kemuliaan dan keutamaan TAQWA
Tuhan berfirman maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah berwasiat (memerintahkan) kepada orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan juga kepada kamu, bertaqwalah kepada Allah.” (An Nisa: 131)
Taqwa juga adalah wasiat Rasulullah SAW kepada umatnya. Baginda bersabda:
Maksudnya: “Aku berwasiat kepada Engkau semua supaya bertaqwa kepada Allah, serta dengar dan patuh kepada pemimpin walaupun dia seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas aku kelak, dia akan melihat pelbagai perselisihan. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan sunnah para khalifah yang mendapat petunjuk selepasku.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Termizi dan Majah)
Sabda Baginda lagi:
Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At Termizi dan Ahmad)
Sabda Baginda:
Maksudnya: “Bertaqwalah terhadap perkara-perkara yang diharamkan, nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling kuat ibadah; redhakanlah dengan apa yang diberi oleh Allah kepadamu, nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling kaya; buatlah kebaikan kepada jiran kamu, nescaya kamu akan dapat keamanan, kasihilah manusia sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri, nescaya kamu akan selamat; jangan banyakkan ketawa kerana memperbanyakkan ketawa itu mematikan hati-hati.” (Riwayat At Termizi, Ibnu Majah dan Ahmad)
Sabda Baginda lagi:
Maksudnya: “Bertaqwalah kamu kepada Allah, tunaikanlah sembahyang lima waktu, berpuasalah pada bulan Ramadhan, keluarkanlah zakat harta kamu, patuhi orang yang menjaga hal ehwal kamu, nescaya kamu akan masuk Syurga Tuhan kamu.” (Riwayat At Termizi, Ahmad dan Hakim)
Taqwa adalah wasiat para salafussoleh. Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a. pernah berkhutbah:
“… maka sesungguhnya aku berpesan kepada kamu semua supaya bertaqwa kepada Allah, supaya kamu sentiasa memuji Allah dengan pujian yang patut kamu memuji- Nya dan kamu campurkan harap dan cemas serta kamu gabungkan bersungguh-sungguh meminta dengan permohonan.”
Sayidina Umar Al Khattab r.a. pernah menulis surat kepada anaknya Abdullah yang berbunyi:
“Amma ba’du, sesungguhnya aku berpesan kepada engkau supaya kamu bertaqwa kepada Allah. Sesungguhnya siapa yang bertaqwa kepada-Nya, nescaya Dia akan memeliharanya. Sesiapa yang memberi pinjaman kepada Allah (menafkahkan hartanya), nescaya Dia akan membalasnya. Sesiapa yang mensyukuri nikmat-Nya, nescaya Dia akan menambahkannya lagi. Jadikanlah taqwa tertegak di kedua matamu dan memenangi hatimu.”
Umar bin Abdul Aziz r.a. pernah menulis sepucuk surat kepada seorang lelaki. Surat itu berbunyi:
“Aku berwasiat kepadamu supaya bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla yang mana Dia tidak akan menerima selainnya (taqwa) dan Dia tidak menurunkan rahmat melainkan kepada orang yang bertaqwa dan Dia tidak akan memberi pahala melainkan ke atas taqwa.”
Begitu juga, taqwa adalah wasiat sekalian para rasul a.s. seperti yang diceritakan dalam Al Quranul Karim:
Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu menyeru Musa (dengan firman-Nya). Datangilah kaum yang zalim itu (iaitu) kaum Firaun: Mengapa mereka tidak bertaqwa?” (As Syu’ara: 10-11)
Maksudnya: “Kaum Nabi Nuh telah mendustakan para Rasul. Ketika saudara mereka, Nuh berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?” (As Syu’ara: 105-106)
Maksudnya: “Kaum Aad telah mendustakan para rasul. Ketika saudara mereka, Hud berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?” (As Syu’ara: 123-124)
Maksudnya: “Kaum Tsamud telah mendustakan para rasul. Ketika saudara mereka, Saleh berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?” (As Syu’ara: 141-142)
Maksudnya: “Kaum Lut telah mendustakan para rasul. Ketika saudara mereka, Lut berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?” (As Syu’ara: 160-161)
Maksudnya: “Penduduk Aikah telah mendustakan para rasul. Ketika Syuaib berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?” (As Syu’ara: 176-177)
Demikianlah pentingnya taqwa dalam kehidupan manusia. Para rasul diutuskan untuk menyampaikannya kepada umat manusia di dunia ini. Orang yang tidak bertaqwa dikatakan zalim dan mendustakan para rasul. Ia menjadi sebab kaum Nabi Nuh, kaum Aad, kaum Tsamud dan kaum Nabi Lut dihancurkan dan dimusnahkan oleh Allah SWT.
Pertolongan Allah s.w.t Buat Orang-Orang Yang Bertaqwa
1. Allah berserta dengan orang yang bertaqwa. Dia selalu menolong dan menjaga orang-orang yang bertaqwa. (surah Al-Baqarah 2:194 )
2. Dijauhkan dari api neraka. (surah al-Zumar:61)
3. Allah akan beri furqon (petunjuk yang dapat membezakan antara yg hak dan yang batil): pertolongan ketika berlaku musibah, kesulitan dan menghapuskan segala kesalahan serta mengampuni dosa-dosa org yang bertaqwa tersebut. Janji-Nya ini termaktub dalam al-Quran yg bermaksud;
“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu ‘furqon’ dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan dan diampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yg besar.” (surah al-Anfal: 29)
4. Allah beri jalan keluar bagi kesulitan yang dihadapi oleh orang-orang yang bertaqwa, memberi rezeki yang tiada diduga dan pahala yg besar.
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.” (surah ath-Thalaaq: 2)
“…dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (suruh ath-Thalaaq: 3)
“..Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.” (surah ath-Thalaaq: 4)
“…dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan melipatgandakan pahala baginya.” (surah ath-Thalaaq: 5)
5. Orang yang bertaqwa akan dapat kemulian di dunia mahupun akhirat. (surah al-hujurat 49:13)

Comments