BENCI JUDI
Esok, Sabtu, 3-Julai-2010 bakal mencatatkan sejarah negara kerana buat pertama kalinya sejak Merdeka setelah kejayaan rakyat Malaysia menolak judi sukan maka kita melangkah setapak lagi kehadapan mendidik rakyat Malaysia membenci judi suatu amalan yang tidak baik malah boleh meruntuhkan keluarga, masyarakat dan negara.
Sama ada kita suka atau tidak, aktiviti judi telah dibuktikan menjadi punca kepada ketagihan, pergaduhan, kehancuran, penindasan, penipuan, kemalasan dan keganasan.
Apakah kita sanggup melihat 50 tahun kedua negara kita selepas merdeka berduka dengan amalan keji daripada amalan syaitan ini ? Kita harus menginsafi di sana terdapat anak-anak, wanita, orang tua dan keluarga yang telah lama menjadi mangsa kepada ketagihan judi ini.
Mereka ditendang, disepak, dipukul dan dihina oleh suami atau anak-anak mereka yang kalah judi. Mereka semua menanti kita semua menyelamatkan negara daripada amalan yang jelas bertentangan dengan semua agama ini.
Mungkin kita berbeza agama, bangsa dan fahaman politik tetapi semua kita boleh bersetuju bahawa judi adalah amalan yang hina.
Judi tidak boleh membahagiakan pemain judi malah menghancurkan mereka. Yang tetap kaya atas penindasan ini adalah pengusahanya. Yang mendapat manfaat besar adalah pengusahanya. Yang mendapat gelaran “Tan Sri” adalah pengusahanya.
Modes operadi judi dan dadah adalah hampir serupa menjadikan pelanggannya sebagai mangsa untuk memperkayakan beberapa kerat orang kaya.
Menjadikan ketagihan sebagai pelarisnya. Bukankah itu zalim namanya? Mengapa kita menjadi lemah kerana tekanan-tekanan persekitaran kita.
Apakah kita sanggup mempertahankan beberapa kerat pengusaha judi sehingga kita sanggup membiarkan rakyat terbanyak ditindas dan dihina? Bukankah itu dayus namanya?
Wahai anak-anak muda Malaysia bangkitlah menolak rasuah, salahgunakuasa, pembaziran dan perjudian. Masa depan negara terletak ditangan kita.
Bebaskan negara daripada amalan berjudi. Buktikan keazaman kita untuk menyelamatkan agama, bangsa dan tanah air daripada amalan keji ini.
Marilah kita bersama dalam Kempen Tak Nak Judi pada hari esok sabtu 3hb Julai 2010 jam 2.00 petang di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Bagi yang muslim kita mulakan dengan solat zohor, solat hajat dan sujud syukor di sana. Semua agama dan bangsa dijemput hadir.
Mari kita buktikan kepada negara bahawa generasi Anak Muda Malaysia bencikan judi. Marikah kita buktikan kepada Kerajaan Barisan Nasional(BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bahawa kami semua bencikan judi. Jumpa di sana !!!

Comments