AMALAN PENGEBUMIAN YAHUDI (3)


Amalan Pengkebumian Mayat Masyarakat Yahudi (III)

Amalan Berkabung Dalam Agama Judais

Selepas selesai proses Kevura, setiap ahli keluarga diharuskan melakukan amalan Keriah atau berkabung. Proses ini penting kepada setiap ahli keluarga agar mereka sentiasa mengingati roh si mati dan segala kebaikannya sepanjang ia hidup.

Ahli keluarga yang terlibat dengan Keriah dipanggil Onen, maksudnya orang yang berkabung.

Dalam agama Judais, amalan berkabung mesti dilakukan selama 12 bulan bermula pada hari pertama individu tersebut meninggal dunia. Ahli-ahli keluarga yang terlibat dengan tempoh ini biasanya yang tinggal serumah dengan si mati atau saudara-mara berdekatan.

Selepas mayat dikebumikan, para Onen tidak dibenarkan mandi selama seminggu, tidak boleh memakai barang-barang kulit atau bercukur. Ianya dikira menghina tempoh perkabungan.

Berikut ialah peringkat-peringkat berkabung dalam agama Judais:

Shiva (Hari ke-7 ) - Pada peringkat ini, ahli keluarga tidak dibenarkan keluar bersiar-siar, mereka hendaklah menghabiskan masa dan berkumpul di rumah untuk melayan tetamu-tetamu yang hadir. Ahli keluarga lelaki tidak dibenarkan bercukur dalam tempoh.

Selain itu, ahli-ahli keluarga (onen) juga tidak boleh menghadiri sebarang upacara perkahwinan, menonton wayang, mendengar lagu-lagu hiburan dan menghadiri konsert muzik.

Shloshim ( Hari ke-30) - Dalam tempoh ini, ahli-ahli keluarga si mati tidak dibenarkan berkahwin, bercukur dan memotong rambut.

Shneim Asar Chodesh (Bulan ke-12 ) - selepas tempoh ini barulah para Onen dibenarkan melakukan aktiviti-aktiviti harian mereka seperti biasa.

Bagi sesetengah golongan Yahudi berfahaman Zionis, mereka hanya berkabung selama 3 hari atau mungkin sehari sahaja mengikut keselesaan masing-masing.

Comments

Popular Posts