KISAH KOMANDER KOREA SELATAN MEMELUK ISLAM KERANA FADHILAT SOLAT
Kisah Komander Korea Selatan Masuk Islam Kerana Fadhilat Solat
Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan pengaman PBB dari Korea Selatan yang ditugaskan di Iraq. Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Ketika bertugas di wilayah tersebut, beliau sering mengamati orang-orang Muslim bersolat berjamaah di Masjid.
Kebetulan markas pasukannya berada dekat dengan masjid. Dia sangat hairan dengan gerakan-gerakan solat tersebut. Oleh kerana ingin tahu, beliau mencuba meniru seluruh gerakan solat dan mempraktikkan di biliknya secara sendirian. Ketika mempraktikan itulah dia merasakan ada ketenangan dan perasaan damai yang hadir dalam hatinya. Itulah sebabnya, pergerakan solat tersebut
kemudiannya dijadikan program meditasi dalam pasukan yg dipimpinnya (disamping Yoga), dan ternyata sebahagian besar anggota-anggotanya setelah melakukan gerakan-gerakan solat tersebut, mereka merasakan perasaan yang sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai. Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam.
Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada anggota-anggotanya, beliau berkata : Aku telah menemukan cahaya kehidupan yang sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya tersebut, dan cahaya itu adalah Islam. Tanpa di duga, secara spontan 37 anggota bawahan yang dipimpin olehnya mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandan mereka – juga untuk memeluk Islam.
Wallahu’alam….
Comments