SIAPA AKU DI HADAPAN TUHANKU??


SUBUHNYA..

Dimana aku berada
Masih enak dalam kelambu rindu
Sambil berfoya-foya dengan waktu
Masa bagaikan menderu
Langkah tiada arah tuju
Fikiran bercelaru
Terlupa aku semakin di hujung waktu
Siapa aku di hadapan Tuhanku

ZOHORNYA...
Aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntuan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
Siapa aku di hadapan Tuhanku

ASARNYA
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlalu panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita tentang SI TUAH yang setia
dan SI JEBAT yang derhaka
Siapa aku di hadapan Tuhanku

ISYAKNYA

kerna masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
Siapa aku di hadapan Tuhanku

kini aku tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akn membiarkan
Masjid dan Surau menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaikan jenazah
akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang
Siapa aku di hadapan Tuhanku??

Firman Allah"janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan keadaan angkuh,kerana sesungguhnya kamu sesekali tidak dapat menembusi bumi dan sesekali tidak akan sampai setinggi langit"(surah Al-Isra':37)

Comments

Popular Posts