Lelaki acuan Al-Quran



“Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT Yang sentiasa haus dengan ilmu Yang sentiasa dahaga dengan pahala Yang solatnya adalah maruah dirinya Yang tidak pernah takut berkata benar Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Lelaki acuan al-Quran aialah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanya Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarga Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW Yang boleh diajak berbincang dan berbicara Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa Matanya kepenatan kerana kuat membaca Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona Dengan buaian dunia Kerana dia mengimpikan Syurga Disitulah rumah impiannya Bersama wanita acuan al-Quran”

Comments

Popular Posts