KHAIRUL FAHMI CHE MAT


ASSALAMUALAIKUM,,

sebelum memulakan penulisan ni, ingin saya ucapkan TAHNIAH DAN TERIMA KASIH kepada Khairul Fahmi Che Mat (kfcm) kerana jasa yang dia taburkan pada Negara Dan Negeri Kelantan selama ni,,,,

Menjadi Lumrah kita sebagai manusia ada masa di sanjung dan di keji, dalam masa ni kfcm berada di hadapan pintu untuk di kritik dan di keji,,, Subhanallah,, lupa ke mereka semua pada sifat hamba yang banyak mempunyai kekurangan diri, dan yang sentiasa mencari kekuatan diri,,, tidak di nafikan kita mempunyai hak untuk mengkritik sesuatu benda, tapi harus di ingatkan supaya biarlah kritikan kita tu dapat menyumbang ke arah kebaikan mahupun kebangkitan seseorang,,,

Saya tidak nafikan 2 3 perlawanan yang lepas gawang yang di jaga oleh kfcm banyak bolos, namun kita seharus nya mencari punca kenapa prestasi beliau sebegitu sekarang,,,

yang dapat saya pikirkan mungkin

1. JADUAL LATIHAN DAN PERLAWANAN YANG KETAT,

~ kalau kita mengamati situasi ini maka kita sepatutnya tak boleh menyalahkan kfcm jika prestasi nya jatuh dan merosot, kerana beliau bukan robot,,, lihat sahaja perlawanan PIALA FA baru2 ni, beliau baru sahaja pulang dari kemboja, lepas tu terpaksa menerap tekanan dan harapan seluruh rakyat kelantan yang ketagih ingin kan kejayaan,,, jadi dalam keadaan yang 100% belum sedia beliau korbankan diri,gagah kan diri untuk bermain sebaik mungkin,, ada orang duk kritik "apa pasal kfcm sekarang tangkap bola pun dah tak kemas". banyak bertanya namun malasa mencari jawapan,,, mungkin saje dia penat,,,, kalau kita duk di tempat kfcm macam mana??

2.HARAPAN RAKYAT YANG TINGGI

~ Tak salah kalau saya katakan yang rakyat malaysia mahupun kelantan tidak boleh menrima kekalahan,, sedangkan menang dan kalah itu adat pertandingan,,, maka yang jadi mangsa ialah pemain, pada pendapat pribadi saya dalam banyak2 pemain di padang GOAL KEEPER lah yang paling tak tenang,, kerana asal datang je bola beliau lah paling berdebar kerana jika dia gagal, maka satu gol akan dapat oleh pihak lawan,,, jadi ditambah dengan penat tadi dan tekanan maka hasil nya???? pikir lah sendiri

3.KRITIKAN ORANG RAMAI

~biasalah orang ramai bukan semua yang mengkritik ke arah kebaikan, tak di nafikan ramai yang still berdiri teguh di belakang KFCM ni saya respect,, tapi yang menghina, mencaci maki beliau amat lah tidak patut,,, kenapa manusia ni 10 KEBAIKAN yang di buat boleh di lupakan dengan 1 KEKURANGAN...

Jadi kepada KFCM, saya menasihat kan supaya banyak2 kan bersabar, banyak2 kan beristiqamah dalam diri, jika terasa ada secebis rasa bangga dalam diri,,, teruskan singkir sifat buruk tu,

ingat asal usul anda, anda mula dari bawah, jadi bila di atas jangan segan untuk lihat ke bawah,,


DOA SAYA AGAR PRESTASI ANDA TERUS SUKSES DI PERLAWANAN YANG AKAN DATANG, malam ni KELANTAN VS PERAK, mungkin anda tak main sebab baru pulang dari Qatar kan,,

lupakan kisah di Qatar, buka buku baru, buktikan pada dunia siapa anda sbenarnya,,

SAYA AKAN TERUS MENDOAKAN ANDA

CORETAN HATI~~ Rindu sangat kat dia tu,, emmmm cepat lah balik,,

Comments

Popular Posts