Jambatan Moses Terilham Daripada Kisah Nabi Musa a.s

LAZIMNYA jambatan dibina di atas permukaan air bagi membolehkan pengguna melintasi sungai, parit, tasik dan sebagainya untuk ke seberang.

Lain pula ceritanya di Belanda, disifatkan sebagai sebuah "jambatan halimunan" atau Jambatan Moses. Rekaan Jambatan Moses ini diilhamkan daripada sejarah Nabi Musa membelah laut merah ketika misi menyelamat Bani Israel daripada tentera Firaun, maka sebab itu ia dibina di bawah permukaan air.

Jurucakap pereka jambatan unik itu, Ad Kils berkata, konsep halimunan ini dapat menghalang musuh daripada melihat kita melintasi air dan konsep ini boleh dipraktikkan di dalam sistem pertahanan.

Jambatan ini terletak di Belanda dan direka khas menggunakan kayu Accoya yang tahan lasak.

Apabila diitanya bagaimanakah jika air melimpah masuk ke dalam ruangan jambatan, Ad Kils menjawab;

"anda tak perlu bimbang, kerana ia hanya risiko yang kecil".


Comments

Popular Posts