BALKONI KACA PADA TINGKAT BANGUNAN YANG KE 103

Sekiranya anda dikalangan individu yang takut pada ketinggian atau lebih dikenali dengan istilah 'gayat', inilah tempatnya untuk belajar membuang perasaan tersebut.

Pemilik bangunan pencakar langit Sears Tower yang terletak ditengah-tengah bandaraya Chicago, Amerika Syarikat ini telah melahirkan idea memasang sebuah balkoni kaca (ADA YANG BERKATA 4 BUAH BALKONI KACA) yang menjulur keluar dari tingkat ke-103 bangunan tersebut bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berpijak diawangan.

Balkoni kaca yang berada pada ketinggian 1353 kaki diudara ini mengundang pelbagai perasaan bagi pengunjung yang ingin mencuba berpijak diatasnya. John Huston, antara salah seorang pemilik bangunan ini juga mengakui ada sedikit debaran sewaktu pertama kali berpijak dibalkoni ini namun ianya semakin hilang selepas 30-40 kali berjalan diatasnya.

Disamping itu, balkoni ini juga menawarkan pemandangan indah keseluruhan bandaraya Chicago untuk dinikmati para pengunjung. Balkoni yang berukuran 10 kaki panjang dan lebar ini mampu menampung beban sehingga 5 tAn dan ianya dibina dari kepingan kaca setebal 1.5 inci.

Kewujudan dek diudara ini telah menggamit sehingga 25,000 pengunjung pada hari-hari kelepasan am. Bayaran sebanyak USD15 dikenakan untuk menggunakan kemudahan lif ke tingkat 103 bangunan ini dan merasai pengalaman berada diawangan. Kalau berani, cubalah..

Comments

Popular Posts