PELAJAR SPM PALING CEMERLANG & TERTINGGI DI MALAYSIA!
KENALI DR. AZALI AZLAN – ANAK MUDA DARI PULAU SEPOM, TIKAM BATU YANG CIPTA REKOD SPM PALING CEMERLANG & TERTINGGI DI MALAYSIA!
Sekitar tahun 2007, seorang pelajar cemerlang dari SMK Agama Yan, Kedah bernama Azali bin Azlan telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.
Beliau berjaya mencatat sejarah sebagai pemegang rekod keputusan SPM paling tinggi dan cemerlang di Malaysia dengan keputusan luar biasa – 20A1 dan 1A2.
Azali berasal dari Pulau Sepom, Tikam Batu, dan merupakan anak kepada pasangan pendidik – Azlan Othman, guru di SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas dan Rozita Sanapi, guru di SMK Haji Ahmad Badawi.
Sejak kecil, Azali memang sudah menunjukkan potensi luar biasa. Beliau memperoleh 5A dalam UPSR dan 9A dalam PMR.
Dalam SPM 2007, Azali mengambil pelbagai subjek termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan, Sejarah, Geografi, Perdagangan, Ekonomi Asas, Matematik Moden, Prinsip Akaun, Sains Asas, Pendidikan Seni, Pendidikan Islam, Tasawwur Islam dan Kesusasteraan Melayu – kesemuanya mendapat A1. Satu-satunya subjek yang mendapat A2 ialah Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi.
Usaha dan dedikasinya meletakkan beliau sebagai Tokoh Nilam Kebangsaan 2007, sekali gus menjadi ikon pelajar terbaik negara ketika itu.
Selepas SPM, Azali menyambung pelajaran ke University of Wisconsin di Amerika Syarikat dan kemudiannya menamatkan pengajian peringkat PhD di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2021.
Kini, beliau bergelar Dr. Azali Azlan dan berkhidmat sebagai penyelidik di Johns Hopkins School of Medicine, Amerika Syarikat. Beliau juga telah berkeluarga dan menetap di sana.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr. Azali Azlan – semoga kisah kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada anak-anak muda seluruh negara, khususnya warga Kedah.
Perkongsian daripada PSP
Credit to : Jasson King Fans
Comments