~~AURAT WANITA PATUTKAH~~
~~apabila membuka aurat ditangan~~
kata kaum hawa..mula2 terselak lengannya "eh..cantikla pulak lengan aku ni..halus mulus..putihla..msti kalau aku buka..rmai lelaki akn tergoda.."
~~apabila ternampak leher di celah tudung~~
kata kaum hawa "eh..tunjuk sikit leher ni..takpa..biar diorang nampak betapa cantiknya leher aku dan kulit aku ni.."
~~apabila rambut terlihat sedikit di belakang tudung~~
kata kaum hawa "biarla rambut ni jatuh..biar lelaki dorang thu yg rambut aku ni lurus..cantik tau"
~~apabila memakai baju yang tak ckup kain atau ketat~~
kata kaum hawa "badan aku dah cantik..rugi kalau tak tnjuk ni..barulah ramai lelaki ngorat aku"
~~apabila memakai baju kurung yg kainnya terbelah~~
kata kaum hawa "betis aku cantik ni..mulus dan ada bentuk ag..rugi tak tunjuk ni..mana tahu dapat kenal ngn laki kaya lagi hensem"
~~Tidak menutup kaki~~
kata kaum hawa "ala..kaki aku ni cantik..rugila kalau dorang tak dapat tgk.."
~~tidak memakai tudung labuh dan baju labuh~~
kata kaum hawa "ala..rimaslah..panas tau..aku kena tunjuk dada aku ni..dan bentuk badan aku ni..apa guna ada bdn n semua yg cantik jika tidak DIPERTONTONKAN"
~~Nauzubillahi min zalik..ingatlah wahai kaum hawa..sesungguhnya Allah maha melihat apa yg kamu kerjakan..dan yang paling banyak yg masuk neraka adalah wanita kerana mereka mendedahkan aurat mereka..~~
“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].
“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].
“Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33]
Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.
surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".
~~moga kita kaum hawa tergolong dalam golongan yg beriman..AURAT KITA BUKANLAH SEMURAH ITU UNTUK DIPERTONTONKAN..TETAPI HANYA BOLEH DILIHAT OLEH SEORANG SHJ KAUM ADAM YAKNI JODOH YG TELAH DITETAPKAN OLEH ALLAH YAKNI SUAMI KITA..~~
~~Ya Allah..kuatkanlah iman kami..jadikanlah kami hambaMu yg bersyukur..jauhilah kami dari maksiat..dan ingatkanlah kami jika kami lalai..pimpinlah kami Ya Allah..sesungguhnya..kami hanya hambaMu yg lemah..aaminn..T-T~~
Comments