Millennium Dome, London, Tahun 2000

direka oleh the Richard Rogers Partnership dan jurutera Buro Happold, diameternya 365 meter dengan puncaknya mencapai 100 meter. ketika ini khemah raksasa seukuran titanic ini masih merupakan sesuatu yang sangat menakjubkan dilihat dari reka bentu dan dimensinya.

Blur, Expo 02, Yverdon-les-Bains, 2002

Pavilion yang sensani ini direka oleh arkitek-arkitek New York, Diller dan Scofidio, dulunya merupakan bintang di acara Switzerland’s Expo 02. 30 ribu water jet diciptakan untuk menghasilkan kabus yang tidak berhenti.

Serpentine Pavilion, London, 2002

Pavilion indah ini direka oleh arkitek Toyo Ito dan jurutera Cecil Balmond, dibangunkan sebagai satu senibina di masa hadapan, dimana batasan dinding-dinding, bumbung, interior, dan rekaan luarannya seolah bersatu. Istilah yang tepat adalah, canggih.

30 St Mary Axe, London, 2003

banggunan berupa timun ini milik Norman Foster yang dikagumi sekaligus dicemuh. Kebanyakkan terpesona dengan bangunan pejabatnya ini. meskipun beberapa ramai yang mengatakan banggunan itu melebihi bandarnya. Disini terdapat skygardens yang mempersona dan restoran ternama yang terkenal.

European Southern Observatory Hotel, Cerro Paranal, Chili, 2003

hotel ini untuk para ahli astronomi yang bekerja di gurun Atacama, merupakan gabungan yang sempurna antara senibina dan ruang. direka oleh Auer dan Weber dari Munich, serta jurutera Mayr dan Ludescher. Geometrik dinding-dinding konkrit merah yang cantik membentuk halaman gaya yang menarik.

Beijing National Stadium, Beijing, 2008

Stadium berkapasita 80 ribu tempat duduk ini direka oleh arkitek-arkitek Swiss Herzog and de Meuron dan juga seniman China, Ai Weiwei, merupakan bangunanmercu tanda bagi acara Olimpik 2008. Terdiri dari dua bangunan utama, salah satunya berada di dalam lainnya: suatu mangkuk konkrit raksasa berwarna merah untuk tempat duduk dikelilingi oleh "sarang burung" keluli raksasa.

stesen kereta api St Pancras, London, 2007

Merupakan fenomena luar biasa dari hujung penghabisan landasan zaman Victorian Gothic, ketika ini merupakan salah satu stesen terbesar di dunia. Alastair lansley memimpin pasukannya selama lebih dari satu dekad, merubah gaya senibina abad 19 dan menjadikannya rumah banggunan kereta api abad 21. Di sini juga terdapat hotel dan penthouse bagi yang ingin bermalam.

Le Viaduc de Millau, Aveyron, 2004

jambatan yang indah dan mengagumkan ini melewati Lembah tarn di selatan Perancis. direka oleh jurutera Michel Virlogeux dan Norman Foster. jambatan ini paling indah dilihat dari puncak sisi lembahnya, terutama ketika hujung-hujung tiang jambatannya muncul di antara awan-awan di musim panas.

Neues Museum, Berlin, 2009

Setelah 10 tahun penbinaan yang memenatkan, bangunan budaya abad 19 yang ditutup tahun 1939 ini kembali dibuka dan menjadi popular. direka oleh arkitek Inggeris David Chipperfield, yang tidak menghilangkan bangunan klasiknya tetapi harus disesuaikan dengan perkembangan teknologi kini.

Burj Dubai, Bangunan Tertinggi di Dunia. tahun 2010

Tingginya yang menjulang ke langit hingga 818 meter, sama dengan banggunan Empire State Building dan banggunan Chrysler di atasnya. direka Adrian Smith da Bill Baker dari Chicago, al-Burj memiliki 160 lantai bilik hotel, apartmen gaya Armani dan juga ruang pejabat.

~cima~

Kongsi