Jadual Hidup Rasulullah S.W.T
Gambaran umum rutin seharian Baginda Nabi saw.
1. Bangun 1/3 akhir malam bagi mendirikan solat sunat tahajjud. (1/3 malam diantara pukul 3 lebih sehingga subuh)
- Min: 2 rakaat
- Max: 12 rakaat.
Sebelum masuk fardhu subuh (dalam 10 minit sebelumnya), Nabi saw perbanyakkan istighfar.
2. Menunaikan solat sunat sebelum subuh, 2 rakaat.
- Rakaat pertama setelah al-Fatihah, Nabi saw membaca surah al-Kaafirun. Manakala rakaat kedua surah al-Ikhlas.
3. Tidur /baring seketika sahaja.
4. Solat subuh berjemaah
5. Setelah solat subuh, Nabi saw tetap duduk di tempat solat baginda. Mengisi dengan bacaan al-Quran, zikir-zikir dan bermuhasabah sehingga terbit matahari (waktu syuruk). Cara duduk ialah dengan memeluk kedua lutut.
6. Setelah 15 minit masuk waktu syuruq, baginda solat sunat isyraq 2 rakaat.
7. Berpagian bersama keluarga. Membantu urus hal ehwal dan keperluan keluarga.
8. Keluar bekerja atau berdakwah/menyampaikan ilmu.
9. Menunaikan solat sunat dhuha ketika matahari mulai panas. Sekitar jam 10pagi dan keatas.
- Min: 2 rakaat
- Max: 12 rakaat
Waktu last solat dhuha ialah, ketika sebelum matahari di tengah-tengah. Iaitu lebih kurang 10 - 15 minit sebelum waktu zohor.
10. Tidur sejenak (Qoilullah), iaitu tidur seketika sebelum waktu zohor. Iaitu ketika tengahari rambamg. Sekitar 10-15 minit sebelum masuk waktu zohor.
11. Solat sunat sebelum zohor.
- Min: 2 rakaat
- Max: 4 rakaat (1 salam)
12. Solat zohor berjemaah
13. Solat sunat selepas solat zohor.
- Min: 2 rakaat
- Max: 4 rakaat (1 salam)
14. Pulang ke rumah berehat bersama keluarga dan menunaikan keperluan keluarga.
15. Solat asar berjemaah
16. Luang masa bersama keluarga atau sahabat baginda saw.
17. Solat Maghrib berjemaah
18. Solat sunat selepas solat maghrib, 2 rakaat.
- Rakaat pertama setelah al-Fatihah, Nabi saw membaca surah al-Kaafirun. Manakala rakaat kedua surah al-Ikhlas.
19. Terus berada di Masjid menanti solat isyak. Diisi dengan majlis ilmu, berzikir atau membaca al-Quran, atau solat sunat.
20. Solat Isyak berjemaah.
21. Solat sunat selepas solat Isyak.
22. Terus pulang ke rumah. Biasanya Nabi saw tidak akan bercakap apa-apa setelah selesai waktu isyak. Terus Nabi akan pulang ke rumah luang masa bersama keluarga dan bercakap bila perlu sahaja.
23. Melakukan adab-adab sebelum tidur:
- Solat sunat witir (1 atau 3 rakaat)
- Baca surah al-Mulk dan al-Sajadah.
- Membaca doa tidur.
- Membaca ayat Kursy.
- Membaca 3 Qul, 3x. (Setelah selesai, menghembus pada kedua tapak tangan lalu diratakan seluruh badan yang sampai, 3x)
24. Bangun awal untuk solat malam. Begitulah seterusnya...
* Turutan ini berdasarkan kebiasaan umum rutin harian Nabi saw.
* Segala perubahan berdasarkan keadaan semasa, samada perlu musafir atau ada lawatan rasmi, ada peperangan, pada hari jumaat / hari raya dll.
Wallahu'alam.
Comments