AMALAN BERKHATAM YAHUDI (1)


Amalan Berkhatan Masyarakat Yahudi (I)
(Ibnuyaacob)

Amalan berkhatan dikalangan kanak-kanak lelaki bukan lagi suatu yang luar biasa, ianya sudah menjadi lumrah dan harus dilakukan. Amalan ini juga ditakrifkan sebagai amalan wajib bagi setiap umat Islam sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. lagi.

Berkhatan diamalkan oleh masyarakat Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW,

“Fitrah (sifat semula jadi) itu lima perkara; berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.”

Kewajiban di dalam Islam tentang berkhatan pula adalah berlandaskan firman Allah SWT dalam surah an-Nahl (ayat 123) bermaksud;

“Kemudian kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh atas jalan yang benar.”

Di sini dapat kita fahami bahawa Allah memerintahkan setiap amalan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dahulu patut diamalkan juga oleh Nabi Muhammad dan umatnya khususnya dalam amalan berkhatan ini.

Pada usia lapan tahun, Nabi Ibrahim telah mengkhatankan dirinya sendiri sebagai mana yang disebut di dalam hadis riwayat Abu Hurairah daripad Rasulullas SAW yang berbunyi;

“Berkhatan Nabi Ibrahim a.s. ketika baginda berumur lapan tahun dengan alat qadum”


Berkhatan Dalam Masyarakat Yahudi

Pengikut agama Nabi Ibrahim ketika itu mengamalkan semua perkara yang diajarkan oleh baginda berdasarkan firman-firman Allah kepadanya. Salah satu amalannya ialah berkhatan atau difahami sebagai membuang sebahagian selaput kulit yang menutupi kepala zakar.

Masyarakat Yahudi terus-menerus mengamalkan amalan berkhatan tersebut sejak zaman Nabi Ibrahim sehinggalah sekarang. Golongan Yahudi yang mengamakan amalan wajib ini tidak hanya tertakluk kepada Yahudi Orthodoks sahaja, ianya diamalkan juga oleh golongan Yahudi Sekular (Zionis), Yahudi Arab, Yahudi Eropah dan Kristian Orthodoks.

Ini kerana masyarakat Yahudi berpegang kepada semua ajaran-ajaran di dalam Taurat, manakala semua amalan Taurat adalah kelangsungan amalan dari kitab Zabur yang dipimpin oleh Nabi Daud.a.s.

Comments

Popular Posts