Hotel Tertua Di Dunia.

Nishiyama Onsen Keiunkan ialah Hotel mata air panas di Hayakawa, Yamanashi Prefecture, Jepun. 


Ditubuhkan pada 705 AD (1318 tahun yang lalu) oleh Fujiwara Mahito. Ia terletak di kaki Pergunungan Akaishi. 


Sejak penubuhannya, Hotel ini mempunyai sumber air panasnya terus dari Mata Air setempat Hakuho. 


Ia telah menjadi perniagaan keluarga selama 52 generasi daripada keluarga yang sama (termasuk waris angkat). 


Hotel ini telah menjalani pengubahsuaian yang besar pada tahun 1997 tetapi mengekalkan gaya seni bina tradisional onsen asal. 


Pada tahun 2005, mandian mata air panas peribadi yang mengalir bebas telah ditambahkan ke setiap bilik. 


Hotel ini mempunyai 37 bilik, restoran kaiseki dan platform untuk melihat bulan. Kemudahan Wifi juga disediakan. 


Pada tahun 2011, Nishiyama Onsen Keiunkan telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai Hotel tertua di dunia.


Sumber : Jasson King fan club 








Comments

Popular Posts