Pengorbanan seorang suami
Ada satu bab dalam hidup lelaki, umur 30 sampai 50 tahun. Waktu orang nampak dia macam kuat, tapi dalam hati dia itulah fasa paling sunyi dan paling berat. @highlight
.
.
Bayangkan seorang suami. Gaji dia masuk pagi Jumaat. Petang Jumaat, akaun dah tinggal baki dua angka.
.
.
Bukan sebab dia tak pandai urus duit. Tapi sebab semua duit tu dah ada tujuannya: loan rumah, kereta, sekolah anak, duit belanja mak ayah, bill, minyak. Kadang dia sendiri pun tak sempat rasa.
.
.
Esoknya, dia tengok anak nak jajan kat pasar malam. Walau duit tinggal RM20, dia hulur juga. Sebab bagi dia anak jangan rasa miskin walaupun ayah tengah sesak.
.
.
Ramai tak tahu, lelaki umur ni dah penat kejar hidup. Ada yang buat tiga kerja, ada yang balik kerja terus sambung part-time.
Tidur tinggal 4 jam.
.
.
Tapi bila tengok isteri tidur lena, anak senyum masa makan dia rasa semua penat tu berbaloi.
.
.
Suami bukan gagal kalau duit dia tak cukup. Suami tetap provider bila semua yang dia ada, 100% dia bagi untuk keluarganya.
.
.
Yang dia perlukan bukan sindiran, bukan banding dengan “suami orang lain”. Yang dia perlu cuma doa seorang isteri, ucapan “terima kasih bang”, dan pelukan kecil masa dia balik dengan baju kerja yang basah peluh.
.
.
Mungkin, hakikatnya, Allah bukan uji suami dengan rezeki sempit. Allah sedang uji isteri sejauh mana dia sabar, syukur, dan menghargai lelaki yang tiap malam berdoa diam-diam,
.
.
“Ya Allah, cukupkanlah rezeki aku untuk bahagiakan mereka.”
.
.
Kadang kita lupa… lelaki bukan jatuh sebab dia kurang duit. Lelaki jatuh bila dia rasa dirinya tak lagi dihargai.
.
.
Syukur itu rezeki. Doa itu nafkah. Dan redha seorang isteri, itu kekuatan sebenar seorang suami.
.
. Credit this writing to
Hariz Rosli
Comments