasaan mu, tidak sedikit pun diri ini
ingin mencabar kesabaran mu wahai Tuhan Yang Maha Penyabar dan Maha Kuat. Tidak
Ya Allah. Tidak sama sekali. Anggap sahaja diri ini seorang anak kecil yang
degil dari mengikuti arahan orang tua nya. Bukan ingin menentang dan melawan Mu Ya Allah. Hanya waktu dan masa yang ku ingini dalam perjalanan ini agar
kematangan itu ku dapati.
Ya Allah, maafi lah diri ini. Jika kelak tertulis nyata diri
ini hanya bertempat di neraka ingin sekali ku memohon di pertemuan kita nanti
engkau lihat lah diri ini walau sesaat dan dengar lah kata-kata ku bahawa aku
sangat beruntung bertuhankan diri Mu. Terima kasih untuk segala nikmat rezeki
serta rahmat kasih sayang yang telah engkau kurniakan pada diri ini ketika di
dunia dulu. Diri ini teramat sayang dan kasih pada Mu. Walau tutur kata tidak
seiring perbuatan. Hanya engkau yang tahu isi hati ku Ya Allah.
Ya Allah, bukan syurga matlamat utama ku ketika beribadah
pada mu. Yang ku ingini hanyalah mendapat kasih sayang mu. Syurga tidak boleh
beli kasih sayang mu. Aq ingin tunduk sujud pada mu hanya kerana diri Mu. Bukan
kerana nikmat syurga yang dijanjikan. Ingin ku mencintai mu seperti mana aq
pernah mencintai manusia yang mana aq tidak boleh sesaat tanpa dia. Rindu
teramat hingga ku bawa kedalam tidur malah ke dalam solat ku masih ku
mengingati si dia. Namun sekarang dia sudah pergi dari ku, yang ku lihat hanya
lah diri Mu yang masih setia di sisi ku.
Ya Allah, kenapa aku masih buta melihat kasih sayang mu.
Kenapa aku masih bodoh untuk memahami ini semua. Mengapa aku masih sombong
untuk mengikuti segala perintah mu. Sedangkan engkau jika berkeingini saat ini
kau boleh binasa kan diri ini. Engkau tanpa cinta ku tetap kuat tiada
kekuarangan tapi aku tanpa cinta mu bagai layang-layang yang terputus tali nya.
Tiada arah untuk di tuju hnya menungu masa jatuh patah dan lebur.
Ya Allah, akhir kalam ku ini sekali lagi ini ku memohon maaf
di atas segala silap dan salah ku selama ini. Terima kasih untuk setiap nikmat
yang telah engkau kurniakan kepada ku. Sudi lah hendaknya engkau memberi sekali
lagi peluang untuk diri ku memperbaiki hubungan kita ini. Bantu dan selamatkan
lah diri ku Ya Allah. Jangan matikan diri ini dalam keadaan engkau murka tetapi
akhirilah hidup ku ini dikala engkau sudah redha dan cinta kepada ku. Maaf
kerana tidak menjadi hamba mu yang terbaik. Tetapi tidak pernah dalam diri ini
untuk berhenti meraih cinta dan kasih syang mu oh tuhan yang Maha Pemurah lagi
Maha Mengasihani.
AKU BERSAKSI TIADA TUHAN YANG LEBIH LAYAK DI SEMBAH
MELAINKAN MU YA ALLAH,
DAN AKU BERSAKSI BAHAWA MUHAMMAD ITU PESURUH DAN KEKASIH MU
DAN AKU BERSAKSI BAHAWA MUHAMMAD ITU PESURUH DAN KEKASIH MU
Yang benar hamba mu,
SHAUQI AFHRAH BIN ISMAIL
SHAUQI AFHRAH BIN ISMAIL
Comments