Sebelum kamu Berta'aruf
“Ukhti, ana tertarik untuk berta’aruf sama anti.” Itulah kalimat yang sering digunakan oleh banyak lelaki.
Banyaknya jaringan sosial di dunia maya seperti facebook, yahoo messenger, dan lain – lain, menjadikan lelaki dan wanita mudah berinteraksi tanpa batas. Begitu lembut dan halusnya jebakan dunia maya, tanpa disedari mudah menggelincirkan diri manusia ke jurang kebinasaan. Dalam Kes ta’aruf ini, lelaki dengan sewenang – wenangnya mentafsirkan erti ta’aruf.
Melihat seorang perempuan yang dinilai bagus kualiti agamanya, Lelaki tersebut langsung berani mengungkapkan kata ‘ta’aruf’, tanpa perantara. Jangan memaknakan perkataan “ta’aruf” secara sempit, pelajarilah dahulu serangkaian tata cara ta’aruf atau kaedah-kaedah yang dibenarkan oleh Islam. Jika memakai kata ta’aruf untuk bebas berinteraksi dengan lawan jenis, Oleh itu apa bezanya yang telah orang yang mendapat hidayah dengan yang masih jahiliyah?
Islam telah memberi konsep yang jelas dalam tatacara ta’aruf.
“Assalamualaikum ukhti,” Sapa sang lelaki
“‘Wa’alikumsalam akhi,” Balas si perempuan
“Subhanallah ukhti, ana kagum dengan keperibadian anti, seperti Sumayyah, seperti Khaulah binti azwar, bla.. bla.. bla.. bla…” puji lelaki tersebut.
Apakah berakhir sampai di sini sahaja? Oh no…. Rupanya yang ditemui ini juga perempuan gedik, maka berlanjutlah perbualan tersebut, si lelaki bertanya apakah si wanita tersebut sudah mempunyai calon.
lantas si perempuan tadi menjawab. “Alangkah beruntungnya wanita yang mendapatkan lelaki seperti anta kelak.”
Si lelaki itu juga tidak mahu kalah, memuji kembali perempuan tersebut. “Subhanallah, sangat beruntung lelaki yang mendapat bidadari dunia seperti anti.”
Banyaknya jaringan sosial di dunia maya menjadikan lelaki dan wanita mudah berinteraksi tanpa batas. Lelaki dengan takruf membabi buta, perempuan pula terpedaya…. Oh mengerikan, lebai – lebai di dunia maya, syaitan tak mahu mensia-nsiakan kesempatan ini. Lalu tertancaplah rasa, bermekaran di dada dua sejoli tersebut, yang belum ada ikatan pernikahan. Dengan bangganya lelaki tersebut menaburkan janji-janji manis, akan mengajak wanita tersebut hidup di planet marikh, mengunjungi benua-benua di dunia. Hingga hanyut kedua – duanya dalam janji-janji lebai. Subhanallah, bukan begitu ta’aruf yang Rasulullah ajarkan.
Wahai lelaki, Jangan Permainkan Ta’aruf! Muslimah itu mutiara, tidak sembarang orang boleh menyentuhnya, tidak sembarang orang boleh memandangnya. Jika mempunyai keinginan untuk menikahinya, carilah cara yang baik yang dibenarkan Islam. Carilah informasi tentang akhwat melalui pihak ketiga yang boleh dipercayai. Jika maksud ta’aruf kamu untuk melengkapkan separuh agama mu, silakan. Tetapi prosesnya jangan terkeluar dari jalan Islam.
Sedarilah, orang-orang yang kamu kenal di dunia maya tidak semua memberikan informasi yang sebenarnya. Waspadalah..
Berhiaslah dengan akhlak Islam, jangan tergedik – gedik kepada lelaki atau perempuan yang bukan mahram.. Biarkan apa yang ada di dirimu menjadi simpanan manis buat suamimu atau isteri kelak. Ta’aruf yang sebenar haruslah berdasarkan cara Islam, bukan dengan cara berkasih – kasih sebelum akad nikah.
Sumber: Berta'aruf Di Dunia Maya | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/bertaaruf-di-dunia-maya/#ixzz1R3bE1ODU
Wahai ikhwan jangan mudah untuk kau mengatakan ta’aruf dengan seseorang. Fahami duhulu apa erti ta’aruf itu sebenarnya sebelum kau berani mengatakannya. Jangan dikotori sucinya makna ta’aruf itu sendiri, sebuah syariat harus ditegakkan untuk itu lebih baik diam jika belum sedia untuk menjalaninya.
Mampukah setiap dari kita memikul semua perasaan cinta dan kasih sayang yang benar-benar sesuai dengan syariat? Cinta harus diuruskan dengan baik, terutama cinta pada Allah SWT, Rasulullah SAW, cinta terhadap orang-orang soleh dan beriman. Jadi tidak harus memberi cinta secara murahan atau bahkan melanggar syariat Allah SWT.
Bagaimanakah ciri – ciri ta’aruf Islami yang sebenar dalam mencipta rumah tangga:
.
1.Melakukan Istikharoh dengan sekhusyuk-khusyuknya
Setelah anda mendapatkan data dan foto, lakukanlah istikharah dengan sebaik-baiknya, agar Allah SWT memberikan jawapan yang terbaik. Dalam melakukan istikharah ini, janganlah ada kecenderungan pada calon yang diberikan kepada kita. Tapi ikhlaskanlah semua keputusannya pada Allah SWT. Luruskan niat kita, bahawa kita berkahwin atas alasan benar-benar ingin membentuk rumah tangga yang sakinah mawaddah warohmah. Seseorang biasanya akan mendapat sesuatu sesuai dengan apa yang diniatkannya.
.
2.Menentukan Jadual Pertemuan (ta’aruf Islami)
Setelah data peribadi didapatkan maka perlu adanya sebuah pertemuan yang diatur oleh murabbi masing2 pihak
.
3.Gali pertanyaan sedalam-dalamnya
Setelah bertemu, hendaklah didampingi murabbi masing – masing , lalu saling bertanya sedalam-dalamnya, dari maklumat peribadi, keluarga, hobi, penyakit yang diderita, visi dan misi tentang rumah tangga. Biasanya pada tahap ini, baik perempuan mahupun lelaki agak malu-malu dan gementar, maklumlah tidak mengenal sebelumnya. Tetapi dengan berjalannya waktu, semua akan menjadi cair. Peranan pembimbing juga sangat diperlukan untuk mencairkan suasana. Jadi, suasana tidak akan menjadi kaku dan terlalu serius. Diperlukan suasana humor, santai namun tetap serius.
Pihak lelaki mahupun perempuan harus bertanya sedalam-dalamnya, jangan disembunyikan. Pada tahap ini, biasanya pertanyaan-pertanyaan pun akan mengalir.
.
4.Menentukan waktu ta’aruf dengan keluarga Perempuan
Setelah melakukan ta’aruf dan menggali pertanyaan-pertanyaan sedalam-dalamnya, dan pihak lelaki merasakan adanya keserasian visi dan misi dengan calon perempuan, maka pihak lelaki pun harus segera untuk melakukan ta’aruf ke rumah pihak perempuan, untuk berkenalan dengan keluarganya.. Namun ingat, pihak lelaki jangan datang seorang diri, untuk menghindarkan fitnah dan untuk membezakan dengan orang yang bercouple.
.
5.Keluarga pihak lelaki mengundang silaturahim pihak perempuan ke rumahnya
Dalam hal berkahwin tanpa bercouple, adalah wajar jika orang tua pihak lelaki ingin mengenal calon menantunya (akhwat). Sebaiknya ketika datang ke rumah pihak lelaki, pihak perempuan juga tidak bersendirian, untuk menghindari terjadinya fitnah.
.
6.Menentukan Waktu Khitbah
Setelah terjadinya hubungan silaturahim dikedua belah pihak, dan sudah ada keserasian visi dan misi dari pihak lelaki dan perempuan, juga dengan keluarganya, maka janganlah tunggu lama-lama. Segeralah menentukan waktu untuk mengkhitbah akhwat (memimang/melamar pihak perempuan). Jarak waktu antara ta’aruf dengan khitbah, sebaiknya tidak terlalu lama, kerana takut menimbulkan fitnah.
7.Tentukan waktu dan tempat pernikahan
Pada prinsipnya semua hari dan bulan dalam Islam adalah baik. Jadi hindarkanlah mencari tanggal dan bulan baik, kerana takut jatuh ke arah syirik. Lakukan pernikahan sesuai yang dicontohkan Rasulullah SAW, iaitu sederhana, mengundang anak yatim, memisahkan antara tetamu lelaki dan wanita, pengantin wanita tidak bertabarruj (berdandan), makanan dan minuman juga tidak berlebihan.
Semoga dengan menjalankan ciri – ciri ta’aruf secara Islam di atas, Insya Allah akan terbentuk rumah tangga yang sakinah mawaddah warahmah… Yang menjadi dambaan setiap keluarga muslim baik di dunia mahupun diakhirat.
Comments