AMALAN BERKHATAM YAHUDI (2)


Amalan Berkhatan Masyarakat Yahudi (II)


Kewajiban Amalan Berkhatan Masyarakat Yahudi

Amalan berkhatan di kalangan masyarakat Yahudi di dalam bahasa Hebrew disebut “brit milah”, manakala di dalam loghat ashkenazi disebut “Bris Milah”, loghat suku Sephardi disebut “Berit Milah” dan loghat Yiddish disebut “Bris”.

Brit Milah atau bahasa Inggerisnya disebut circumcision merupakan amalan berkhatan yang dilakukan oleh penganut agama Judais sejak zaman Nabi Ibrahim hinggalah sekarang. Amalan ini dilakukan dalam suatu majlis yang sempurna dan teratur serta dilengkapi penuh adat-adat agama Judais.

Masyarakat Yahudi melakukan khatan berdasarkan suatu ayat dalam kitab Taurat yang berbunyi;

“And God spoke to Abraham saying: …This is my covenant which you shall keep between Me and you and thy seed after you -every male child among you shall be circumcised.”
(Bab Genesis, ayat ke-12)

Sehingga sekarang ini walau di mana masyarakat Yahudi itu tinggal walau di luar Israel, amalan Brit Milah harus dilakukan. Amalan ini dihukumkan wajib bagi masyarakat Yahudi kerana ia melambangkan identiti keyahudian seseorang Yahudi itu. Meninggalkan amalan ini dipercayai boleh menggugurkan identiti tulen seseorang Yahudi.


Upacara Brit Milah

Upacara Brit Milah tidak boleh dilakukan oleh sebarangan orang, ianya perlu dilakukan oleh individu yang benar-benar layak yang digelar Mohel. Dikalangan masyarakat Melayu, orang yang berperanan dalam amalan berkhatan dipanggil ‘Tok Mudim’.

Menurut agama Judais, Mohel (Mudim) hendaklah orang yang faham tentang hal ehwal perubatan walaupun dia bukanlah seorang doktor. Menurut Rabbi Shulman, Mohel seharusnya mempunyai kemahiran asas dalam perubatan kerana ia bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman ketika upacara Brit Milah.

Setiap Mohel hendaklah melakukannya dengan pantas agar kesakitan itu dapat dikurangkan. Penggunaan krim-krim yang boleh melegakan kesakitan amat digalakkan tetapi seharusnya mendapat persetujuan dari kedua ibu bapa.

Pisau pemotong yang digunakan juga harus dibersihkan dengan sempurna agar tidak dijangkiti kuman. Amalan membersihkan pisau pemotong ini pula digelar sebagai Mit’zitzah.

Comments

Popular Posts