Buku Besar Codex Gigas (AlKitab Iblis)
Codex Gigas atau Buku Besar adalah sebuah manuskrip abad pertengahan dengan ukuran terbesar yang masih wujud. Buku ini ditulis pada awal abad ke-13 di biara ordo benedictus di podlazice di Bohemia.
Ketika ini buku tersebut tersimpan di Swedish Royal Library di Stockholm. Difahamkan ia memerlukan tenaga dua orang pustakawan untuk mengangkat buku berkenaan.
Buku ini sering juga disebut sebagai “alkitab iblis” kerana terdapatnya sebuah ilustrasi yang berukuran besar bergambarkan syaitan didalamnya (namanya bukanlah alkitab iblis, ia cuma selalu disebut seperti itu disebabkan oleh ilustrasi berkenaan).
Buku Codex tersebut telah diletakkan disebuah tempat yang dibuat daripada kayu, dilapisi dengan kulit dan dihiasi dengan logam. Tingginya adalah 92 cm, lebarnya pula adalah 50 cm dan memiliki ketebalan sehingga 22 cm.
Pada mulanya, Codex itu memiliki 320 lembar naskah. Namun 8 lembar daripadanya telah dibuang. Tidak diketahui siapakah yang membuang 8 lembar tersebut dan untuk tujuan apa.
Terdapat andaian bahawa 8 lembar yang dibuang itu berkemungkinan berisikan aturan-aturan biara ordo benedictus. Berat Codex tersebut hampir mencapai 75 kg. Lembaran yang digunakan untuk menulis Codex ini adalah kulit yang berasal daripada 160 ekor anak lembu.
Biara tempat Codex ini dihasilkan telah dihancurkan pada abad ke-15. Catatan yang terdapat pada Codex menunjukkan bahawa Codex tersebut dihasilkan sekitar tahun 1229 Masehi.
Setelah penulisannya selesai, Codex ini kemudiannya dipindahkan ke Biara Cistercians Sedlec dan akhirnya dibeli oleh Biara benedictus di Byoevnov. Dari tahun 1477-1593, Codex ini disimpan di perpustakaan di Broumov sampailah akhirnya dibawa ke Praha pada tahun 1594 untuk menjadi sebahagian daripada koleksi Rudolf II.
Pada tarikh 24 September 2007, Codex Gigas dibawa kembali ke Praha setelah 359 tahun. Isi daripada Codex ini adalah “a sum of the Benedictine order’s knowledge”, “The War of the jews” tulisan Josephus, senarai para orang kudus, metode untuk menentukan tarikh perayaan paskah, seluruh alkitab bahasa latin pre-vulgate, Isidore of Seville’s encyclopedia Etymologiae, Cosmas of Prague’s Chronicle of Bohemia, pelbagai macam traktat (daripada sejarah, etimologi dan fisiologi), sebuah kalender dengan nekrologium, senarai nama para biarawan di biara Podlaice, formula-formula ajaib dan catatan-catatan lain.
Seluruh isi Codex ini ditulis dalam bahasa latin. Manuskrip ini juga dihiasi dengan warna-warna seperti merah, biru, kuning, hijau dan emas. Seluruh huruf besar diberi warna yang terang dan jelas.
Yang luar biasanya adalah keseluruhan isi Codex ini ditulis dengan relevan yang di luar kebiasaan antara halamannya. Yang bererti bahawa buku ini ditulis oleh seseorang dengan fikiran yang berkesinambungan.
Hal ini telah membuatkan ramai ahli mempercayai bahawa keseluruhan Codex ini ditulis dalam waktu yang sangat singkat. Pada halaman ke 290, terdapat sebuah gambar Iblis dengan ketinggiannya sekitar 50 cm.
Beberapa halaman sebelum gambar ini dilukis pada lembaran kulit yang menghitam dan dibuat dengan karakter yang gelap yang membuatkannya kelihatan berbeza dengan keseluruhan isi Codex.
Menurut Legenda, penulis Codex itu adalah seorang biarawan yang telah melanggar peraturan biara dan dihukum dengan diikat di dinding dalam posisi berdiri seumur hidup. Biarawan ini memohon keampunan daripada hukuman yang luar biasa kejam itu.
Sebagai gantinya dia berjanji untuk menghasilkan sebuah buku yang akan memuliakan biara dan pengetahuan umat manusia selamanya dan dia berjanji menyelesaikannya hanya dalam satu malam sahaja.
Menjelang tengah malam, biarawan itu telah mula berubah menjadi ragu apakah dia mampu menyelesaikannya sendirian. Maka akhirnya dia telah menjual jiwanya kepada iblis demi sebuah pertolongan.
Iblis kemudiannya menyelesaikan manuskrip tersebut. Sebagai penghormatan kepada iblis yang membantunya, biarawan itu menambahkan gambar iblis ke dalam Codex berkenaan.
Walaupun adanya legenda yang melibatkan iblis, pada zaman inkuisisi, Codex ini tetap disimpan oleh biara dan dipelajari oleh banyak cendikiawan sampailah ke hari ini.
Sumber: Google
Comments