Pengalaman bersama Jemaah Tabligh, Markas Jemaah Tabligh Kota Bharu

Assalamualaikum..

Alhamdulilah dengan izin Allah s.w.t diberikan peluang untuk datang dan berkumpul bersama jemaah tabligh seluruh kelantan.

Ini adalah kali pertama aku datang kesini dan pertama kali jugalah aku dapat merasa bagaimana duduk dalam jamaah tabligh.
Pemandangan dihadapan markas

Secara jujurnya sebelum ini dalam fikiran aku sangat lah banyak perkara negatif tentang jemaah tabligh. Jadi cukup berat untuk aku datang kesini namun jauh di sudut hati aku, aku nak jugak tahu apa yang sebenarnya mereka buat di markas ni. Orang cakap apa, tak kenal maka tak cinta. Betul tak?





So secara keseluruhan aku rasa agak seronok duduk bersama mereka mendengar 'bayan' yang bermaksud 'penerangan' yang di sampaikan oleh 'amir sab' yakni ketua jemaah.

"Amir Sab"


Banyak sebenarnya istilah-istilah yang digunakan oleh jemaah tabligh yang sempat aku belajar dan tanya pada 'Abg nan' seorang jemaah di masjid kampung aku. Dia lah yang mengajak aku datang ke sini. Nanti aku senaraikan beberapa istilah yang aku sempat take noted hari tu dekat last paragraph.
Oh btw lupa nak habaq mai. Setiap khamis malam jumaat semua jemaah tabligh di sekitar kelantan yang tidak 'keluar' berdakwah akan berkumpul di sini. Jadi kepada yang berpuasa sunat hari tu boleh berbuka puasa bersama sama. Ini first time sebenarnya aku makan dalam talam. Hahaha. Satu pengalaman baru. Masa makan tu Ya Allah makanan penuh sebab semua jemaah akan bawa makanan masing2 dan himpun dalam talam. Bayangkan makanan yang sepatutnya boleh makan 7-8 orang kami makan berlima sahaja. Tapi yang pelik laku pulak. Hahaha




With Abang Nan
Ok jom aku share sikit istilah- istilah yang digunakan oleh jemaah tabligh bila berbicara. Harap dapat membantu kau yang nak study tentang jemaah tabligh.

amir sab : ketua jemaah
zihin : bentuk fikir
karkuzari : laporan kerja
targhib : beri galakkan
tawajjuh : beri tumpuan
tasdiq : membenarkan
tabligh : menyampaikan
ta'zim : membesarkan.
takaza : keperluan agama
josh : semangat buat dakwah.
jasbah : semangat baru,iman yakin bertambah
jord : mesyuarat bulanan.
bayan hidayat : penerangan tentang adab tertib keluar jalan Allah.
bayan wabsi : nasihat tunjuk ajar untuk buat usaha tempatan.
usaha baironi : usaha keluar jalan Allah.
usaha maqomi : usaha temptan.
tashkil: ajak mengajak,sedikan orang laen untuk keluar jalan Allah.
bayan : penerangan.
ta'lim : majlis bacaan firman Allah dan hadith nabi saw.
malam sabguzari : malam perhimpunan malam markaz.
ghast : ziarah rumah kerumah.
amir : orang yang mengawal jemaah.
rahaba : penunjuk jalan.
makmum: orang yang mengikut
istiqbal : penyambut tetamu.
mustamiq: pendengar
zakirin : orang yang berzikir.
takrir : orang yg menceritan kebesaran Allah.
jorna : tukang iklan.
khidmad thoam : orang yang berkhidmad utk sediakan makanan pada jemaah.
muzakarah : perbincangan.
khususi: jumpa orang yang dikhususkan.
usuli : jumpa orang yg telah di tasykil dan bagi azam untuk keluar.
random : pusing kampung.
k.i.v: belum ada keputusan.
buzruq : orang lama.
purana sakti : orang lama
fikirman : ahli fikir agama.
syura : ahli mesyuarat yg mewakili negeri atau negara(khalifah)
zumindar : orang tanggungjawab.
faisalah : ketua mesyuarat.
halaqah : kawasan
route: tempat buat usaha.
ikram/ihtilat : buat hubungan.
fana : satu keadaan yang membawa kepada x peduli keadaan dunia,cinta akhirat.
masturat : wanita.
ahlia : isteri.
karkun : orang yang buat usaha agama(lelaki).
karkunah : orang yg buat usaha agama(wanita)
iltizam: azam yg akan datang.
ijtima : perhimpunan seluruh ummat ISLAM.
jemaah tashkil : jemaah yg keluar di jalan Allah swt.


Akhir kalam, yaa satu pengalaman yang best dan seeikit membuka mata aku tentang jemaah ini. Abang nan ada tanya masa kami duk sembang, "Anta Tak nak try ke keluar 3hari" aku jawab insyallah bang. Bagi sya study dulu. Hahaha

Ok see you in next post. Dan doakan aku agar sentiasa memperoleh kebaikan dunia dan akhirat. 



Wassalam.


Comments

Popular Posts