Penghidap HIV boleh hidup normal

 Ini yang cuba kami sampaikan. Supaya anda di luar sana mengerti. 


Seorang penghidap HIV positif ( selepas ini saya akan sebut PLHIV [People Living with HIV]) masih boleh meneruskan normal life seperti orang lain. Boleh kahwin, boleh ada anak, tanpa menjangkitkan HIV itu pada isteri/suami/anak. Boleh bekerja, bersukan dan menjalani rutin harian bersama keluarga dan teman. 


Tapi, ada SYARAT!


SYARAT? Ye syarat. Seseorang PLHIV perlu makan ubat HIV iaitu HAART untuk seumur hidup. HAART diberi secara percuma. SEBAB? untuk mengelakkan jangkitan HIV kepada orang baru. 


HAART akan menurunkan/mempasifkan jumlah virus HIV dalam tubuh dan sekaligus meningkatkan jumlah askar (CD4). Apabila keadaan ini berlaku, jangkitan tidak akan berlaku. InsyaAllah. 


Namun... Mereka PLHIV ini seringkali tidak sempat untuk mendengar SYARAT tersebut. Ianya terhalang oleh STIGMA. Takut akan stigma dari orang sekeliling dan diri sendiri. 


Ramainya, mereka akan mengasingkan diri, tidak bergaul, tidak mendapatkan rawatan dan kaunseling. PLHIV yang tidak mendapat rawatan akan booking tiket AIDS. PLHIV yang mendapat rawatan dan makan HAART insyaAllah boleh hidup sihat seperti manusia lain. 


Kalau boleh hidup, kenapa perlu mati?

Kalau boleh makan HAART, kenapa perlu sakit?

Kalau boleh menerima, kenapa perlu STIGMA?


Hiv bukan tiket ke neraka.

Belajar sesuatu dari gambar ni?


#respecteachothers

#jauhipenyakitbukanorang

#bantumereka

#bantukamiuntukkamibantumereka

#sayNoToStigma

#MalaysiagettingzeronewHIV


Credit to writer

🌹

-Nuyu-

Hospital USM





Comments

Popular Posts