William Tell Nasionalis Switzerland

William Tell adalah hero lagenda yang orang Switzerland banggakan. Mengikut lagenda, Tell adalah penembak tepat (marksman) menggunakan senjata panah bernama crossbow yang telah membunuh pegawai kota Altdorf yang diktator iaitu Albrecht Gessler. Tell kemudian menggalakkan warga kota untuk melakukan pemberontakan terhadap kerajaan Austrian dukes of the House of Habsburg, bersekutu dengan warga daerah Schwyz dan Unterwalden untuk melawan invasi tentera kerajaan asing, dan menubuhkan kerajaan Kesatuan Swiss (Swiss Confederacy), iaitu kerajaan pertama orang Swiss.

Kisah Tell pertama kali ditulis dalam judul buku White Book of Sarnen oleh Hans Schriber, seorang setiausaha pegawai daerah Obwalden. Buku tersebut mengisahkan tentang perjanjian Rütli tentang penubuhan Kesatuan Swiss dan Tell yang memulakan pemberontakan orang Swiss atau Burgenbruch.

Sumber kedua yang menceritakan tentang Tell iailah lagu yang bernama Tellenlied  yang digubah pada 1470-an. Lagu ini menceritakan tentang lagenda Tell yang mengasaskan Kesatuan Swiss, menggelarnya sebagai ‘first confederate’. Lagu tersebut diteruskan dengan aktiviti ‘apple shot’ Tell, persediaan untuk membunuh Gessler, dan melarikan diri dari diburu orang Gessler.

Apple shot adalah aktiviti penembak tepat Eropah bertujuan untuk mengasahkan ketepatan menembak menggunakan busur dan panah serta crossbow. Buah epal diletakkan ke atas kepala seseorang, kemudian dengan jarak yang tertentu, penembak tepat berusaha untuk menyasarkan epal itu dengan senjata panah mereka miliki.

Aegidius Tschudi, sejarahwan Switzerland mengembangkan kisah Tell pada 1570. Tschudi menambah maklumat lebih dalam buku White Book itu. Tambahan maklumat itu adalah tempat asal Tell di Bürglen, daerah Uri, penceritaan sebenar pembunuhan Gessler yang bertarikh 18 November 1307 dan kematian Tell pada tahun 1354. Tell versi Tschudi ini mempengaruhi orang kerajaan Kesatuan Swiss dan menguatkan kepercayaan tentang kewujudan William Tell ini.

Dalam versi Tschudi, William Tell adalah orang yang kuat, pendaki gunung, dan mahir menggunakan crossbow. Pada zamannya, daerah Uri dikuasai oleh kerajaan Austria di bawah pemerintahan House of Habsburg. Albrecht Gessler dilantik sebagai pengawai arahan (Vogt) Austria di Uri. Pada pertama kali Gessler menjejakkan kaki di kota Altdorf, dia mengarahkan pengawal untuk membina sebuah tiang dalam rimbunan pokok linden. Siap tiang itu dibina, dia meletakkan topinya di hujung tiang dan memaksa rakyat kota untuk menunduk ketika lalu di hadapan tiang itu. Ini adalah cara Gessler ‘mengawal’ para penduduk yang berada dalam kekuasaan Austria.

Ketika William berjalan dengan anak lelakinya, Walter di kota Altdorf, pengawal bawahan Gessler menahannya kerana dia tidak tunduk akan tiang topi Gressler. Gessler berniat untuk mengenakan hukuman mati kepada Tell tetapi dia sedar akan kehebatan Tell sebagai penembak tepat. Jadi, dia menyuruh Tell untuk melakukan Apple shot terhadap anak lelakinya. Tell turut dan membuat cubaan pertama menyasarkan epal di atas kepala anaknya. Apple shot berjaya dengan membelahkan epal tersebut hanya sebatang panah.

Gessler perasan bahawa Tell secara sembunyi mengeluarkan dua batang panah dari crossbow-nya. Gessler bertanya akan kelakuan aneh itu namun Tell tidak menjawab, setelah Gessler menyatakan yang dia tidak akan melasanakan hukuman mati kepadanya, Tell memberitahu bahawa jika dia terbunuh anaknya dari Apple Shot, panah yang dikeluarkan itu akan menjadi tembakan kedua kepada Gessler. Gessler bengang kemudian mengenakan Tell hukuman penjara seumur hidup, berbeza dari hukuman asal.

Tell terus dibawa ke penjara di bawah istana Küssnacht menggunakan bot Gessler. Ketika ribut melanda, para pengawal kerisauan akan keadaan bot mereka. Para pengawal kemudian meminta Gessler untuk membuka ikatan Tell kerana Tell mahir mengurus bot sekaligun menyelamatkan sereka dari rebut. Gessler mengalah dan membenarkan Tell untuk mengurus bot. Tell mengarahkan para pengawal untuk mendarat di kawasan berbatu. Setelah bot tersebut tiba di kawasan berbatu, Tell melarikan diri. Tempat Tell melarikan itu kemudian dinamakan sebagai “Tellsplatte”.

Tell dengan pantas berlari melintasi desa-desa kecil menuju ke Küssnacht sambil dikejar oleh Gessler dan pengawalnya. Tiba di persimpangan jalan ke Küssnacht, Tell membunuh Gressler denga panah keduanya. Inilah peristiwa yang memaksa rakyat memberontak kemudian menubuhkan Kerajaan Kesatuan Swiss. Pada 1315, Tell berperang dengan Austria dalam Perang Morgarten dan meninggal dunia pada tahun 1354 kerana terbunuh apabila menyelamatkan seorang kanak-kanak dari terjun di Sungai Schächental, Uri.

Kisah William Tell ini popular dalam abad ke-19 dan Perang Dunia Kedua (WWII) di mana Tell menjadi tokoh simbolik kepada perlawanan terhadap pemerintahan tirani bagi Switzerland dan negara Eropah lain. Pemuisi Perancis, Antoine-Marin Lemierre menulis sebuah drama mengenai Tell pada 1766, kemudian dipersembahkan pada 1786. Drama ini mempunyai unsur sejarah Perancis dalam kisah Tell sebagai pahlawan menentang pemerintahan tirani. Para revolusioner Perancis terpesona akan perwatakan Tell yang membina Republik Helvetic (dalam drama tersebut) sampaikan kapal perang Perancis kelas Tonnant dinamakan sebagai Guillaume Tell.

Kisah Tell versi Tschudi yang disemadikan dalam buku Chronicon Helveticum menjadi sumber rujukan sejarah sehingga pada kurun ke-19 Masihi. Seperti Johannes von Müller, sejarahwan Switzerland yang bertanggungjawab menjadikan kisah Tell sebagai sebahagian dari sejarah Swiss dalam buku History of the Swiss Confederation.

Sebenarnya banyak contoh untuk memperlihatkan bagaimana William Tell yang hanya wujud dalam tulisan rakyat Swiss mempengaruhi warga Eropah untuk menjadi nasionalis. Contoh yang popular adalah persembahan Wilhelm Tell arahan Friedrich von Schiller, sejarahwan dan pemuisi Jerman terkenal pada akhir abad ke-18. Sebenarnya Wilheim Tell adalah karya yang mempersembahkan kisah Tell versi Jerman dan dirujuk kepada karya Tschudi yang dikumpul oleh sahabatnya iaitu Johann Wolfgang von Goethe. Setelah Wilhelm Tell dipersembahkan di Weimar, Jerman pada 17 Mac 1804, ia menjadi rujukan utama kepada para revolusioner Amerika sebagai sumber kekuatan dalam membebaskan kerajaan Amerika.

Tahun 1858, Komuniti Kolonisasi Swiss (Swiss Colonization Society), kumpulan immigrant Swiss dan Jerman di US membina sebuah kota komuniti mereka sendiri yang berada di Perry Country, Indiana. Nama asal kota komuniti itu adalah Helvetia’ kemudian menukarkan kepada Tell City sempena memperingati wira Swiss lagenda itu. William Tell bersama Apple Shot dia menjadi simbolisme terjadap kota tersebut sehingga tugu gangsa Tell bersama anak lelakinya turut dibina.

Di Switzerland pada 1895, Richard Kissling memenangi dalam suatu pertandingan peringkat nasional dan diberi peluang untuk membina monumen di kota Altdorf. Richard memilih William Tell sebagai monumen kerana kota tersebut adalah kota ‘kelahiran’ lagenda Tell. Tugu Tell diukir sebagai seorang petani yang bertubuh sasa dan tinggal di pergunungan, tangan kanannya memikut crossbow manakala tangan kirinya memegang lembut bahu anaknya, Walter. Tugu wira ini kemudian menjadi popular dalam kalangan masyarakat Swiss sendiri.

Pengaruh William Tell sebenarnya tidak tertakluk kepada rakyat Swiss dan Jerman, malah Tell mempengaruhi seseorang tokoh yang pernah mengkucar-kacirkan dunia dalam perluasan empayar kaum Aryan-nya. Tokoh itu semestinya Adolf Hitler. Hitler terpesona akan kisah Tell karya Schiller sehingga beliau menyalin kisah tersebut dalam buku Mein Kampf. Pernah Hitler membenarkan syarikat produksi Swiss/German untuk membuat persembahan Tell dan menjadikan isteri Hermann Göring (ketua tentera N4Z1 berpengaruh), Emmy Sonnemann berlakon sebagai isteri Tell namun pada 3 Jun 1941, persembahan itu Hitler sendiri batalkan tanpa sebab, berkemungkinan ia berkait dengan kegagalan membunuh Hitler oleh pemuda Swiss bernama Maurice Bavaud.

Inilah contoh-contoh di mana masyarakat Eropah begitu mengagumi William Tell yang memberontak demi kebebasan kaumnya dari penjajahan. Namun begitu, adalah William Tell ini wujud dalam lipatan sejarah? Benarkah tulisan-tulisan mengenai Tell ini adalah benar?

François Guillimann, sejarahwan dan penasihat maharaja Habsburg Rudolph II mengutus surat kepada Melchior Goldast, pengumpul dokumen sejarah zaman pertengahan Jerman pada 1607. Surat itu berisi tentang kewujudan William Tell dan apabila Guillimann mengkaji lebih mendalam, ia berupa dongeng belaka.

Sebenarnya bukan sahaja Guillimann mempertikai kewujudan Tell, sejarahwan lain juga turut sama mempertikai namun perdebatan tentang William Tell sebenar tidak berapa popular dalam kalangan masyarakat Swiss kerana kisah Tell telah lama menjadi budaya dalam masyarakat tersebut. Karya Wilheim Tell oleh Schiller telah banyak mempengaruhi masyarakat Swiss dan Tell diambil sebagai ‘hero kebangsaan’ dan pengasas Kesatuan Swiss sejak awal abad ke-19 Masihi. Tahun 1 Ogos 1891, msyarakat Swiss menyambut Hari Kebangsaan Swiss dengan memperingati perjuangan Tell. Sambutan hari kebangsaan itu sehingga kini masih disambut dengan peringatan yang sama.

Maka, William Tell hanyalah mitos separas dengan mitos orang dewa-dewi Norse dan Yunani Kuno. Tapi mitos ini tidak menghalang warga Switzerland untuk mempercayai dan mengamati perjuangan Tell membebaskan rakyat Swiss dari cengkaman Austria. William Tell-lah pejuang nasional orang Swiss!

Setiap artikel saya mengenai tokoh-tokoh luar negara mesti saya selitkan tentang permainan mobile game FGO(Fate/Grand Order). Dalam FGO, William Tell hadir sebagai Servant berkelas Archer. William Tell dari FGO adalah lelaki pertengahan umur dan memegang senjata gabungan sniper dan crossbow. Penggunaan senjata tersebut seiring dengan sejarahnya sebagai marksman lagenda.

Rujukan :

Bergier, Jean-François. Wilhelm Tell: Realität und Mythos. München: Paul List Verlag, 1990.

Everdell, William R. “William Tell: The Failure of Kings in Switzerland,” in The End of Kings: A History of Republics and Republicans. Chicago: University of Chicago Press, 2000.

Head, Randolph C. “William Tell and His Comrades: Association and Fraternity in the Propaganda of Fifteenth- and Sixteenth-Century Switzerland.” in The Journal of Modern History 67.3 (1995): 527–557.

Rochus von Liliencron, Historische Volkslieder der Deutschen, vol. 2 (1866), no. 147, cited by Rochholz (1877), p. 187; c.f. Bergier, p. 70–71.


Tulisan Patriot..

Comments

Popular Posts