PELAJAR SPM PALING CEMERLANG & TERTINGGI DI MALAYSIA!
KENALI DR. AZALI AZLAN – ANAK MUDA DARI PULAU SEPOM, TIKAM BATU YANG CIPTA REKOD SPM PALING CEMERLANG & TERTINGGI DI MALAYSIA! Sekitar tahun 2007, seorang pelajar cemerlang dari SMK Agama Yan, Kedah bernama Azali bin Azlan telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Beliau berjaya mencatat sejarah sebagai pemegang rekod keputusan SPM paling tinggi dan cemerlang di Malaysia dengan keputusan luar biasa – 20A1 dan 1A2. Azali berasal dari Pulau Sepom, Tikam Batu, dan merupakan anak kepada pasangan pendidik – Azlan Othman, guru di SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas dan Rozita Sanapi, guru di SMK Haji Ahmad Badawi. Sejak kecil, Azali memang sudah menunjukkan potensi luar biasa. Beliau memperoleh 5A dalam UPSR dan 9A dalam PMR. Dalam SPM 2007, Azali mengambil pelbagai subjek termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan, Sejarah, Geografi, Perdagangan, E...