Sunday, June 24, 2012

Pengharaman Daging Khinzir: Jawaban Syeikh Abduh Yang Mengejutkan.

Pada suatu ketika, Syeikh Muhammad Abduh telah bersafari ke Eropah. Sesampai di Perancis beliau telah diundang kesuatu majlis forum yang dihadiri oleh ummat islam dan bukan islam di sebuah bandar.

Diantara perkara yang dibangkitkan oleh bukan islam kepada Tuan Syeikh Abduh dalam forum itu ialah tentang pengharaman mengkomsumsi daging khinzir dalam Islam.
Mereka mengatakan kepada Abduh, bahawa perusahaan pengeluaran daging khinzir di perancis melalui proses pemantauan, rawatan dan teknologi yang sangat moden, saintifik, hegenik dan teliti pada semua peringkat perladangan lagi, penyediaan bahan makanan khinzir, pemotongan daging, pembungkusan dan pemasakan di restoran. Semua proses rawatan dan pemantauan moden ini telah menyebabkan memakan daging khinzir menjadi selamat kerana semua bentuk cacing, mikrorgasma, ulat, kuman dan bakteria dalam daging khinzir telah musnah melalui teknologi ini. Pengharaman daging khinzir menjadi tidak berasas lagi.

Bagi menjawab tantangan ini, Abduh telah meminta disediakan dua ekor khinzir jantan dan seekor khinzir betina serta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina.

Kemudian Tuan Syeikh Abduh meminta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina itu dilepaskan di dalam satu sangkar. Apa yang berlaku ialah dua ayam jantan itu telah berlawan dan bertarung antara satu sama lain berebut untuk mendapatkan ayam betina itu. Mereka berlawan dan saling luka melukai hanya untuk mengawan seekor ayam betina. Mereka bertarung bermati-matian demi harga diri dan maruah kejantanan.

Kemudian Abduh meminta dua ekor khinzir jantan dan seekor khinzir betina itu dilepaskan di dalam satu sangkar. Apa yang berlaku sangat menjijikkan. Dua ekor khinzir jantan itu saling tolong menolong dan bergilir mengawan khinzir betina itu tanpa ada kekecuhan atau perlawanan.

Lalu Abduh mengatakan (lebih kurang) “Tuan-tuan saksikan sifat binatang yang bernama khinzir, tidak mempunyai maruah dan harga diri sebagai kejantanan. Bacul dan hilang harga diri. Sifat inilah yang telah meresap dalam darah daging diri kamu semua yang memakan daging khinzir. Kamu tidak merasa apa-apa, tidak merasa cemburu, tidak merasa marah dan tidak merasa hilang maruah melihat isteri kamu atau anak perempuan kamu bersama lelaki lain, hatta dijimak oleh lelaki lain.( sex bebas)”.


Subhanallah!… JazakAllah Tuan Syeikh.” –



Syeikh Muhammad Abduh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...