Melayu Ku

Duduk
Duduklah dulu,
Mari bicara bangsa,
Mari bicara dosa.

Dihujung simpang tiga,
Dulu kedai runcitnya melayu
Sekarang acheh sudah berniaga
Takpalah, melayu sibuk Ysuku.

Adalah kompleks di pekan baru,
Lot kedai bumiputera,
Banyak disewa melayu,
Lalu disewakan mereka pula,
Atas angin..
Boleh duduk rumah rehat saja.

Disitu ada warung melayu,
Sedap..
Sekarang lampu malam warna warni,
Sudah disewakan pada pattani.
Tak mengapa, islam juga, sunni.

Di dinding ada parang tergantung,
13 mei katanya,
Dia tidak tunggu 13,
Dia tunggu 25.
Cucuk gaji.
Boleh shopping kedai cina.

Malam itu mesyuarat kanda ayahnda,
Orang melayu sudah dicabar!
Sampai bila nak sabar!
Kita cetak tshirt! kita print lencana!
Buka plastik,  made in china

Bendera kita diterbalik!!
Kurang ajar! Kita hantar balik!
Tapi mana bendera sempurna kita?
Nak beli tak cukup duit.

Jom jana harta wakaf
Kita bina banggunan sergam,
Biar untung orang islam,
Datang lori hardware hantar simen,
Resit tertulis hardware Ah Meng

Duduk, duduklah dulu,
Kita minum kopi melayu,
Kita susun satu satu.
Kuatkan saff mari bersatu.
Anak insta, tiktok, kita tegur
Anak moto, dadah, kita gempur
Lalu beraraklah ke kuala lumpur,
Iihat melayu di zouk, soho, kira tarik undur.

Belilah barang melayu muslim,
Mahal sikit takpa, mereka tak zalim,
Untung mereka jadi zakat,
Ekonomi jadi berkat,
Umat jadi kuat.
Anak bangsa tak merempat,
Masa tu kita laung kuat kuat,
Kita ini bangsa sepakat,
Musuh jangan berani rapat,
Kurang ajar, kita lipat.
Kita tak gusar, bila bersatu kita kuat.

Tapi sekarang?
Duduklah dulu, kita susun baik baik
Kita atur cantik cantik.
Lepas tu kita bangun,
Kita mara, JANGAN PATAH BALIK.

I.R

Comments

Unknown said…
As stated by Stanford Medical, It's really the one and ONLY reason this country's women get to live 10 years more and weigh 19 kilos lighter than we do.

(And really, it has totally NOTHING to do with genetics or some secret-exercise and EVERYTHING about "HOW" they eat.)

BTW, I said "HOW", and not "WHAT"...

CLICK on this link to find out if this easy test can help you discover your real weight loss potential

Popular Posts