buat Muhasabah DIRI


buat Muhasabah DIRI

Diriku,

Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,

Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri,

Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,

Tersentuh dengan daulat-Nya

Merasa terpikul amanah ad-deen ini?.

Bukan kerana kau berjemaah,

Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.


Diriku,

Seringkah kau mencari jalan,

Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,

Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya

Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu??

Ketahuilah diriku,

Hatimu itu keras, khusyu?mu kurang

Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya

Terlalu banyak kurang & salahmu?


Diriku,

Tunaikanlah solatmu dalam khusyu? & tenang

Muhasabahlah dirimu kala sunyi,

Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan

Padanya da bekalan

Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini


Diriku,

Pada nawafil & amalan sunat

Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan tuhanmu

Pada qiamullail di keheningan malam

Bersama bisikan doa & munajatmu,

Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,

Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya

Di situ ada bekalnya?.

Lazimilah awal dirimu dengan al-Ma?thurat

Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai da?ie.


Diriku,

Pada tawadhu?, pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,

Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,

Adalah ketenangan dan kekuatanmu.


Diriku,

Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja

Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati ?.

Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan

Hati yang sakit apatah lagi menghidupkan hati yang mati?.


Diriku,

Amanahlah kau di hadapan manusia

Kerana kedaulatan Tuhanmu?.

Namun rasailah kekerdilan dirimu

Di hadpan kudrat dan iradat-Nya?.

PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN

"Saidina Ali pernah berkata: Dunia hanyalah di tanganku... tetapi akhirat terletak di hatiku... "

Comments

Popular Posts