ANGKA 13 IALAH ANGKA BERTUAH


Nilai Angka 13 Pada Illuminati & Freemason

Angka 13 bolehlah dianggap sebagai angka yang menimbulkan banyak kontroversi, sama ada perlu dijauhi atau diamalkan dalam kehidupan seharian.

Bagi orang Cina, baik di Malaysia mahupun di China, khasnya yang bukan beragama Islam, angka 13 amat ditakuti dan perlu dijauhi kerana dikatakan membawa makna sial. Umumnya angka itu ditakuti dan dianggap sial kerana jika dicampurkan 1+3 akan menjadi 4, iaitu angka yang membawa maksud mati dan nasib malang.

Jika mereka terbeli kenderaan, rumah, kedai, barang dan sebagainya yang ada angka 13, mereka akan berusaha menjualnya semula atau diusahakan untuk menukar nombor itu kepada nombor lain yang ‘lebih baik’.

Lebih teruk lagi, kebanyakan bangunan tinggi,di sebelah Asia khasnya, tidak mempunyai tingkat 13 disebabkan pengaruh kepercayaan bahawa angka 13 itu membawa sial dan kononnya orang tidak akan mahu membeli / menyewa / tinggal di tingkat berkenaan. Hasilnya, tingkat yang sepatutnya disebut 13 ditiadakan, digantikan dengan tingkat 12A.Misalnya, selepas tingkat 12 ialah tingkat 12A, selepas itu tingkat 14. Tingkat 13 tiada!

Kepercayaan angka sial ini turut dikongsi oleh kebanyakan masyarakat Kristian di Eropah dan di Amerika Utara, sehingga ke hari ini. Hasilnya, banyak cerita seram dan sial yang dikaitkan dengan angka 13 ini di merata tempat di serata Eropah dan Amerika.

Dalam sejarah Kristian, angka 13 agaknya sedikit sial kerana Yesus dijual pada jam 13.00 (pukul 1 petang) untuk mendapatkan sedikit wang sebagai ganjaran. Pengikut Nabi Isa A.S. seramai 12 orang, campur Nabi Isa menjadi 13, semuanya hidup tidak menentu dan berpecah-pecah, menjadikan ia dianggap tidak membawa kebaikan.

Dalam sedar atau tidak, semakin banyak umat Islam yang ikut terpengaruh dengan kepercayaan sebegini, terutama yang lemah iman dan penghayatan ilmu agama. Jakim sendiri pun tidak dapat mengawal umat Islam daripada ‘menganut’ kepercayaan karut dan boleh membawa syirik ini. Sehingga kini belum ada lagi fatwa atau kenyataan rasmi oleh Majlis Fatwa Kebangsaan atau oleh Jakim. So berhati-hatilah.

Tetapi tahukah kita bahawa pada orang Yahudi, terutama sekali pengikut Illuminati dan Freemason, angka 13 amat penting nilainya pada mereka, sehingga mereka menjadikan angka tersebut sebagai simbol pergerakan mereka, dan sebagai bukti, angka 13 dicipta dalam pelbagai bentuk dan disampaikan dengan beraneka cara.

Angka 13 mempunyai nilai yang sama ‘keramatnya’ dengan angka 11 dan 666 pada perhitungan mereka. Angka 666 adalah angka yang merujuk kepada diri dajjal itu sendiri.Hari ini, angka 13 menyusup ke dalam kehidupan manusia di seluruh dunia tanpa kita semua sedar.

Mereka menyogok kepada seluruh dunia lambanglogo 13 mereka, dan seluruh dunia mengetahui serta mengingatinya. Kerana cantik dan modennya lambang angka 13 itu direka, tidak ada pihak yang kata itu adalah angka sial, atau yang kata logo itu bawa sial.

Maknanya, berjayalah mereka menyogok idea dan kepercayaan mereka kepada umat manusia, walaupun diketahui bahawa banyak bangsa lain yang menganggapnya sial dan perlu dijauhi.

Jika kita perhatikan pada hari ini, banyak syarikat gergasi dunia yang dipengaruhi Illuminati, terutamanya Freemason, menggunakan angka 13 dengan pelbagai cara dan bentuk, sehingga orang ramai tidak perasan tentang hal itu.

Cuba kita lihat lambang McDonalds, iaitu huruf M yang di bawahnya ada garisan melintang. Cuba tumbangkan angka itu ikut arah jam, apa jadi? Ia menjadi angka 13!

Gergasi perisian komputer, Microsoft, sebenarnya lebih dikenali di kalangan orang Yahudi dengan nama The Double Thirteen atau Double-13, diangkakan sebagai 1313. Apa maknanya itu? Perhatikan lagi lambang Windows iaitu kotak empat segi yang mempunyai 4 warna berbeza, menyerupai sebuah jendela. Walhal ia adalah lambang sebuah piramid yang dilihat tepat dari atas atau dari bawah, iaitu lambang utama Illuminati. Jika diperhatikan lagi, logo 4 warna itu juga merupakan perlambangan angka 13 sebanyak 2 kali.

Gergasi perisian komputer yang lain iaitu Apple turut menggunakan logo yang ada angka 13 itu. Cuba kita tumbangkan logo buah epal ikut arah jam, kita akan dapati bahagian atas buah epal yang berlekuk itu menggambarkan angka 3, jika dipotong tengahnya, dan bahagian tengah epal itu melambangkan angka 1. Seakan-akan tidak jelas, tetapi dapat difahami maksudnya dengan mudah.

Banyak lagi syarikat gergasi lain yang turut menggunakan angka 13 dengan pelbagai bentuk dan cara, dijadikan logo syarikat masing2. Antaranya ialah Startrek.com, Arbyss,Westel dan lain2 lagi.

Kebetulan? Tentulah tidak!

Apa buktinya? Cuba kita perhatikan pula jata negara bagi Amerika Syarikat, The Seal of United States of America. Di situ kita dapat lihat angka 13 diulang2 dengan pelbagai cara dan bentuk. Secara tidak sedar, kita dimaklumkan bahawa Amerika Syarikat sudah berada di bawah cengkaman Illuminati yang berbangsa Yahudi. Bukan saja angka 13 ditonjolkan, malah angka 666 juga ditonjolkan, termasuk beberapa simbol lain bagi Mason dan Illuminati.

Asalkan kita dapat memerhatikan dengan teliti, kita akan segera mengakuinya. Di sini diturunkan beberapa perkara yang ada angka 13 dalam jata tersebut sebagai bukti:

1. Terdapat 13 biji bintang yangmembentuk Star of David di bahagian atas kepala burung helang.

2. Terdapat 13 jalur pada perisai yang melekat di badan burung helang secara berselang seli.

3. Terdapat 13 huruf berbahasa Latin yang membentuk 2 perkataan iaitu ANNUIT COEPTIS.

4. Terdapat 13 huruf berbahasa Latin yang membentuk 3 perkataan E. PLURIBUS UNUM di atas kepala burung helang.

5. Terdapat 13 helai daun zaitun yang dipegang oleh kaki kanan burung helang.

6. Terdapat 13 biji buah zaitun di celah2 daun zaitun pada kaki kanan burung helang.

7. Terdapat 13 anak panah di kaki kiri burung helang.

8. Terdapat 13 helai bulu pada hujung anak panah tersebut.

9. Terdapat 13 lapisan batu yang membentuk piramid.

10. Terdapat 13 kali sembilan titik yang mengelilingi Star of David di atas kepala burung helang.

Jika kita perhatikan lagi, lambang burung helang mengepak sayap ke atas sebenarnya membentuk huruf V dan badan helang dengan kaki mengembang membentuk huruf V terbalik. Jika kedua-duanya disatukan, ia menjadi lambang rasmi Illmuninati.

Lambang asal Illuminati ialah alat geometri terbuka ke bawah dan sesiku mendongak ke atas yang bergabung, di tengah2 nya ada huruf G. Burung helang ini hanyalah manipulasi atau pemodenan dari bentuk asal lambang Illuminati.Penyamaran ini untuk mengelakkan tuduhan terus terhadap pengaruh Illuminati di USA.

Burung helang itu pula mengadap ke kiri, menjadikan mata kanannya saja yang kita lihat.Ia sebenarnya adalah lambang ‘mata satu Horus’. Horus adalah antara dewa besar & berpengaruh dalam Illuminati, yang berlambang ‘mata satu’ iaitu mata kanan yang mengadap ke kiri.

Ekor burung helang terdiri dari 9 helai bulu. Apa maknanya itu? Ia adalah penjumlahan kepada 666. Takkanlah nak lukis sehingga 666 helai bulu burung kat jata tu, mustahillah. Terlalu banyak dan rumit. Jadi, nak ringkaskan cerita, 666 adalah angka atau simbol dajjal. Jika dicampur 6+6+6 akan jadi 18. Jika dicampur 1+8 akan jadi 9. Jadi, 9 helai bulu ekor helang mewakili angka 666 untuk dajjal.

Burung helang itu sendiri adalah lambang haiwan yang lazim digunakan sejak zaman purba, oleh pemerintah yang besar, seperti Mesir purba, Babylon purba dan beberapa kerajaan zaman moden hari ini. Helang adalah lambang yang digunakan oleh kaum Dan, kaum yang dipuja dan dipuji oleh sekalian Freemason dan Illuminati. ~LB~

Comments

aridz azmil said…
boley tlg ltak gmbar burung helang 2 x?
nk tgk la..

Popular Posts