Telaga Qalib Badar
Ini adalah kawasan perkuburan Tentera Quraisy yang tewas dalam Perang Badar. Tenteranya berserta para pembesarnya dikebumikan dalam satu perigi busuk yang diberi nama Qalib badar.
Kesemua mayatnya berjumlah 24 orang
dan mereka disumbat dalam perigi ini lalu
dilempar batu dan ditanam. Disinilah Baginda Rasulullah SAW bersabda
Wahai mayat yang tak bernyawa, kalian semua adalah kaum kerabat terkeji bagi diri seorang nabi. Kalian telah mendustakan kenabianku padahal orang lain menerimaku. Kalian musuhi aku sedangkan orang lain memberiku perlindungan. Kalian memerangi aku padahal orang lain mahu membelaku.
Kemudian baginda bersabda
Apakah kalian sudah temukan apa yang dijanjikan oleh Tuhanku???
Kemudian baginda Rasululllah SAW menetap disini selama 3 malam selepas tamat perang Badar. Maka apabila masuk hari ketiga sebelum baginda beredar, sekali lagi baginda singgah dikawasan ini bersama para sahabatnya dan baginda bersabda dari atas tempat pengebumian mereka. Baginda menyebutkan nama mereka dan nama ayah mereka satu persatu
Wahai fulan!! wahai fulan!! Apakah sekarang ini kalian temukan bahawa janji Allah pada kalian itu adalah benar? Sungguh!! aku telah mendapati janji Allah padaku adalah benar!! Sayyiduna Umar Radiallahuanhu bertanya
Wahai Rasulullah, apakah engkau berbicara keatas suatu kaum yang telah menjadi bangkai?
Rasulullah kemudian bersabda
Kalian tidak mendengar lebih daripada mereka. Mereka mendengar cuma mereka tidak dapat menjawab.
Ulama sepakat mengatakan bahawa Allah SWT kembalikan roh mereka pada tubuh badan mereka agar mereka dapat mendengar apa yang Baginda Rasulullah SAW sabdakan.
Maka bertambahlah penyesalan dengan apa yang selama ini mereka lakukan keatas ummat islam.
Kredit: Che Pai/Group Haramain/Jasson King fan club
Comments