Sanah Helwa To Me/ Happy Birthday ke-20


Assalamualaikum semua...

Alhamdulilah syukur kpd Allah S.W.T yang telah mengizinkan ana untuk membuka blog ini seterusnya untuk ana mencontengkan sedikit kata2 sempena Ulang Tahun Kelahiran Ana yang ke 20..

Subhanallah pejam celik pejam celik pada Tarikh 28/10/2011 ni genap dah umur ana 20 tahun, bermakna sudah 20 tahun ana berjalan dan menikmati segala isi dunia ini.. sepanjang umur 20 tahun ni sudah banyak yang ana belajar apa itu kehidupan, apa itu matlamat kita sebenarnya hidup di sini,, 2o tahun ana dah habis kan tempoh umur ana, semakin dekatlah ana ke detik pengakhiran nanti...

Orang kata umur 20 tahun ni dah di kira cukup matang untuk mengharungi liku2 dunia,, ana tidak nafikan.. oleh itu masuk je umur 20 tahun ni ana memasang cita2 untuk lebih memperbaiki kehidupan ini,, terasa banyak ana bazirkan 19tahun lepas dengan lalai di buai dunia...

Kalau dulu nya sambut birthday sebagai student sekolah tapi tahun ni lain sangat,
walaupun cita2 ana untuk sambut birthday yang ke20 ni di IPTA tidak tercapai, tu semua tak mematahkan semangat ana untuk menebusnya di umur yang 20 ini,, tahun depan ana akan mengulang balik ambil STPM,

Kadang2 banyak hikmah nya kenapa sekarang ni ana tidak lagi masuk ke IPTA, salah satu nya ana belajar apa itu erti pengorbanan, erti jangan putus asa,, Ana tumpang gembira untuk kawan2 seangkatan yang dah melangkah kan kaki mereka ke menara gading.. Tahniah ana ucapkan,,

dalam masa 10 bulan lepas exam STPM ni ana telah mampu menghabis kan hafalan al quran ana, dulu pernah ana terdetik dalam hati jika ana masih tak habis lagi menghafal ayat2 suci mu ini YA ALLAH, izinkan lah lagi masa untuk ana habiskan, jika ana dah melangkah ke IPTA yg memang terkenal dengan kesuntukkan masa untuk mengejar kelas, dan macam2 aktiviti lain, memang ana akan tak mampu menghabis kan nya, Tapi Alhamdulilah ana dah mampu..

Rasa nya cukuplah di sini,, Ana ucapkan berbanyak terima kasih kepada follower ana yang sering mengikuti perkembangan ana dalam blog ni,,, tak ada apa yang mampu membalas jasa baik antum/antumna semua.. segala apa yang baik dalam blog ni ambillah sebagai perangsan dalam kita mengharungi hidup dan yang mana tak elok jadikan iktibar,,,

Semoga antum, semua berada dalam rahmat ALLAH selama nya,,,

ikhlas
SHAUQI AFHRAH BIN ISMAIL

Comments

Popular Posts