Manusia paling Genius dalam dunia Mathematic

 



Manusia super - genius, Grigori Perelman ditemui sedang melintasi jalan di bandar. 


Perangai beliau sangat aneh. Beliau berjaya menyelesaikan satu daripada masalah matematik tersusah dunia - Poincaré Conjecture , yang telah menghantui otak - otak matematik terpandai dunia selama ratusan tahun. Masalah itu malah dianggap mustahil diselesaikan.


Atas pencapaian mega - mengagumkan itu, beliau ditawarkan $1 000 000, ganjaran bagi setiap satu daripada 7 masalah matematik tersusah dunia yang berjaya diselesaikan.


Tapi, beliau menolak tawaran 1 juta dolar tu. Beliau tak hingin pun. Malah lagi naik angin ada. 


Beliau juga ditawarkan anugerah paling tinggi dunia dalam matematik - Fields Medal - namun beliau menolak. Ahli jawatankuasa berkeras menyuruh beliau terima, tapi ketika namanya diumumkan, beliau ternyata tidak hadir pun. Menjadikan beliau manusia pertama menolak anugerah matematik paling top dunia setaraf Nobel Prize itu.


Beliau mengatakan bahawa beliau langsung tak berminat dengan duit dan perhatian. "Saya tak nak jadi macam binatang pameran di zoo". Sebab bengang, beliau langsung berhenti daripada akademik dan menutup pintu bila diketuk oleh wartawan.


Beliau lebih gemar duduk berseorangan dengan ibunya dan memetik cendawan berbanding bergelar jutawan.


Namun ironinya, keputusan beliau menolak sebarang ganjaran kerana tidak mahukan perhatian, menjadikan beliau lebih popular.


Kredit: Ajar, Jason king

Comments

Popular Posts