Fenomena Kejadian Aurora

Whitehorse, di Wilayah Yukon Kanada

Fenomena langit yang diterangi dengan cahaya terang dikenali sebagai Aurora hijau menerangi Wilayah Whitehorse, Yukon di Kanada dalah dicetuskan oleh awan zarah bercas dari matahari ikenali sebagai "ejection mass coronal" (CMEs) memasuki ke dalam medan magnet bumi.

Kejadian ini berlaku pada 26 Sept mencetuskan aurora di kedua-dua khutub dan dapat dilihat dengan jelas di beberapa kawasan lima Negeri Amerika Syarikat, antaranya Michigan, New York, South Dakota, Maine, dan Minnesota, menurut NASA.

Apabila partikel corong solar berada di sepanjang garisan bumi ke arah khutub, mereka bertembung dengan molekul di atmosfera, tenaga tambahan terhasil dan molekul dilepaskan dalam bentuk cahaya. Jurugambar Jonathan Tucker menulis dalam SpaceWeather.com

"Melihat Aurora mengambil masa yang lama untuk menunggu kemunculannya"

Aurora Warna Merah seperti di Rakam Stesen Angkasalepas Antarabangsa

Kebanyakan Aurora yang muncul bewarna hijau namun adakalanya terdapat warna lain seperti warna merah seperti dirakamkan oleh Stesen Angkasalepas Antarabangsa pada 26 September. Warna aurora bergantung kepada jenis atom yang memercikkan cahaya. Dalam kebanyakan kes, cahaya aurora muncul apabila zarah dari angin suria berlanggar dengan atom oksigen di atmosfera bumi, menurut kenyataan NASA.

"Ini menghasilkan foton hijau bagi kebanyakan kejadian tetapi pertembungan oksigen dengan atom nitrogen akan menghasilkan warna merah"

Lake Superior di Marquette,Michigan, U.S.A

Yellowknife di Utara Kanada

Northumberland, England

Tromsø, Norway

Hijau dan Ungu di Sotkamo, Finland, pada September 26.

Comments

Popular Posts