PERANG KHANDAK
Latar belakang
Perang Khandak berlaku pada bulan Syawal tahun 5 hijrah.Peperangan ini dikenali sebagai ''Khandak"atau"parit" kerana umat Islam telah bersatu tenaga menggali parit disekeliling Madinah bagi menghalang orang-orang Kafir menyerang umat Islam dengan mudah. Peperangan ini berpunca dari hasutan kaum Bani Nadir. Mereka berpakat dengan kaum Quraish Makkah untuk menyerang orang-orang Islam Madinah. Pakatan di kalangan kaum Yahudi dan tentera Quraish Makkah ini menyebabkan perang "Khandak" dikenali juga sebagai perang "Ahzab".
Bilangan tentera
Jumlah tentera Yahudi dan orang-orang Quraish Makkah adalah seramai 10,000 orang. Mereka diketuai oleh Abu Sufian Bin Harb. Manakala tentera Islam seramai 3000 orang diketuai Nabi Muhammad .
Peristiwa menggali parit
Apabila Nabi Muhammad mendengar pakatan itu, beliau terus mengadakan perbincangan dengan sahabatnya. Dalam perbincangan itu Salman Alfarisi telah mencadangkan agar parit dibina di sekeliling kota Madinah sebagai kubu pertahanan tentera Islam.Cadangan telah diterima.Nabi Muhammad mencadangkan agar parit dibina disebelah utara sahaja kerana kerana bahagian lain terlindung oleh bangunan, rumah dan dusun. Nabi Muhammad sendiri bersama sahabatnya bekerja sebagai buruh. Baginda telah bersama-sama menggali,mengangkut dan membuang tanah serta memecah batu-batu.
semasa kerja memecahkan batu dijalankan, Nabi Muhammad diberi mukjizad oleh Allah. Baginda telah memecahkan batu keras yang tidak dapat dipecahkan oleh orang muslimin. Nabi Muhammad memecahkan batu itu dengan tiga pukulan sahaja
Semasa kerja menggali parit dijalankan, kaum muslimin sentiasa berada dalam kelaparan kerana kekurangan makanan. Nabi Muhammad dan orang muslimin telah mengikat perut mereka dengan ketulan batu untuk menahan lapar. Ketika inilah, Allah yang maha berkuasa lagi maha penyayang kepada hambanya telah menolong orang Islam. Allah telah memberi mukjizat kepada Nabi Muhammad yaitu seekor kambing dan sedikit gandum telah dapat mengenyangkan kaum Muhajirin dan Ansar. Bahagian makanan itu tidak berkurangan pun.
Disekitar peperangan
Umat Islam telah dikepung berterusan selama satu bulan. Sebelum itu umat Islam tidak pernah menempuh peperangan sedemikian di Habshah. Pasukan musuh datang dari setiap penjuru. Pada saat genting ini pertolongan Allah pun datang.
Nu'man Bin Masuud seorang tentera musuh, telah menishtiharkan keislaman dihadapan Nabi Muhammad. Keislamannya masih belum diketahui orang Quraish.
Keputusan perang
Syahid 7 orang manakala tentera Quraish mati seramai 4 orang. Tentera Islam telah menang
Comments